Monday, March 28, 2016

Rupanya dulu dia tersalah jilat?

Dulu saya ‘penjilat’ Najib – Syed Saddiq

 | March 27, 2016
Beliau beranggapan Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang akan membawa perubahan besar kepada negara.
syed-malaysian
SHAH ALAM: Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq mengaku pernah digelar ‘penijilat’ kerana menjadi peminat Datuk Seri Najib Razak yang dianggapnya pemimpin yang cuba pembawa perubahan,
Bagaimanapun, segala-galanya berubah selepas skandal 1MDB terdedah sehingga mencetuskan isu besar dalam negara dan antarabangsa.
“Selepas itu barulah saya dapat melihat warna sebenar Perdana Menteri kita,” katanya ketika berucap pada Kongres Rakyat Selamatkan Malaysia, hari ini.
Sehubungan itu Syed Saddiq menyeru golongan muda supaya tidak terus tidur dan bangun berjuang untuk negara.
“Kita tak sepatutnya terus menjadi pekak dan buta. Cukup cukuplah. Bangkit dari tidur dan berjuanglah untuk negara,” katanya yang berazam mendapatkan sokongan golongan muda di Sabah dan Sarawak.
Katanya, ini bukan masa untuk melabelkan perjuangan menyelamatkan Malaysia sebagai perjuangan peribadi.
“Perjuangan menyelamatkan Malaysia bukan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi untuk rakyat,” katanya.

1 comment:

  1. Kalau najib bagi jawatan dan dedak adakah dia akan lari juga dari najib?orang yg berprinsip dan berintegriti akan lari jika ada yg tak kena walau diberi jawatan dan dedak.tapi tengok orang2 disekeliling najib yg berjawatan tetap pertahan najib walau jelas salah.

    ReplyDelete