Tuesday, October 31, 2017

Mereka dah gelabah dan kalut kaa?

Tuesday, 31 October 2017
KENAPA UMNO DAN PAS TAK BOLEH BERSABAR, APA PERLUNYA AMBIGA DEDAHKAN SEKARANG?

Sabarlah UMNO...
Sabarlah Pas...

Kenapa UMNO dan Pas tak boleh bersabar?

Kiranya editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown sudah memasukkan nama S Ambiga sebagai sumbernya berhubung dana yang didakwa diterima Pas daripada Najib Razak berdasarkan maklumat boleh dipercayai yang ada padanya, bermakna beliau bukan saja bersetuju namanya dimasukkan dalam kenyataan pembelaan itu, bahkan juga bersedia untuk memberi keterangan serta disoal balas di mahkamah.

Tak perlu UMNO dan Pas terburu-buru mendesak S Ambiga mendedahkan apa yang diketahuinya itu.

Sabarlah sikit...

Lagi pula, apa perlunya S Ambiga mendedahkan sekarang, sedangkan ada tempat yang lebih sesuai iaitu mahkamah untuk beliau berbuat demikian?

Hari yang mendebarkan di mana beliau akan mendedahkan segala-galanya pasti akan tiba jua akhirnya.

Jadi, tunggu sajalah dengan sabar. (ShahbudinHusin 31/10/2017).

Anda mungkin juga meminati:
DIA YANG KALUT, DIA PULAK YANG MENYERU BERSABAR...

Posted by Shahbudin Husin at 20:57 

“Apa kamu ingat saya minta duit dari dia?"

SHAFIE: POLITIK BANTU RAKYAT BUKAN UNTUK JADI KAYA SEPERTI…
SEMPORNA 28 Okt: Presiden Parti Warisan Sabah, Shafie Apdal, menegaskan bahawa dari awal lagi beliau menceburi bidang politik untuk membantu rakyat dan bukan untuk mengejar kekayaan.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata demikian hari Sabtu dalam ucapan umum pertamanya sejak dibebaskan dari tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jumaat lalu.

“Saya bukan masuk bantu diri saya. Bukan juga masuk politik untuk bantu poket saya,” Shafie berkata di hadapan ribuan penyokongnya yang berhimpun menyambut kepulangannya ke Kg Bubul disini.

Menurutnya beliau boleh kekal sebagai naib presiden Umno jika berdiam diri dan pesanan itu diminta disampaikan oleh bapa saudaranya, Sakaran Dandai yang bekas Ketua Menteri dan Tuan Yang Terutama pada suatu ketika.

Shafie berkata Umno pernah memujuknya menerusi Sakaran, tetapi beliau tetap dengan keputusan menerajui satu parti pembangkang Sabah.

Katanya dia nekad untuk berjuang demi membela orang miskin.

Sambil mengungkap peribahasa Bajau yang bermaksud “sukar nak jadi baik tetapi senang sahaja nak jadi jahat”, Shafie berkata jika niatnya untuk hidup senang beliau boleh memilih untuk tetap bersama Umno.

Beliau juga menjelaskan bahawa dia salah seorang pemimpin yang membantu meningkatkan imej Najib Razak di arena politik negara.

Malah, hasil dari usaha Shafie untuk memperkenalkan Najib di Sabah, maka ramai yang mengenalinya di negeri ini sebelum dia menjadi Perdana Menteri.

“Orang Sabah tidak kenal Najib. Saya yang bantu dia untuk berjaya dalam politik di Sabah ini,” katanya.

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu ditahan reman sejak 20 Oktober lalu bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dana kementerian itu antara 2009 hingga 2015.

Mengenai dengan reman lapan hari untuk membantu siasatan SPRM yang akhir Jumaat lalu, Shafie berkata pengalaman pahit itu tidak patut berlaku kepada seorang pemimpin yang juga sudah berkorban demi negara.

Mengenai dengan projek loji rawatan air di Sungai Intan disini, Shafie berkata ia dinaik taraf supaya saluran bekalan air kepada Semporna makin baik.

“Kita buat tender terbuka. Bila buat tender terbuka yang dapat anak buah Ketua Menteri. Bukan anak buah saya.

“Apa kamu ingat saya minta duit dari dia? Saya tidak minta duit dari kontraktor dia (Musa),” kata beliau disambut jeritan sokongan daripada penyokong yang memenuhi dewan di kawasan rumahnya itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda Warisan, Azis Jamman yang direman selama lima hari 10 Oktober lalu turut mencabar Umno Sabah bagi membuktikan projek KKLW ketika zaman Shafie adalah gagal.

“Ada kata Shafie memiliki 23 syarikat dan projek (bernilai) RM1.5 bilion. Saya mahu tanya orang-orang Umno, mana projek KKLW yang terbengkalai? Mana yang tak siap.

“Yang lebih lucu ini projek tahun 2009, ada yang 2013 mengapa sekarang baru tangkap?” kata beliau dalam majlis yang sama.

Azis juga berkata tidak ada penjara di Malaysia dapat menguburkan semangat Warisan Sabah melawan BN.

ADUN Sulabayan, Jaujan Sambakong yang juga naib presiden Warisan Sabah berkata rakyat Sabah semakin terhimpit dan susah.

“Hak-hak rakyat semakin terhakis iaitu keperluan hidup. Harga minyak makin naik. Malaysia Sabah pengeluar harga minyak makan. Tapi di Sabah harga minyak makan antara paling mahal,” kata beliau. – Sumber BorneoToday

* CLICK READ: Musa Aman gets rich as Sabahans remain poor, says Warisan president

Telatah orang suci: Hanya orang lain yang patut taubat?

