Saman Dr Mahathir terhadap Najib hanya gimik politik - Nur Jazlan
Dr Mahathir, Khairuddin, Anina saman Najib halang siasatan 1MDB, dana RM2.6b
Anina Saadudin added 2 new photos.
Dr Mahathir, Khairuddin, Anina saman Najib halang siasatan 1MDB, dana RM2.6b
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah menfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi salah laku (tort misfeasance) dalam jawatan awam dan kemungkiran kewajipan fidusiari dalam menjalankan tanggungjawabnya.
Selain Dr Mahathir, dua plaintif lain termasuk bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu hssan dan bekas Wanita UMNO Anina Saadudin.
Saman tersebut telah difailkan melalui firma guaman, Tetuan Haniff Khatri.
Ini merupakan kali pertama Dr Mahathir menfailkan saman terhadap Najib.
Selain Dr Mahathir, dua plaintif lain termasuk bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu hssan dan bekas Wanita UMNO Anina Saadudin.
Saman tersebut telah difailkan melalui firma guaman, Tetuan Haniff Khatri.
Ini merupakan kali pertama Dr Mahathir menfailkan saman terhadap Najib.
Anina Saadudin added 2 new photos.
SEKALI LAGI saya memgambil keputusan nekad mengheret Najib Razak ke muka pengadilan di mahkamah yang mulia.
Kes terbaru telah difailkan di Mahkamah Tinggi sebentar tadi jam 10.30 pagi.
Kali ini saya bersama-sama TUN MAHATHIR MOHAMMAD dan DATO SERI KHAIRUDIN berhadapan Najib Razak di mahkamah yang mulia jika benar beliau Perdana Menteri Malaysia yang berani kerana benar.
Perjuangan ini perjuangan rakyat Malaysia. Perjuangan ini demi masa depan setiap anak cucu rakyat Malaysia.
Setapak tidak akan kami undur kerana di belakang kami adalah 30 juta rakyat Malaysia berbilang bangsa, agama mahupun fahaman politik.
Nantikan kenyataan peribadi saya menjelang petang.
Cinta untuk Malaysia!
Anina Saadudin
Ketiga-tiga plaintif merupakan individu menandatangani 'Deklarasi Rakyat' yang menuntut perletakan jawatan Najib Razak sebagai Perdana Menteri pada awal Mac.
Menurut mereka, Najib sebagai PM, pengerusi Barisan Nasional, presiden UMNO di atas tindak tanduk sengaja menghalang, mencampuri, menindas dan menindas siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.
Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalahgunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.
Tahun lalu, Anina telah menfailkan saman terhadap Najib dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh menuntut pembayaran balik RM2.6 bilion, yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik UMNO di Singapura.
Saman ini adalah untuk membuka mata dan telinga rakyat dan khususnye ahli2 umno dan pimpinan yg dh kembong perut krana makan dedak banyak sangat.pimpinan umno tak berdaya menangkis serangan madey hanya memertahankan najib secara buta tuli(senjata tumpul).PRU makin dekat.pimpinan umno,ahli2 umno tak mau undurkan najib jadi saman ini sebagai platform untuk undurkan umno dari kerajaan.tertawalah sekarang sebagai gimik politik.
ReplyDelete