Friday, March 11, 2016

Ragu pada kekuatan sendiri: Hakikatnya adakah PAS kuat?

Pas lebih kuat jika bersendirian
WARTAWAN SINAR HARIAN - 11 MAC 2016

Prof Dr Mohd Fuad Mat

SHAH ALAM - Pas tidak perlu menubuhkan satu pakatan pembangkang baharu kerana parti itu sebenarnya sudah memiliki kekuatan tersendiri tanpa perlu bergabung dengan mana-mana parti.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Mohd Fuad Mat berkata, tindakan Pas mahu membentuk blok politik ketiga hanya akan membuatkan parti itu kelihatan lemah.

“Mungkin akan ada yang menganggap Pas takut bergerak sendiri apabila tidak menyertai Pakatan Harapan. Sedangkan sebelum masuk PR, Pas terbukti berjaya menjuarai isu semasa dan memperjuangkan Islam secara sendirian.

“Pada tahap ini, Pas tidak perlu memikirkan untuk bergabung sebaliknya perlu memantapkan perjuangan mereka. Malah, dengan pelbagai isu melanda Umno dan Pakatan Harapan sekarang, Pas menjadi alternatif parti politik pilihan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, Pas  perlu fikir keperluan mereka bergabung dengan parti lain membentu blok ketiga, sama ada untuk pilihan raya atau tujuan lain.

“Jangan hanya kerana DAP, Amanah dan PKR tubuh Pakatan Harapan, Pas pun nak buat pakatan. Adakah Pas rasa hanya dengan bergabung dapat kalahkan Pakatan Harapan?

“Pas kena lihat suara akar umbi, adakah mereka suka Pas bekerjasama dengan pakatan lain? Sejarah juga  membuktikan Pas boleh bersendirian, namun sering gagal apabila bergabung dengan parti lain,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Fuad berkata, jika parti itu tetap meneruskan hasrat itu berkemungkinan besar Pas akan memilih parti atau NGO yang memperjuangkan Islam

No comments:

Post a Comment