Hadi yang sepatutnya perlu bertaubat, kata Dr Mahathir

  | October 31, 2017
Dr Mahathir mendakwa perpecahan dan permusuhan sesama orang Islam di Malaysia bermula dengan PAS dan Amanat Hadi.
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya yang bertaubat kerana mengeluarkan amanat yang menyebabkan perpecahan orang Islam di negara ini.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam entri terbaru di blognya menggesa Hadi menarik balik amanat itu kerana Al-Quran mengatakan umat Islam dilarang berpecah dan berpuak.
“Hadi suruh saya bertaubat, sebenarnya yang mesti bertaubat ialah Hadi sendiri. Sesungguhnya Hadi berdosa besar dan Hadi perlu bertaubat dan batalkan amanatnya,” kata pengerusi PH itu merujuk sedutan ceramah umum yang dikaitkan dengan Hadi pada 1981, yang dipanggil sebagai Amanat Hadi.
Dalam ceramah itu Hadi menggesa penyokong PAS menentang Umno dan Barisan Nasional kerana mereka mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah. Pada 1984, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan amanat tersebut bertentangan dengan Islam.
Amanat itu juga membawa kepada Peristiwa Memali 1985 di Baling, Kedah yang mengorbankan 14 orang, berpuluh lain cedera dan penahanan beratus orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam usaha pihak berkuasa menahan seorang pemimpin PAS tempatan.
“Kerana Hadi kafirkan pemerintahan Malaysia dalam amanatnya, maka 4 orang anggota polis dibunuh oleh pengikut Ibrahim Libya kerana percaya mereka sedang berjihad dan mati mereka apabila diserang balas oleh polis adalah mati syahid,” kata bekas perdana menteri itu.
Beliau turut mempertikaikan hak Hadi dan PAS mengkafirkan mereka yang tidak menyertai parti Islam itu.
“Perpecahan yang berlaku dikalangan orang Melayu Islam di Malaysia amat mendalam. Ada yang menafi keislaman ibu bapa mereka. Ada di antara orang PAS yang menidakkan keislaman isteri, yang berkahwin sekali lagi.
“Ada yang sembahyang berasingan, dengan imam lain; yang tidak sanggup dikebumi di kubur biasa kerana kononnya kubur itu kubur orang kafir.
“Ada yang bangunkan masjid berasingan sehingga sekarang ini pun. Inilah hasil Amanat Hadi. Ia adalah satu dosa besar. Kerana ini sahaja pun ia perlu bertaubat,” katanya.
Meskipun begitu, Dr Mahathir berkata beliau sedar ramai pengikut Hadi yang berbai’ah dan taksub kepada Hadi hingga menerima semua dakwaan presiden PAS itu tanpa soal.
Pengerusi PH itu mendakwa Hadi sedang berusaha untuk memberi kemenangan kepada Umno pada pilihan raya umum ke-14 walaupun di masa yang sama PAS akan kalah.
“Tetapi PAS akan terus peralatkan Islam. Tuntutan terhadap hudud PAS sudah digugur. Sekarang kononnya PAS akan bawa usul RUU 355. Berkali-kali usul ini ditangguh. Tetapi PAS masih menggunakan usul ini untuk menarik sokongan politik bagi dirinya.
“Inilah PAS. Sebelum adanya PAS orang Melayu bersatu dan bersaudara sebagai dituntut oleh agama Islam. Perpecahan dan permusuhan sesama orang Islam di Malaysia bermula dengan penubuhan parti PAS. Ia tidaklah begitu buruk sehingga Hadi keluar amanatnya,” katanya.
Pada 20 Oktober lalu, dalam wawancara bersama Sinar Harian, Hadi menggesa Dr Mahathir bertaubat kerana menurutnya bekas perdana menteri itu menjadi punca kerosakan sistem negara, pengurangan kuasa raja Melayu, amalan demokrasi tempang dan mentadbir negara secara diktator.
“Semua kesalahan ini beliau tidak mengaku dan tidak minta maaf kepada mangsa, bahkan masih lagi mempertahankan salah lakunya. Ini menunjukkan beliau tidak jujur untuk selamatkan Malaysia.
“Yang beliau mahu adalah jatuhkan Najib sahaja. Hakikatnya, mengundi DAP, PKR, Amanah dan PPBM adalah mengundi dan mengiakan kezaliman Mahathir,” katanya.

Tunku Aziz gagal batalkan saman fitnah Mukhriz

mk   -   Hari ini, 11:40 am


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini gagal membatalkan saman fitnah yang difailkan oleh bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke atas dirinya.

Saman itu berhubung dakwaan Tunku Abdul Aziz bahawa wujud pakatan sulit antara bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang untuk mengangkatnya sebagai perdana menteri.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Nordin Hassan memutuskan saman fitnah iu harus diteruskan atas alasan terdapat isu untuk dibicarakan.

"Bukti ini perlu dibentangkan dalam perbicaraan. Terdapat isu serius yang perlu dibicarakan,” katanya.

Hakim Nordin mengarahkan Tunku Abdul Aziz yang juga adalah pengerusi lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membayar kos RM4,000.

Beliau juga memerintahkan supaya pendengaran saman fitnah itu diadakan pada 11, 12, 18 dan 19 Januari tahun depan.

Kenyataan Tunku Abdul Aziz itu disiarkan dalam sebuah blog bertarikh 30 Disember tahun lalu dan 1 Januari tahun ini.

Dalam penyata tuntutannya pada Februari lalu, Mukhriz antaranya berkata dakwaan Tunku Abdul Aziz itu menggambarkan beliau tidak telus dan jujur dalam kerjaya politik, membelakangkan rakyat dan gila kuasa.

Kenyataan itu juga menggambarkan beliau mengamalkan politik licik dan kotor serata mengikut telunjuk bapanya.

