Thursday, March 10, 2016

Kenyataan balas kepada Mas Ermieyati

Kenyataan balas kepada Mas Ermieyati
Puteri UMNO

Saya amat kecewa melihat sebuah organisasi yang sepatutnya menjadi inspirasi kepada ramai wanita muda yang bercita-cita tinggi, mempertahankan manipulasi yang dilakukan ke atas institusi – institusi awam di Malaysia. Perbuatan mempertahankan sistem tersebut telah mengorbankan tanggungjawab anda dalam memberikan suara kepada mereka yang memerlukan.

Mengapa anda kecewa dengan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bersatu dengan bekas lawan politik untuk memperjuangkan satu matlamat yang sama? Tidakkah anda pernah terfikir bahawa keadaan ini tidak berlaku dengan sendirinya? Bahawa ada di antara kita begitu kecewa dengan apa yang berlaku di Malaysia sehinggakan kita tidak mempunyai cara lain untuk melawan rasuah? Bahawa sebahagian daripada kita mempunyai rasa cinta akan negara lebih daripada kepentingan politik?

Mungkin benar bahawa PM kita telah dipilih secara demokratik, tetapi beliau tidak lagi menjadi simbol demokrasi. Beliau mengkhianati kepercayaan kita. Saya ingin memberi kepercayaan kepada institusi-institusi yang ditadbir beliau agar menjadi pengimbang tetapi saya tidak boleh.

Walau bagaimanapun, satu perkara yang saya bersetuju dengan kenyataan anda adalah bahawa seseorang itu perlu berdiri teguh dengan prinsip. Itulah apa yang kami sedang lakukan. Berpegang kepada prinsip menolak rasuah. Melakukan lebih kesalahan untuk menutup kesalahan yang lampau adalah tidak boleh diterima sama sekali.

Apakah prinsip-prinsip yang anda pegangi? Kesetiaan membuta tuli kepada parti politik?

Ramai yang akan cuba mematahkan usaha kami dengan kata-kata kesat, tetapi saya boleh memberi jaminan kepada anda, kami tidak mempunyai agenda tersembunyi. Kami hanya mahu rasuah dihentikan.

Jadi saya mohon kepada anda, sila jangan bersubahat dengan berdiam diri. Perkara ini sedang berlaku di depan mata anda.

Adalah tidak patut sama sekali sekiranya organisasi yang ditubuhkan untuk membantu wanita hanya bercakap tentang "masalah wanita". Kami, wanita, juga terkesan dengan perbuatan-perbuatan salah yang dilakukan. Kami, wanita, adalah rakyat Malaysia juga.

Mari kita selamatkan Malaysia!

 #SaveMalaysia
#selamatkanMalaysia
#beranikeranabenar

Ameera Natasha Moore,

Activist Challenger
Cambridge Women's Best Speaker

No comments:

Post a Comment