Tuesday, March 29, 2016

Takkanlaa...nak ikut juga pendapat dari kepala yang takleh pakai?

Tapi kenapa kebanyakannya dok sibuk nak turunkan Najib ajer.......UMNO dan sistemnya bagaimana?

Apakah Azmin canggah Hadi di Kongres Rakyat?
29 Mac 2016 | BORHAN AHMAD
Azmin berucap di Kongres Rakyat

Apakah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sudah tidak bersama PAS lagi apabila menyifatkan pihak yang tidak mahu bersama gerakan menurunkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai perosak harapan rakyat.

"Kita mahu Najib turun sekarang," kata Azmin ketika berucap di Kongres Rakyat 2016 di Shah Alam, Ahad lepas yang secara langsung bertentangan dengan sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahukan Najib dipertahankan untuk dijatuhkan menerusi pilihan raya umum.

Menurut Azmin, petaka yang sedang dihadapi rakyat akibat salah urus pentadbiran Najib tidak mampu lagi untuk ditanggung rakyat.

"Saya, Parti Keadilan Rakyat, Tun Mahathir dan kita semua mungkin masih boleh menerima kalau Najib terus berkuasa sehingga berlaku pilihan raya, tapi rakyat tidak sanggup lagi menanggung," kata beliau diiringi tepukan gemuruh hadirin di majlis itu.

Perhimpunan kongres rakyat menurut beliau amat bersejarah kerana buat pertama kali pihak-pihak yang saling bertentangan dalam politik dapat duduk bersama.

"Saya sendiri tidak pernah terfikir detik bersejarah seperti ini akan berlaku," katanya.

Sebelum ini Abdul Hadi sering menegaskan bahawa PAS akan melaksanakan politik matang iaitu mahukan pemimpin dijatuhkan semasa pilihan raya.

1 comment:

  1. Kalau pemimpin dah jadi penyangak mesti tunggu pru?.sementara pru 2tahun berekar2 tanah negara hilang.berjuta2 cukai bertambah.banyak lagi duit kerajaan akan masuk akaun seseorang..ape punye bodoh presiden pas yg tak pas.dapat dedak juge ker?

    ReplyDelete