Mukhriz telah membuat akuan berkanun dalam satu afidavit yang menafikan cita-cita menjadi perdana menteri dalam konteks komplot dan pakatan jahat yang diungkapkan.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi berterusan dan ganti rugi teladan dalam jumlah yang ditaksirkan oleh mahkamah.

Mukhriz, kini timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), juga memohon perintah menegah defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan senada atau serupa.

Itulah Mafia, anak sendiri pun diarah bunuh!

Arah bunuh anak sendiri, ketua mafia Itali ditangkap
TMI · Diterbitkan pada 31 Oct 2017 11:30AM
“Godfather” Pino Scaduto mengarahkan pembunuhan anak perempuannya sendiri dari penjara kerana mencintai seorang anggota polis telah ditahan- selepas anak lelakinya enggan melakukan pembunuhan itu. – Gambar AFP, 31 Oktober, 2017

SEORANG ketua mafia Sicilian yang mengarahkan pembunuhan anak perempuannya sendiri dari penjara kerana mencintai seorang anggota polis telah ditahan- selepas anak lelakinya enggan melakukan pembunuhan itu.

“Godfather” Pino Scaduto menyalahkan penahanan dan hukuman diterimanya kerana hubungan anak perempuannya dengan seorang anggota polis kanan Itali.

Penyiasat memperolehi perbualan di penjara menemui bukti menggerunkan yang merujuk kepada “hadiah” istimewa yang mahu diberikan kepada anak perempuannya.

Detektif mengatakan Scaduto yang dibebaskan daripada penjara pada April lalu meminta anak lelakinya supaya membunuh anak perempuannya dengan mengatakan: “Kakak anda sudah menjadi pemberi maklumat”.

Tetapi anak lelaki Scaduto- yang juga berdepan dakwaan bunuh lain- enggan patuh.

“Saya tak mahu buat,” katanya dalam perbualan yang dipintas polis. “Jika anda mahu, buat sendiri. Mengapa saya perlu uruskan masalah ini? Saya dah 30 tahun.”

Scaduto yang mengawal sindiket Bagheria berhampiran ibu kota Sicilan, Palermo kemudian cuba mengupah orang lain yang juga menolaknya kerana ia adalah pertikaian keluarga.

“Hari ini kami menahan seorang ketua penjenayah yang mahu membunuh anak gadisnya sendiri kerana ada hubungan dengan seorang anggota kanan polis Itali,” kata Menteri Luar Itali Angelino Alfano pada Isnin menurut laporan media.

“Mafia kata diri mereka adalah lelaki penuh hormat. Tetapi di mana kehormatan dalam mengarahkan pembunuhan anak sendiri,” kata menteri itu.

Scaduto ditahan bersama lima belas anggota sindiket Bagheria.

Mereka semua didakwa kerana memeras ugut peniaga tempatan dalam sektor pembinaan dan air mineral. – AFP, 31 Oktober, 2017.

1MDB: Bila mau selesai maa.......

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=845352785635680&id=379029638934666

SATU DUNIA SELESAI DAN SUDAH AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG PADA YANG TERLIBAT DALAM KES SKANDAL 1MDB TETAPI DI MALAYSIA PIHAK PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG MASIH MAIN 'TARIK TALI!!'

Persoalan utama yang ingin saya tanya *Apandi Ali selaku Peguam Negara ialah kenapa beliau tidak mahu menjalinkan kerjasama* dalam isu 'Mutual Legal Assistance' dengan Pejabat Peguam Negara Switzerland?!

Di Singapura tindakan undang-undang sudahpun dikenakan pada semua yang *terlibat dalam kes skandal 1MDB!!*

*Ramai yang sudah kena penjara!! Malahan bank yang terlibat pun sudah diarah tutup oleh pihak kerajaan Singapura!!*

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pun sudah memfailkan saman sivil dan kini sedang bergerak kearah saman jenayah!!

*Terdapat bukti sejumlah hampir RM19 bilion duit syarikat 1MDB telah diselewengkan* dan mereka membeli pelbagai harta-harta di Amerika Syarikat!!

*Pejabat Peguam Negara Switzerland pernah keluarkan kenyataan dianggarkan rm16.8 bilion duit-duit syarikat 1MDB diselewengkan* dan kemungkinan ujud kesalahan jenayah 'pengubahan wang haram' di sana!!

*Negara Luxembourg turut mengesahkan ujud salah laku penyelewengan dana syarikat 1MDB!!*

Tetapi di Malaysia bekas Ketua Polis Negara iaitu Khalid Abu Bakar mengesahkan pada 12 April 2017 *siasatan kes 1MDB sudah selesai* dan kertas siasatan sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara!!

*Ketua Polis Negara yang baru turut mengesahkan pada 20 September 2017 siasatan kes skandal 1MDB telahpun selesai!!*

Tetapi kini Azalina Othman Said selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan Peguam Negara telah mengarahkan PDRM pada 24 Oktober 2017 untuk buat siasatan lanjut mengenai kes skandal 1MDB!!

*PIHAK PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG DI SELURUH DUNIA KHUSUSNYA DI NEGARA-NEGARA YANG SAYA TELAH BUAT LAPORAN SELESAI SIASATAN MEREKA!! NAMUN MENGAPA PIHAK PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA MASIH BERDOLAK-DALIK SERTA 'MAIN TARIK TALI' DALAM ISU SKANDAL KEWANGAN TERBESAR DUNIA PADA DEKAD INI?!*

Saya berhak tanya pihak penguatkuasa undang-undang di Malaysia kerana saya adalah orang pertama yang buat laporan kes skandal 1MDB pada PDRM, SPRM, Bank Negara serta juga menghantar beberapa memorandum kepada Peguam Negara Malaysia!!

