Beranikah BN isytihar harta?
Posted on Thursday, March 24 @ 21:48:21 MYT by paktam
Oleh JAGDEEP SINGH DEO
Ingin saya mengingatkan bahawa negara kami masih dihantui pertuduhan-pertuduhan yang masih tertangguh, khususnya berhubung dengan Perdana Menteri dan isu 1MDB serta $681 juta dollar Amerika yang telah didepositkan ke dalam akaun persendirian beliau.
Kita seharusnya tidak membiarkan isu-isu tersebut dibelenggu oleh pertuduhan terhadap ketua menteri Pulau Pinang atas pembelian kediaman beliau yang masih belum disahkan.
Adalah diharapkan bahawa penyiasatan berhubung dengan isu ini dapat dijalankan dengan cepat untuk membersihkan nama baik beliau.
Secara jelasnya, aspek yang positif dan baik berhubung isu tersebut adalah fakta pembelian kediaman tersebut adalah satu fakta yang tidak dinafikan.
Ia tidak dinafikan kerana semua wakil rakyat Pakatan Harapan dan DAP di negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta kami secara umum.
Usaha ini telah dilaksanakan selepas Pilihanraya Umum Ke-12 pada tahun 2008 oleh kerajaan negeri Pulau Pinang apabila ketua menteri dan barisan EXCO beliau telah mengisytiharkan harta mereka.
Seterusnya, selepas Pilihanraya Umum Ke-13, usaha pengisytiharaan harta tersebut telah dilanjutkan, bukan sahaja kepada YAB Ketua Menteri dan barisan EXCO beliau, malah kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah juga turut mengisytiharkan harta mereka.
Urus tadbir yang baik
Pelaksanaan pengisytiharaan harta ini merupakan salah satu unsur yang menyumbang ke arah urus tadbir yang baik. Pimpinan yang bersih ini dapat memastikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan mengukuhkan kesahan sesebuah kerajaan.
Ia juga harus dinyatakan bahawa perlaksanaan pengisytiharaan harta ini kini dilakukan secara sukarela di negeri Pulau Pinang dan negeri Selangor (untuk barisan EXCO), dan pengisytiharaan harta ini patut dipertimbangkan untuk digubal sebagai sebahagian daripada perundangan, bagi memastikan pengisytiharaan harta sebegini adalah kewajipan berkanun.
Dengan mengambil kira senario tersebut, ia adalah langsung tidak dapat diterima bahawa pada abad dan masa kini, pengisytiharaan harta tidak dilaksanakan oleh Barisan Nasional, biar di peringkat negeri Pulau Pinang mahupun di peringkat kebangsaan, walaupun ADUN Umno BN Pulau Pinang telah dipohon untuk mengisytiharkan harta mereka oleh ketua menteri.
Memandangkan isu yang dihadapi adalah berhubung dengan ketelusan, khususnya aset dan harta yang dimiliki oleh seseorang wakil rakyat terpilih, saya ingin mencabar semua wakil rakyat Umno Barisan Nasional untuk melakukan pengisytiharaan harta yang sama seperti mana yang telah dilakukan oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan di Pulau Pinang, di dalam tempoh masa 48 jam, supaya rakyat Pulau Pinang dan Malaysia dapat menilai sendiri dan sam aada apa yang diisytiharkan perlu disiasat selanjutnya.
JAGDEEP SINGH DEO Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Pulau Pinang.

Pegawai kerajaan sahaja yg wajib istihar.macam2 alasan untuk elak orang politik istihar harta..kerajaan BN adalah kerajaan paling telus didunia dengan indeks rasuah ke 2 terbaik didunia.
ReplyDelete