Friday, March 11, 2016

Ambil anak angkat Cina: Jamal kata dia tidak main wayang!

Jamal Yunos dapat hidayah, ambil anak angkat Cina

 | March 11, 2016
Beliau memberi jaminan Ah Boy akan terus mendapat belaian seorang ibu dan terus mengamalkan budaya dan agama asal.
VIDEO link
Jamal-YunusSEKINCHAN: Datuk Jamal Md Yunos percaya Allah telah memberikannya petunjuk untuk mengambil seorang anak angkat berbangsa Cina.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu bagaimanapun berkata, tindakannya itu bukanlah atas niat politik, tapi kerana belas kasihan seorang insan apabila melihat kanak-kanak yang kehilangan bapa.
Bapa kanak-kanak itu seorang nelayan, hilang dipercayai ditahan pihak berkuasa Indonesia.
“Ini bukan wayang, Allah beri petunjuk untuk saya ambil anak angkat. Ini tidak dirancang dan tidak diduga.
“Saya sendiri ada 40 orang anak angkat dan ini adalah kali pertama, melihat kanak-kanak ini, adik Heng Yu Chuan dan saya terus menjadikan anak angkat,” katanya ketika sidang media di Taman Indah, Sekinchan, hari ini.
Jamal turut memberi jaminan bahawa Yu Chuan, 5 tahun, atau mesra dipanggil Ah Boy akan terus mendapat belaian seorang ibu dan terus mengamalkan budaya dan agama asalnya.
“Ia akan tetap dijaga oleh keluarga asal dan dari segi agama serta budayanya akan terus kekal.
“Biarlah anak ini dijaga oleh keluarga dan ibunya, perbelanjaannya dan masa depan anak ini, saya akan bantu seperti anak saya sendiri,” ujar beliau.
Jamal, penganjur Himpunan Baju Merah menafikan bahawa beliau sseorang yang bersikap rasis terhadap bangsa Cina.
“Saya bukan rasis, kawan-kawan saya semua berbangsa Cina. Bukannya saya bermusuh dengan masyarakat Cina. Ini terbukti apabila saya ambil anak angkat,” tegas beliau lagi.
Mengulas lanjut, Jamal menyatakan tindakannya itu terdorong setelah Ah Boy kehilangan bapanya sejak 3 Mac lalu, setelah pihak berkuasa Indonesia merampas bot nelayan dan menahan bapanya.
“Indonesia menggunakan undang-undang rimba, mereka masuk ke perairan kita, kemudiannya meminta wang daripada nelayan.
“Apabila tidak memberikan apa yang diminta, mereka menahan tekong dan awak-awak bot serta merampas bot mereka,” jelasnya lagi.
Jamal kini dalam usaha untuk mendapatkan kembali bot-bot nelayan yang dirampas dan juga menemukan Ah Boy dan bapanya.

No comments:

Post a Comment