Apabila saya mengesyaki ujudnya unsur-unsur pengubahan wang haram di luar negara maka pada waktu itu saya terbang ke Singapura, Hong Kong, Peranchis, Switzerland, United Kingdom dan melaporkan pada pihak FBI di New York!!

Akhirnya, saya telah ditahan di dalam lokap ibu Pejabat Polis Dang Wangi serta Penjara Sg Buloh selama 2 bulan!!

Kononnya penahanan saya adalah kerana cuba mensabotaj ekonomi serta sistem perbankan negara!!

Penahanan saya di bawah akta SOSMA!!  Saya adalah rakyat Malaysia yang pertama ditahan serta didakwa di bawah akta SOSMA!!

Dalam ertikata yang lain, saya bukan nak buat kalut dalam kes skandal 1MDB ini tetapi *saya mempunyai 'Locus Standi' untuk menyoal pihak penguatkuasa undang-undang di Malaysia mengenai status siasatan terkini!!*

*BANK NEGARA MALAYSIA TELAHPUN KOMPAUN BANK ARAB MALAYSIAN DAN MENGENAKAN KOMPAUN TERTINGGI SEJUMLAH RM150 JUTA DI ATAS BEBERAPA KESALAHAN SYARIKAT 1MDB!!*

Bukankah ini bukti sahih salahlaku penyelewengan kes skandal 1MDB itu ada asas kebenarannya!!

Dari *tindakan bank negara Malaysia ini sudah mengsahihkan jenayah kes skandal 1MDB!!*

Keseluruhan dunia sedang memerhati gelagat pihak penguatkuasa undang-undang di negara Malaysia sepertimana kata YBHG Tuan Haji Mat Sabu *"MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAH KU!!"*

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
30 Oktober 2017

______________________________________
Azalina: Peguam negara arah polis siasat lanjut 1MDB

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/10/30/azalina-peguam-negara-arah-polis-siasat-lanjut-1mdb/

Lagi isu wisma Tok Guru: AMANAH Kubang Kerian buat laporan polis

PAS KELANTAN MULAKAN PROVOKASI LAGI ISU WISMA TOK GURU AMANAH

Harini 30 Okt 2017, AMANAH Kubang Kerian yang diketuai Hj Fauzi, Hj Nor 13, Prof Dato Dr Halim, Abg Kob, Pok Bae, Abg Wi, Abdullah Zawawi Haji Wahab telah membuat Laporan Polis di Balai Polis Kubang Kerian terhadap Kenyataan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato Che Abdullah Mat Nawi di atas kenyataan beliau di Sinar Harian untuk membuat Solat Hajat di Wisma Tok Guru milik Amanah pada 16 Nov 2017.

Fakta Kes:

1. Pekerja pejabat Pas, iaitu En Mohd Yasin telah membeli tanah yang menjadi tapak Wisma Amanah Tok Guru secara senyap2. Daripada datangnya duit tersebut?

- Berunding senyap2 dengan pemilik iaitu Arwah Dato Rosli Ibrahim selepas arwah meninggal, dan tidak dibuat waktu arwah masih hidup kerana arwah telah serahkan kepada Amanah.

- Mengunakan sepenuhnya Pegawai Pjbt Tanah Kota Bharu, hingga pergi ke rumah kediaman untuk tandatangan borang jual beli tanah bernilai RM700,000. Konspirasi!

2. Status Pemilikan Tanah Masih Dalam Proses Perundangan di Mahkamah Syariah Kota Bharu, dengan Nombor Kes 0310009902692017.

3. Amanah Kelantan juga telah mengfailkan kes perebutan Wisma Tok Guru ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu

4. Kes ini masih belum ada keputusan rasmi Mahkamah lagi, tapi Pas sudah membelakangi Undang-Undang Negara apabila dengan jelas mengatakan akan buat Solat Hajat dalam kawasan yang kini menjadi perebutan.

5. Belum memerintah Negara sudah membuat Undang2 sendiri, nak Laksana dan Perkasakan Undang2 Syariah (RUU355 - Masih belum dibentang bentang) macamana jika macam ini perangai? Benda yang masih dalam tuntutan Faraid di Mahkamah Syariah pun nak langgar macam tu je?

Anda nilai dan perhatikan sendiri gelagat PAS pasca TGNA kini, makin punah dan penuh dendam kesumat. Jika YA nak sangat, selesaikan lah mengikut saluran Undang-Undang, bukannya macam SAMSENG seperti Pemuda Pas Kelantan dan Ketua Pemuda Pas Pusat (Anak TG Hj Hadi, Mantan MB Sepenggal) yang datangnya dari Terengganu.

Rakyat Kelantan tidak boleh  terima budaya Taksub Melampau yang diamalkan Pas Terengganu disini.

Syam Ghaz
Rakyat Kelantan

Gila: Membunuh dek pengaruh sebuah novel!

Tragedi Felda Keratong: Kemaruk novel cinta punca lelaki bunuh suami kekasih gelapnya
Astro Awani |  Diterbitkan pada Oktober 30, 2017 17:15 MYT
Tragedi Felda Keratong: Kemaruk novel cinta punca lelaki bunuh suami kekasih gelapnya
Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, ketika ditahan suspek membawa bersama sebuah novel yang jalan ceritanya boleh dikaitkan dengan kes berkenaan. - Foto Astro AWANI

ROMPIN: Novel cinta sering dikaitkan dengan cerita penuh kebahagiaan selain disulami babak-babak derita dan kedukaan.

Malah, kebanyakan pembaca novel cinta akan merasakan jalan penceritaan novel itu mirip kehidupan seharian hingga kadang kala terbuai dengan perasaan indah tersebut.

Namun, berbeza dengan kejadian ini, seorang pembantu kedai makan bertindak membunuh seorang lelaki yang merupakan suami kepada kekasih gelapnya di Felda Keratong 2, Muadzam Shah, Rompin di sini, Selasa lalu.

