SEKADAR PANDANGAN BERKAITAN KECELARUAN POLITIK MALAYSIA.
(Sekadar pandangan dari Sahabat Shahpaskal)
(Sekadar pandangan dari Sahabat Shahpaskal)
1. Saya bukanlah penulis pojok akhbar atau penganalisa politik berkaliber yang mungkin ada kecenderungan kepada pihak-pihak tertentu dalam mengutarakan isu-isu politik semasa. Bagaimanapun, saya tetap percaya yang saya mampu menyumbang sesuatu untuk negara dalam cara saya yang mungkin diluar kotak pemikiran biasa.
2. Sebenarnya ada dalam pengetahuan saya dah bertahun-tahun dulu punca segala isu mutakhir ini khususnya berkaitan pentadbiran negara kita. Cuma belum masanya untuk dikongsi atas sebab-sebab tertentu. Kadangkala seronok juga melalui petunjuk saya dapat mengetahui sesuatu perkara sebelum ianya terjadi khususnya yang memberi kesan kepada kehidupan. Tapi dalam pada tu, kengerian juga tak dapat dielakkan..
3. Berkaitan DS Najib yang kini banyak dicerca oleh sesetengah pihak. Saya berpendirian jika saya di tempat beliau, saya juga mungkin cenderung melakukan sesuatu yang asalnya saya nampak baik tetapi kemudiannya terjadi sebaliknya. Mungkin saya disalah-nasihatkan atau saya kurang iman yang mana nafsu mengkudakan diri saya atau sebab-sebab persekitaran diluar kawalan saya, maka terjadilah hal2 kalut ni..
4. Bab DS Najib ni, sebagai rakyat kita berhak bertanya dan berasa musykil terhadap banyak perkara yang diputus dan dibuatnya. Yaa lah.. Dia pemimpion kita dan membawa amanah dari kita.. Bagaimanapun, untuk mencercanya secara keterlaluan tu tak perlulah.. Dia masih The PM of the day. Beliau juga ada maruah dan harga diri sebagai seorang manusia dan warga negara Malaysia.
5. Kita kembalilah kepada Allah SWT. Mohon petunjuk-Nya dan bantuan-Nya agar kemurungan negara disebabkan kelemahan pentadbiran ini berakhir (saya sebutkan ‘kelemahan’ kerana terma inilah saya diperdengarkan). Bab cara mana ia berakhir, kita serahkan kepada Allah SWT. Kalau Allah SWT lambat atau kita rasa terlalu lewat membantu, itu tandanya kita kurang sabar dengan Allah SWT. Janji Allah SWT adalah amat pasti.
6. Kekadang permintaan kita dikabulkan agak lewat kerana ia mungkin menguji tahap keimanan kita dan kita bermuhasabah balik mengapa Allah SWT melewatkannya. Sedarkah kita, kita juga patut kongsi rasa bersalah kerana kita jugalah meletakkan beliau ditempatnya sekarang. Mengapa kita tidak bermunajat sebelum kita meletakkan tanda ‘X’ kat kertas undi dulu..? DS Najib sekeluarga tak boleh naik hiaraki pentadbiran negara tanpa tangan-tangan kita..!
7. Berbalik kepada Tun M. Sekarang beliau juga dicerca oleh sebelah yang menentangnya dengan alasanb terkukuh setakat ini kerana ‘berselimut’ dalam kain yang sama dengan pembangkang. Sebenarnya inilah kemanisan berpolitik di mana hari ini kita berkawan, mungkin esok kita berlawan.
8. Dalam hal ini, saya lebih suka balik ke konsep kenegaraan negara kita di mana setiap kita mendapat hak untuk berpolitik. Saudara Lim Kit Siang (LKS) adalah ahli politik yang diberi hak dalam perlembagaan. Saya rasa tak ada salahnya beliau mengambil bahagian dalam politik tanahair selagi dibenarkan undang-undang. Begitu juga ahli politik yang lain. Tari-menari LKS dalam berkempen, itu cara dia. Tak betul heret sajalah ke mahkamah, apa susah..
9. Dalam bab LKS yang dikatakan akan menjejaskan Bangsa Melayu dan agama Islam. Saya tak rasa dengan kematian LKS nanti (Ya.. Semua kita akan mati beb..), bangsa Melayu dan Islam akan mekar berkembang macam kembangnya cendawan busut lepas hujan. Kalau kita bersatu, kuat rohani (Roh..?) dan ekonominya, bapak dajjal pun kita bersedia tangani..
10.Bab anutan kefahaman politik LKS tu satu hal lain. Cuma tak ada pulak fahaman politik rasisnya kalau ya pun rasis dibawa ke mahkamah untuk diharamkan. Apa bezanya dengan fahaman sosialis..? Selagi Pendaftar Pertubuhan (ROS) membenarkan, ertinya okey lah tu.. So, jangan marah-marah... Inilah realiti Malaysia..
11.Jadi, bila Tun M berkongsi pentas dengan LKS dan lain-lain tokoh pembangkang, tu juga hak Tun M. Bab hasut-menghasut, kalau ada dan berbukti kukuh, heretlah ke mahkamah. Biar mahkamah yang tentukan.. Tapi kenalah sama-rata layanannya atau dalam kata lain, akta menghasut ni hanyalah satu akta dari ratusan yang lain.
12.Yang sibuk kata nak bela orang Melayu ni pulak, saya tak nampak pulak geng-geng ni turun padang tolong orang Melayu dan juga rakan-rakan kaum lain yang duduk merempat dan makan-pakai pun payah nak lepas. Agaknya kita ni agak kurang semangat tolong-menolong ke arah kebaikan tapi kalau ajak join mengutuk, laju je..
13.Sebenarnya tari-menari politik ni, ramai tak terkejar akan lentuknya. Banyak rahsia di sebalik rahsia. Nantilah... Ada masa kita share...
No comments:
Post a Comment