Thursday, March 24, 2016

Takut bercakap benar atau dah termakan dedak?

Belit mengalahkan Bangla!
Bila dah terbelit maka keluarlah macam-macam hujah untuk mewajarkan termasuklah tukang laungnya

Anina sindir Hadi kerana takut bercakap benar

 | March 23, 2016
Anina turut berkata sangat sia-sia sekiranya menjadi pemimpin jika takut untuk berkata benar
anina
PETALING JAYA: Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin menyindir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana takut untuk bercakap benar.
Katanya, adalah sesuatu yang sia-sia dalam menggunakan nikmat yang diberikan Allah sekiranya menjadi pemimpin yang takut berkata benar demi menjaga pangkat dan kuasa.
“Jika anda berada dalam kerajaan, parti pemerintah atau menjadi Presiden Parti Islam tetapi anda takut berkata benar demi pangkat, kuasa, kemasyhuran, maka sia-sialah nikmat Allah kepada anda.
“Jangan kemukakan alasan kepada saya, tetapi jawablah di hadapan Ya Rabbul Jalil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Anina menegaskan dia tidak takut kepada pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Baginya, dia hanya takut kepada Allah dan tidak akan sesekali berundur daripada perjuangannya demi bangsa, agama dan negara.
“Simpan sahaja sijil dari Mesir, Madinah, Morocco, Harvard, Oxford atau dari bulan sekalipun. Simpan sahaja pengalaman dalam Parlimen walau berpuluh tahun anda mereput di dalamnya.
“Simpan sahaja pangkat Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, Puan Sri, Datin Seri, jangan bangga di hadapan saya jika anda pendusta dan pengecut untuk tanahair sendiri.
“Simpan sahaja jubah, serban, tudung beribu ringgit mahupun janggut jika anda mendustai tanahair sendiri,” ujarnya.
Sebelum ini, Hadi menolak Deklarasi Rakyat yang bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Hadi berpandangan tindakan kumpulan yang mengadakan Deklarasi Rakyat bagi menyingkirkan Perdana Menteri baru-baru ini sebagai sia-sia.
Menurutnya, untuk menjatuhkan seseorang Perdana Menteri, proses demokrasi diperlukan iaitu melalui pilihan raya atau usul undi tidak percaya.
Hadi pernah dilaporkan sebagai berkata PAS bersedia bertindak sebagai penasihat membantu BN mentadbir negara.

3 comments:

  1. Di akhir zaman, orang2 yang berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran adalah golongan2 yang tidak tinggi pendidikan agama dan sebaliknya juga golongan2 yang digelar ulammak2 dan alim2 juga yang akan menjadi penjulang dan penyokong kepada kezaliman dan kemungkaran demi untuk mendapatkan habuan dunia. Sekarang ni golongan2 muda serta golongan2 yang tidak mendalami ilmu agama yang bangkit menentang kemungkaran sementara yang ada ijazah, Phd dan malah di gelar Tok guru yang tinggi pengajian agama pun duduk senyap dan membisu didepan kemungkaran.

    Malah golongan2 yang ada ilmu agama tu bukan sahaja berdiam diri malah demi mendapat habuan sanggup memutarbelitkan ayat2 Allah dan hadis2 demi mempertahankan kemungkaran, semuanya demi dunia. Anina yang mungkin tidak lengkap menutup aurat lebih lantang dan berani berkata benar daripada orang2 yang lengkap berserban dan berjubah serta memakai gelaran ulamak dan Tuan Guru. Ini semua gara2 "Cash is King" dan puak2 agamawan memang terkenal sebagai golongan yang paling ketagih kepada duit, gelaran dan kemewahan. Apa2 hal duit ambil dulu! Dosa? Apa susah? Cukup tahun, duit pun banyak, boleh pegi umrah puluh2 kali dan bila balik Mesia terus jadi bayi yang tiada dosa pun. Tahun depan ulang lagi! Repeat and rinse as many times required!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. Lps neh akn kuar laa kata2 dr walaauun.
    Blah laaa lu anina..tutup dulu aurat tuh..ade hati nak nasihat ulamak2 n tok guru kami yg tak tinggal tahajjud n bengkak dahi sampai lebam sujud.
    tak layak nak komen walau sehelai bulu roma taw...
    Sebab bulu roma tu berzikir n akn msok surga.rambut kao tak pas utk syurga..kena bakar api neraka...
    Errrr.ada gaya walaauun tak aku membebel kih kih kih

    ReplyDelete