Suspek yang berusia 29 tahun dikatakan menembak mangsa menggunakan senapang patah buatan sendiri di sebuah premis mencuci kenderaan kira-kira pukul 12 tengah malam itu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan, Azli Mohd Noor berkata, siasatan mendapati suspek menjalinkan hubungan sulit dengan isteri mangsa sejak empat bulan lalu.

Menurutnya, suspek dikatakan berang apabila mengetahui mangsa berhasrat untuk membawa isterinya yang merupakan kekasih gelap suspek pulang ke Acheh, Indonesia walaupun pasangan suami isteri itu dalam proses perceraian.

“Suspek mengakui tindakannya membunuh suami kekasih gelapnya itu didorong oleh isi kandungan novel cinta tersebut yang mempunyai persamaan jalan cerita dengan apa yang lelaki itu hadapi.

“Malah, suspek ada memberitahu kekasih gelapnya bahawa dia akan bertindak apa sahaja untuk mendapatkan wanita itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tambah Azli, sebaik sahaja mengetahui diburu, suspek cuba melarikan diri ke kampung halamannya di Bedong, Kedah tetapi berjaya ditahan sepasukan polis di Hentian Rehat dan Rawat Tanjung Malim, kira-kira pukul 12.30 tengah malam, Jumaat lalu.

Katanya, susulan penahanan suspek, pihaknya turut merampas novel cinta tersebut.

“Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Hah tuudia: 9 Dragon adalah VIP

KPN SAHKAN SEMBILAN ‘DRAGON’ TERDIRI DARIPADA VIP
Posted by Editor | 30 October 2017
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan kewujudan dalang dan ketua sindiket perjudian di negara ini yang terdiri daripada kalangan orang kenamaan berpangkat Datuk, Datuk Seri serta Tan Sri.

Mohamad Fuzi menyifatkan golongan orang kenamaan berkenaan menggunakan pengaruh mereka untuk melindungi sindiket haram berkenaan, lapor Astro Awani,.

Bagaimanapun ujarnya, polis tidak boleh mendedahkan identiti pihak tersebut kerana ia dibimbangi mengganggu siasatan.

“Saya tidak boleh mendedahkan siapa mereka kerana bimbang akan mengganggu siasatan kes. Bagaimanapun ada dalam kalangan mereka terdiri daripada orang kenamaan berpangkat Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri diburu.

“Untuk makluman kita telah mengenal pasti siapa mereka ini, kalau saya dedah lokasi dan individu tersebut sudah pasti mereka akan melarikan diri ke lokasi lain termasuk luar negara.

“Sindiket perjudian terbesar negara ini terdapat di seluruh negara,” katanya.

Terdahulu pada 19 Oktober lalu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan pernah membuat pendedahan mengenai kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral di negara ini yang didakwa didalangi oleh sembilan ‘dragon’ selain mengutip hasil RM5 bilion sebulan.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi meminta semua pihak memberi ruang kepada PDRM untuk menyiasat perkara tersebut dan mengheret individu yang terlibat ke muka pengadilan.

“Beberapa kali saya tegaskan bahawa kita tidak akan bersekongkol dengan pihak yang terlibat termasuk anggota PDRM. Tetapi saya minta jangan ada dakwaan menyatakan terdapat anggota polis ‘dibayar’ untuk melindungi kegiatan ini,” katanya.

Monday, October 30, 2017

Amukan gajah di Baling

Amukan gajah: Penduduk kampung trauma tanaman, bangsal dan jamban musnah
Astro Awani |  Oktober 30, 2017 13:35 MYT
Amukan gajah: Penduduk kampung trauma tanaman, bangsal dan jamban musnah
Keadaan belakang rumah seorang penduduk yang rosak teruk akibat serangan gajah. - Astro AWANI
BALING: Urusan harian penduduk di Kampung Bukit Hijau, Kupang di sini terganggu, malah kini hidup dalam ketakutan apabila seekor gajah jantan setinggi 15 kaki (4.57 meter) mengamuk di kawasan itu sejak dua hari lalu.

Dalam kejadian tersebut, salah seorang penduduk, Jamilah Ismail, 64, mengalami trauma apabila bangsal dan tandas yang hanya berjarak selangkah di bahagian belakang rumahnya ranap diserang gajah berang itu.

Berikutan insiden berkenaan, Jamilah yang tinggal bersama seorang anaknya yang berstatus orang kelainan upaya (OKU), Saharani Ghazali, 43, tidak berani untuk pulang ke rumah mereka.

Gajah jantan dewasa berkenaan yang tingginya dianggarkan melebihi aras bumbung rumah, dipercayai masih berada di sekitar kawasan kampung itu, dan turut membawa seekor anak.
Bangsal dan tandas di belakang rumah Jamilah musnah. - Astro AWANI
Jamilah bimbang untuk terus tinggal di rumahnya selepas kejadian serangan gajah. - Astro AWANI

“Dalam pukul 4 pagi itu, dia (gajah) tarik zink di belakang rumah. Saya ingatkan kucing, maka saya hambat (sergah dan kejar) dan dia diam. Lepas tu (nampak) dia pergi ke belakang pokok kelapa di belakang rumah.

“Saya lari ke rumah orang lain (mengikut laluan) depan rumah. Tak berani nak duduk sebab dah tengok badan gajah tu,” imbasnya.

Kejadian pada awal pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Kesan tapak kaki gajah jika dibandingkan dengan tapak tangan manusia. - Astro AWANI

Ganggu habitat

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bukit Hijau, Idris Yaakob pula mendakwa serangan gajah itu ada kaitan dengan aktiviti penggondolan hutan dara di Hutan Simpan Gunung Inas.

