Flydubai sedang siasat punca pesawat terhempas
SH - 19 MAC 2016
ROSTOV–ON-DON – RUSIA. Pemilik penerbangan tambang murah Dubai, Flydubai mengesahkan kejadian yang menimpa salah satu pesawatnya, FZ981, hari ini.
Melalui satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook rasminya, Flydubai memberitahu maklumat lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa.
“Kami sedar insiden melibatkan penerbangan FZ981 dari Dubai ke Rostov-On-Don. Kami sedang menyiasat maklumat lanjut dan akan umumkan kemas kini apabila maklumat lanjut sudah diperoleh,” tulisnya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat FlyDubai FZ981 terhempas]
Media antarabangsa hari ini melaporkan pesawat Boeing 737-8KN itu terhempas berhampiran landasan ketika hendak melakukan pendaratan di lapangan terbang Rostov-On-Don akibat cuaca yang buruk.
Laporan awal menyebut kesemua penumpang dan anak kapal terbunuh dalam kejadian itu.
Sementara pengeluar pesawat Boeing turut mengumumkan mengetahui kejadian itu dan pasukannya sedang mengumpulkan maklumat lanjut.
Flydubai sahkan FZ981 terhempas ketika mendarat
19 MAC 2016
DUBAI – UAE. Pemilik penerbangan tambang murah Dubai, Flydubai sebentar tadi mengesahkan pesawat miliknya, FZ981 terhempas ketika hendak melakukan pendaratan di lapangan terbang Rostov on Don, Rusia.
Melalui satu kenyataan di Facebook, Flydubai berkata pihaknya sedang mencuba segala cara untuk mengumpul maklumat secepat mungkin.
“Flydubai mengesahkan penerbangan FZ981 terhempas ketika mendarat dan sudah disahkan sebagai punca kejadian. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang antarabangsa Dubai (DBX) pada 18.20 GMT menuju ke Lapangan Terbang Rostov on Don (ROV). Insiden itu berlaku kira-kira pada 00.50 GMT.
“Pada saat ini, doa kami bersama penumpang dan kru kami yang berada dalam pesawat tersebut. Kami akan cuba lakukan semampu kami untuk membantu sesiapa yang terjejas akibat kejadian ini,” kata kenyataan itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Flydubai sedang siasat punca pesawat terhempas]
Menurut Flydubai, pihaknya meletakkan pasukan kecemasan di kawasan kejadian dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang terlibat.
Pihaknya juga akan berkongsi maklumat sebanyak mungkin kepada umum secepat mungkin.
Melalui laporan RT pula, lapangan terbang Rostov on Don akan ditutup sekurang-kurangnya sehingga jam 6 pagi waktu Rusia

No comments:
Post a Comment