Thursday, March 31, 2016

Apo pulok ni weh: Apa Jurucakap Putrajaya dah buat ni?

Thursday, March 31, 2016
Apa Jurucakap Putrajaya Dah Buat Ni?.. Dia Akui Lagi AS$375 Juta Juga Masuk Akaun Najib Ke?
Siapalah yang keluarkan kenyataan dari Putrajaya untuk membela Najib tu agaknya?.. dia baca betul-betul atau langsung tak baca apa yang didedahkan oleh Media Australia dan bandingkan dengan pengakuan Najib sebelum ini?

Semalam, Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) menerbitkan surat itu adalah daripada putera Arab Saud Abdulaziz Majid kepada Najib.

Dalam surat itu, putera itu menjanjikan AS$ 375 juta kepada perdana menteri dengan berkata Najib boleh melakukan apa sahaja yang disukainya dengan pemberian itu.

Lambang surat rasmi itu menunjukkan ia adalah pejabat peribadi "Saud Abdulaziz Majid al Saud" manakala surat itu pula kononnya ditandatangani oleh "HRH Putera Saud Abdulaziz Al-Saud".

Putera Abdulaziz Majid adalah cucu kepada Allahyarham Raja Abdulaziz - raja pertama keluarga Saud.

Beliau adalah gabenor kota suci Madinah pada masa surat itu ditulis iaitu bertarikh, 1 November, 2011.

"Surat ini dikeluarkan sebagai niat baik dan bagi penjelasan. Saya tidak mengharapkan apa-apa kepentingan peribadi sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada pemberian itu.

"Pemberian itu tidak seharusnya dianggap sebagai rasuah kerana ini adalah bertentangan dengan amalan Islam, dan saya secara peribadi tidak menggalakkan amalan tersebut dalam apa cara sekalipun," kata surat itu.

Hari ini.. keluarlah satu kenyataan dari Putrajaya...
Media Australia telah mengesahkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan penemuan pihak berkuasa Malaysia bahawa wang yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi beliau adalah sumbangan dari keluarga diraja Arab Saudi, kata Putrajaya.

"Siasatan termasuklah pemeriksaan forensik ke atas setiap pindahan," kata seorang jurucakap kerajaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

“Pihak berkuasa Malaysia turut dihantar ke Arab Saudi untuk meneliti dokumen dan menemubual anggota keluarga diraja serta pegawai yang mengendalikan derma berkenaan.

"Seperti dinyatakan dalam surat dari Arab Saudi yang dibocorkan, derma itu adalah hadiah kepada perdana menteri atas usahanya mempromosi kesederhanaan dalam Islam dan kepemimpinannya membanteras keganasan serta ekstremisme, selain inisiatif melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.

"Kandungan surat berkenaan jelas menunjukkan derma itu boleh digunakan oleh Perdana Menteri seperti mana yang difikirkan patut dan akan dipindahkan secara terus atau melalui syarikat milik penderma, tanpa mengharapkan sebarang manfaat sebagai balasan," kata jurucakap itu dipetik dari Malaysiakini
Aku kata jurucakap Putrajaya tu main bedal saja keluarkan kenyataan sebabnya dalam surat tersebut jumlah yang dinyatakan ialah AS$375 Juta..

Tapi apa yang Najib akui dan telah didedahkan oleh WSJ sebelumnya ialah RM2.6 Billion atau AS$681 Juta telah masuk ke dalam akaunnya..

Jurucakap Putrajaya itu yang mungkin terlalu gembira dengan laporan dari ABC yang mendedahkan surat dari Putera Arab itu kononnya.. juga dipercayai tidak melihat atau membaca dengan betul surat itu..

Sebabnya tarikh yang tercatat pada surat itu ialah 1 November, 2011.. tetapi pendedahan oleh WSJ mengatakan  ia diterima melalui entiti berkaitan 1MDB dalam pelbagai tranche dan yang terbesar sebanyak AS$681 juta yang disalurkan kepada akaun Najib pada Mac 2013..

Apa Jurucakap Putrajaya dah buat ni?.. dia dah akui memang benar selain AS$681 Juta... AS$375 Juta juga telah masuk ke dalam akaun Najib ke?

Tapi betul ke surat tu dari Putera Arab dan ada ke Putera Arab tu?.. cuba baca di SINI

sumber

1 comment:

  1. Selagi najib tak jelaskan kedudukan sebenar jumlah derma yg diterima dan tarikh makin celaru jalan cerita ini dan bertambah was was kebenaranye.penjawat awam terima derma adalah rasuah tidak terkecuali PM dibawah undang2 malaysia.

    ReplyDelete