Dakwanya, sejak aktiviti pembalakan dimulakan kira-kira 10 tahun lalu, kawasan petempatan kampung mereka sering didatangi mamalia besar berkenaan, dipercayai untuk mencari habitat baharu.

“Di atas sana pun sudah berlaku aktiviti pembalakan. (Hutan) sudah diteroka. Mungkin dia (gajah) terganggu dan tak ada makanan, maka dia masuk ke kampung.

“Kawasan pembalakan ni kira dekat (dengan kampung), di kaki Gunung Inas. Sebelum ni tak ada (datang ke kampung). Dia duduk di kawasan hutan itu saja,” ujar Idris.

Menurut Idris, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah telah dimaklumkan mengenai perkara itu, dan beberapa anggota termasuk pegawai jabatan tersebut telah datang ke lokasi berkenaan pada petang hari kejadian.

Pokok kelapa ini hanya sebahagian daripada tanaman yang dirosakkan di kampung tersebut. - Astro AWANI

Suspek pukul RELA serah diri

Suspek pukul RELA serah diri naik Bentley
mk   -   Hari ini, 6:08 pm
Seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' yang dilaporkan sebagai suspek menyerang tiga anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditangkap selepas beliau menyerah diri kepada pihak polis petang ini.

Menurut China Press, lelaki tersebut tiba di ibu pejabat polis daerah Ampang sekitar jam 3.50 petang tadi dengan menaiki sebuah kereta mewah Bentley.

Suspek ditemani peguamnya dan 10 orang lagi.

Menurut laporan media tempatan lelaki itu mungkin akan ditahan semalaman. Lelaki itu juga akan mengikuti prosiding untuk direman esok hari, lapor Berita Harian.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri yang menasihatkan 'Datuk Seri' terbabit supaya menyerah diri selepas lelaki itu dipercayai mencederakan tiga anggota RELA baru-baru ini.

Menurut laporan China Press, pihak polis Selangor berkata suspek disiasat kerana menyebabkan kecederaan dan menghalang penjawat awam daripada melaksanakan tugasnya.

'Datuk Seri' itu dikatakan telah mencederakan tiga anggota RELA terbabit selepas aduan dibuat terhadapnya kerana menganggu lalu-lintas dalam di sebuah majlis kuil Jumaat lalu.

Sementara itu, satu lagi laporan media tempatan menyebut ketua RELA daerah Ampang mendakwa beliau dihubungi pihak tertentu yang menawarkan beliau dan tiga mangsa itu sebanyak RM10,000 jika laporan polis tersebut ditarik balik.

Ho berkata tawaran itu ditolak.

Individu ini pemberi maklumat kepada Sarawak Report?

Ambiga sumber maklumat Sarawak Report, menurut laporan
TMI · Diterbitkan pada 30 Oct 2017 6:43PM ·
Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown di Perhimpunan Bersih London. Dalam laporan hari ini, beliau menamakan Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan sebagai sumber yang memberitahunya mengenai wang sogokan kepada PAS, selain hal-hal lain. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Oktober, 2017

EDITOR Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown menamakan bekas Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan sebagai pemberi sumber berhubung dakwaan pemimpin utama PAS menerima wang dari Perdana Menteri Najib Razak, lapor Malaysiakini hari ini.

Menurut laporan itu, Rewcastle-Brown berkata beliau telah bercakap mengenai Najib, 1MDB, dan PAS dengan Pengerusi Bersih itu pada Julai 2016.

"Ambiga beritahu kepada defendan bahawa sumbernya itu boleh dipercayai. Beliau juga menjangka jumlah yang telah dibayar sekitar RM90 juta," kata Rewcastle-Brown dalam dokumen mahkamah bertarikh 11 Oktober itu.

Dokumen mahkamah itu telah difailkan berhubung saman fitnah Presiden PAS Abdul Hadi Awang itu terhadap Rewcastle-Brown pada April lalu.

Hadi mendakwa beliau difitnah dalam rencana Sarawak Report bertajuk "As Najib denies all over 1MDB let's not forget his many other criminal connections" bertarikh 6 Ogos, 2016.

Rencana itu mendakwa wang itu bertujuan untuk menyogok PAS untuk menyebelahi Barisan Nasional.

Rewcastle-Brown berkata sebahagian perbualannya dengan Ambiga itu bertujuan baik, juga sebagai komentar politik yang berkaitan kepentingan awam.

Tambahnya, kenyataannya itu bukan bersifat peribadi dan tidak ditujukan kepada Hadi mahupun sesiapa.

Saman itu juga turut menuduh Najib menyaurkan lebih RM200 juta kepada bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa sejak 2014 untuk mendanai sekumpulan dalam PAS.

Rewcastle-Brown berkata, bekas pemimpin itu dan pemimpin tinggi PAS lain telah membeli kereta baru, hartanah atau menambah isteri. Beliau turut menunjukkan senarai panjang jenis kenderaan yang dibeli oleh mereka. – 30 Oktober, 2017.

Maruah: Tamrin tanya KP SPRM

Monday, October 30, 2017
KETUA PENGARAH SPRM INI ADA MARUAHKE

Oleh Tamrin Tun Ghafar

Saya tidaklah berminat sangat dng Chua Soi Lek, mantan Presiden MCA dan Menteri Kesihatan ini tapi saya tabik juga dia walaupun perbuatan dia itu tidak bermaruah tapi dia ada maruah juga apabila dia tidak teragak2 mengaku bahawa lelaki dlm video sex itu adalah beliau dan tanpa berbelit2 dan tanpa menggunakan beberapa talian hayat beliau terus letak jawatan sebagai Ahli Kabinet. Itu tindakan bertanggong jawab seorang yg bukan Islam.

Jika terdapat bangkai tikus yg busuk baunya dirumah kita, pasti kita akan cepat2 buang dan jika perlu kita akan spray dng wangi2an bagi menghidar bau bangkai tadi.

Maka begitulah juga dng KP SPRM ini.

Apabila sehingga kini tidak berani menafikan sendiri  hubongan beliau dng seorang suri rumah yg maseh bersuami ketika itu maka beliau dng sendirinya mengaku perbuatan keji dan jijik itu seperti yg terdapat dlm gambar2 dan video mereka di Bali.

Apa berzina terutama dng isteri orang itu merupakan kegemaran beliau, dan dibenarkan pula oleh Agama Suci kita Islam ?

Saya bertanyakan ini kerana telihat dlm video KP SPRM itu memegang chokmar berkhutubah dng penoh semangat. Begitu juga ucapan2 dan bacaan sajak beliau yg diselitkan dng unsur2 keagamaan.

Apakah tindakan beliau  (berkhutbah dll) itu satu taktik yg sengaja dilakunkan bagi menutup aktiviti keji dan jijik beliau.

Perbuatan anda sebenarnya adalah lebih busuk dari bangkai tikus tadi.

Tidakkah anda merasa malu dan segan dng pegawai dan kakitangan SPRM apabila anda berhadapan dng mereka di pejabat atau apabila anda menghadiri taklimat2 dan sebagainya.

Apa pula agaknya perasaan mereka mempunyai seorang KP yg terbukti bergelumang dng isteri orang. 

Tidakkah anda peduli perasaan isteri dan anak2 dan ahli keluarga ?

Saya simpati dengan mereka

Anda sepatutnya meminta maaf kpd  isteri, anak2, pegawai dan kakitangan SPRM dan juga kpd rakyat Malaysia keselurohannya di atas perbuatan keji dan jijik anda itu.

Rakyat rata2 hairan mengapa pehak polis memakan masa yg agak lama untok bertindak, dan mengapa pula tiba2 Peguam Negara mengarahkan penubohan Pasukan Petugas Khas untok memantau / menyiasat kes yg sudah pun terbukti

Apakah berkemungkinan cakap2 di luar sini betul bahawa oleh kerana persahabatan  diantara KP SPRM ini, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara yg baru ini begitu rapat maka kononnya usaha2 sedang dilakukan bagi menutup kes ini

Sepatutnya KP SPRM ini dah boleh dipakaikan baju lokap polis dan digari sepertimana rajinnya beliau menyarongkan baju oren dan kadang2 digari pula WALAUPUN mereka yg dishaki itu hanya disiasat dan BELUM lagi ditudoh dan didapatii bersalah.

Janganlah  pulak polis di bawah kepimpinan baru ini meneruskan  sikap  DOUBLE STANDARD dan pilih bulu  seperti yg  pernah dilakukan dahulu  terutama dlm kes KP SPRM ini.

POLIS BERKHIDMAT UNTOK NEGARA DAN RAKYAT BUKAN MENUTUP dan MELINDUNGI KEPINCANGAN DAN KESALAHAN SESAORANG WALAUPUN SAUDARA DAN SAHABAT HANDAI

Pada masa yg sama jangan ada mana2 pehak yg mempunyai  tujuan tertentu cuba mempertahankan  KP ini sekurang2nya sehingga selesai PRU akan datang. 

Dengan dua kesalahan besar yg dilakukan oleh KP SPRM ini iaitu mempersoalkan keputusan Kerajaan secara terbuka dan terlibat dng sekendal sex dng isteri orang yg maseh bersuami ketika itu, rakyat sedang menunggu apakah   Kerajaan mampu dan berani memecat bahkan menyumbat KP SPRM ini ke dalam penjara.

Apakah Kerajaan menggangap tidak seorang pun pegawai SPRM yg layak menerajui SPRM ini sehingga ada seorang Menteri dari Sabah yg menasihatkan KP ini untok terus kental (steadfast) menghadapi  'tekanan '?? ini.

Apakah dengan sikap ini Kerajaan memberi signal bahawa  TIDAK  AKAN menggambil sebarang tindakan jika ada mana2  Penjawat Awam yg menentang apa2 keputusan dan tindakan Kerajaan secara terbuka, dan melakukan perkara2 keji dan jijik  seperti yg dilakukan oleh KP SPRM ini

Demi menjaga kedudokan dan pangkat maka eloklah  JAKIM dan Mufti2  terus mendiamkan diri berpura  seolah2  mereka tidak tahu apa yg sedang dibicarakan ini tetapi ingat kita semua tidak boleh  mengelakan diri dari diadaili kelak. Semasa itu jawaplah bahawa kedudokan dan pangkat didunia wajib dipertahankan walaupun ianya bertentangan dng Hukum ALLAH SWT

JANGANLAH BIARKAN NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA

Tolong viralkan pandangan saya ini sehingga sampai kpd mereka yg berkenaan.

