Suu Kyi tunjuk karakter sebenar?
SH - 26 MAC 2016
NAYPYIDAW - MYANMAR. Pemimpin parti Liga Demokrasi bagi Kebangsaan (NLD), Aung San Suu Kyi adalah seorang pemimpin yang disanjungi Barat kerana berjuang untuk menuntut demokrasi selain mempertahankan hak asasi manusia.
Tetapi, terdapat sisi berbeza wanita yang pernah memenangi anugeral Nobel ini dan ia dilihat bertentangan dengan imej ikonik beliau menerusi wawancara bersama BBC pada Oktober 2013.
"Tiada siapa memaklumkan kepada saya yang temu bual ini akan dikendalikan oleh seorang Muslim," rungutnya selepas wawancara bersama wakil BBC Today, Mishal Husain berakhir.
Suu Kyi, 70, didakwa gagal menyembunyikan kemarahannya selepas beliau terus diasak dengan soalan mengenai penindasan ke atas penduduk Islam minoriti, Rohingya.
Penerima Hadiah Nobel Keamanan itu seakan tidak selesa selepas Mishal beberapa kali bertanyakan mengenai nasib 140,000 penduduk Rohingya yang diusir, selain pendiriannya terhadap sentimen anti-Islam dan pembersihan etnik yang menyasarkan Muslim di negara itu.
Beliau hanya berdiam diri dan enggan mengulas tentang perkara itu, sebaliknya bertindak mempertahankan nasib penduduk Buddha yang didakwanya hidup menderita di bawah pemerintahan rejim diktator hingga mencetuskan perbalahan kecil antara mereka.
Suu Kyi pernah berdepan kecaman masyarakat antarabangsa selepas beliau tidak membela nasib penduduk Islam Rohingya kerana enggan kehilangan sokongan penduduk Buddha di negara itu. - Daily Mail
SH - 26 MAC 2016
Suu Kyi ketika diwawancara oleh Mishal untuk program Radio 4, Today pada Oktober 2013.

Jenis kafir mana ada kesihan belas.dulu dia dikurung jadi mintak kesian belas termasuk orang islam.hak asasi tu gimik sebelum berkuasa jer.
ReplyDelete