Laporan dan tajuk sudah terbalik?
Yang mana betul. Tajuk atau laporan?
Siasatan SPRM: DAP saran Guan Eng ambil cuti
SH - 25 MAC 2016

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijangka memberi keterangan berkaitan isu penjualan tanah di Taman Manggis dan pembelian banglonya bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn di sini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia minggu depan.
Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo telah menghubungi SPRM untuk mengatur satu sesi temu bual dalam masa terdekat.
Beliau berkata ketua menteri, pemimpin-pemimpin negeri, pegawai kerajaan negeri dan agensi kerajaan negeri akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan isu itu.
"Itulah komitmen kami supaya SPRM dapat jalankan siasatan dengan telus dan bebas. Kami juga tidak akan mengganggu kerja-kerja yang patut dijalankan oleh SPRM," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Laungan undur Guan Eng bergema di Taman Manggis]
Beliau berkata mesyuarat parti itu hari ini yang turut dihadiri Guan Eng, berpendapat Ketua Menteri tidak perlu mengambil cuti sementara siasatan dijalankan.
Gobind berkata, SPRM memberitahu ia memerlukan sedikit masa lagi untuk mengumpul maklumat sebelum memanggil Guan Eng untuk diambil keterangan.
"Semalam mereka ada datang ke pejabat beliau (Guan Eng) ambil dokumen dan saya telah beritahu SPRM sekiranya mereka perlukan apa-apa dokumen lain boleh hubungi saya.
Kemungkinan besar mereka akan minta ketua menteri bagi keterangan minggu depan untuk tujuan itu," katanya.
Pembelian banglo di Jalan Pinhorn di sini oleh Guan Eng dengan harga RM2.8 juta mencetuskan kontroversi apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat, dan mendakwa harga itu adalah di bawah nilai pasaran.
Shabudin turut meminta SPRM menyiasat penjualan beberapa bidang tanah di Pulau Pinang, yang pada asalnya dikatakan diperuntukkan bagi pembinaan rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin. - Bernama

No comments:
Post a Comment