Tamrin Tun Ghafar
Isnin 30.10.17
- sumber

Clare dakwa Hadi, Najib pakat eksploitasi prosiding kes di London

  | October 30, 2017
Editor Sarawak Report mendakwa ada pegawai yang mendapat manfaat daripada pembayaran rahsia besar Najib untuk mengeluarkan parti itu daripada gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.
PETALING JAYA: Clare Rewcastle Brown mendakwa Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpakat dengan Datuk Seri Najib Razak atau ejennya untuk mengeksploitasi prosiding mahkamah di London dalam usaha melepaskan perdana menteri.
Menerusi tuntutan balas dalam respons terhadap saman fitnah difailkan Hadi, editor laman web pemberi maklumat itu berkata, mereka mahu mencemarkan nama baiknya dan Sarawak Report dalam kempen menggulingkan Najib dan membawanya ke muka pengadilan atas dakwaan rasuah dan salah laku jenayah.
Menerusi dokumen mahkamah yang dilihat FMT, Clare berkata, Hadi sendiri atau ejennya terbabit dalam penerbitan satu siri artikel untuk memfitnah dan menyerangnya secara kejam di laman web Third Force dan Malaysia Today.
Dalam tuntutan balas yang difailkan pada 11 Oktober lalu, wanita itu berkata, penerbitan berkenaan ialah gangguan dan beliau mahu mahkamah memerintah bayaran ganti rugi atas tekanan dan kebimbangan dihadapinya serta injunksi untuk menghalang Hadi melakukan gangguan lanjut.
Peguam, SN Nair berkata, Clare akan mendapat kos dan ganti rugi, jika mahkamah menolak saman difailkan Hadi dan membenarkan tuntutan balas itu.
Presiden PAS itu memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London, pada 21 April lalu, terhadap satu artikel Sarawak Report 6 Ogos 2016 yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha perdana menteri “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.
Clare dalam pembelaannya terhadap saman fitnah Hadi berkata, pemimpin PAS itu tidak dinamakan atau dikenal pasti sebagai objek dalam mana-mana kenyataan dalam artikel berkenaan.
Beliau berkata, membenarkan tindakan Hadi sebagai orang yang disebut dalam artikel itu ialah campur tangan tidak wajar, tidak perlu dan tidak adil serta menghalang hak kebebasan bersuara beliau dan orang ramai, khasnya dalam membincangkan isu politik.
Clare berkata, Seksyen 1 Akta Fitnah 2013 menyatakan perlu ada bukti terhadap penerbitan kenyataan yang didakwa mendatangkan kerosakan serius kepada reputasi Hadi.
Beliau bagaimanapun menafikan Hadi menghadapi kerosakan serius itu.
Clare berkata, Hadi memfailkan saman itu bukan untuk melindungi imej sendiri, sebaliknya untuk tujuan tidak sah bagi melindungi reputasi dan tujuan politik PAS serta sekutu politiknya, Najib.
Katanya, kenyataan dalam artikel itu ialah kepentingan awam, iaitu mengenai kegiatan dan sejarah rasuah serta jenayah, kelakuan dan pengaruh kerajaan, politik dan proses kehakiman di Malaysia serta sama ada Najib sesuai memegang jawatan awam.
Clare berkata, beliau akan membuktikan Hadi sengaja membenarkan PAS terjejas dan menerima rasuah serta proses demokrasi dirosakkan anggota kanan parti.
Beliau berkata, pegawai terbabit menerima dan secara peribadi mendapat manfaat daripada pembayaran rahsia besar Najib untuk menggugat dan mengeluarkan parti itu daripada gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, katanya, tuntutan Hadi untuk ganti rugi dan sebarang injunksi perlu ditolak.
Pada 6 Ogos lalu, Setiausaha Politik Hadi, Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan berkata, Clare perlu membayar £15,000 (RM83,700) kepada ahli Parlimen Marang itu, dengan bakinya akan ditentukan mahkamah nanti.
Pada 2 Ogos lalu, mahkamah memerintahkan Hadi meletakkan sandaran RM80,000 sekiranya beliau tewas dalam kes terhadap Clare.

Sambil tu Hanipa Maidin singgung PAS la ni......

Aksi Aishah di GV hadir selepas dapat restu parti
mk   -   Hari ini, 12:48 pm
Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak berhasrat mengubah Aishah, sebagai "ustazah segera" sebaliknya menghargai bakat yang ada pada penyanyi Janji Manismu itu.

Anggota Jawatankuasa Pusat AMANAH Hanipa Maidin berkata sebelum menyertai pertandingan Gegar Vaganza (GV) musim keempat - yang bermula malam tadi - Aishah ada meminta izin daripada parti berkenaan.

"AMANAH memberi restu. Aisyah ialah penyanyi, maka AMANAH tidak pernah berhasrat untuk turn over (mengubah) dia menjadi ustazah khususnya instantaneous ustazah (ustazah segera)," kata Hanipa hari ini.

AMANAH adalah parti baru yang ditubuhkan sekumpulan bekas anggota PAS selepas mereka diketepikan perwakilan dalam muktamar parti itu pada 2015.

Membawa aliran yang dilihat progresif dan sederhana, ia kelihatan berbeza dengan PAS yang lebih konservatif dalam pendekatan masing-masing.

Aishah memang seorang penyanyi terkenal sebelum menyertai PAS dan diturunkan menjadi calon parti itu semasa pilihan raya umum ke-13 lalu untuk kerusi Jempol.

Jangan hirau kata orang

Di situ Aishah mencabar bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad. Bagaimanapun Isa memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 8,629 undi.

Apabila AMANAH ditubuhkan Aishah menyertai parti berkenaan dan bergiat bersama pegerakan wanita pertubuhan itu.
Aishah terpilih menjadi seorang daripada 12 peserta GV musim keempat dan menjadi artis terakhir membuat persembahan malam tadi.

Kata Hanipa Aishah ternyata membuat persembahan memukau dengan lagu popularnya itu sehingga mendorong dua daripada tiga juri berdiri memberi tepukan.

Semasa konvesyen AMANAH di Alor Setar, Kedah baru-baru ini kata Hanipa, mereka sempat berbual dan mengucapkan selamat berjaya kepada penyanyi terbabit.

"Setakat yang saya kenal, Aishah ini seorang yang berpendidikan daripada keluarga yang juga ramai yang berpendidikan," katanya.

Justeru kata anggota parlimen Sepang itu Aishah boleh memberi sumbangan positif melalui bakatnya untuk masyarakat.

"Untuk Kak Aishah, jangan hirau apa orang kata, khususnya orang yang rasa mereka suci," katanya.

Selain Janji Manismu, Aishah juga dikenali dengan banyak lagu popular lain seperti Camar Yang Pulang, Pulanglah dan Ubekkan Denai.