Friday, March 25, 2016

Orang sakit ni merapu lagi........konon BN tak mampu, dia boleh!

Dah terserlah Ular atau Ulamak namun ramai yang tak kenal ular......

Kan Amanah takkan bertahan sehingga dua tahun pun?
Kalau kecuh dan kepoh macam ni......bermakna manusia ni sakitlah ni.......tak percayakan kata-kata sendiri dan bimbang tak bersebab!

Pas akan kuburkan cita-cita DAP perintah negara
OLEH HAMDAN OTHMAN DI KUALA LUMPUR - 25 MAR 2016 (5 HOURS AGO)
Selagi ada DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam Pakatan Harapan, usahlah gabungan pembangkang itu bermimpi untuk Pas kembali menyertai mereka demi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Seperti kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, untuk bertaut memang tidak mungkin malah Pas akan menentang DAP habis-habisan yang bercita-cita untuk memerintah negara ini.

"Itu memang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan kami tidak akan sama sekali bersekongkol dengan puak-puak itu sebaliknya akan menggagalkan usaha mereka.

"DAP tidak berhak untuk memerintah negara ini memandangkan kaum Cina hanya mewakili 30 peratus sedangkan jumlah umat Islam adalah 60 peratus," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam laman facebook miliknya.

Ujar Hadi, untuk menggagalkan cita-cita DAP, umat Islam di negara ini diseru bersatu kerana hanya melalui penyatuan umat Islam sahaja mampu memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.

"Suka juga Pas nak ingatkan UMNO supaya kembali kepada Islam demi penyatuan dan kekuatan ummah kerana memulihkan agenda politik merupakan satu sumbangan yang besar.

"Biarlah PAN dengan PKR mengikut kehendak DAP dalam memperjuangkan agenda politik dinegara ini tetapi persoalannya, apa peranan kedua-dua parti tersebut?" soalnya.

Tambahnya Abdul Hadi, orang Islam harus buka mata dan sedar daripada terus besekongkol dengan DAP.

"Kita akan tubuhkan unit tertentu seperti NGO untuk memantau orang Islam yang bersekongkol dengan DAP agar calon yang diletakkan itu tidak menang pada pilihan raya umum akan datang. Perjuang­an kita merupakan satu perjuangan yang berterusan," ujarnya. - MalaysiaGazette

3 comments: