Monday, October 16, 2017

Buku 555 makan dulu tangguh bayar..RUU 355 pula bentang dulu tangguh bahas....

Tangguh bentang RUU 355: Amanah sokong pandangan netizen ibarat buku 555
MALAYSIA DATELINE  -  October 16, 2017 11:02 am
Hasrat pemimpim Pas untuk menangguhkan pembentangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 selepas pilihan raya umum, dibidas pimpinan AMANAH.

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipah Maidin dalam kenyataan di facebook hari ini berkata, hasrat pemimpin Pas yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyarankan usul RUU 355 ditangguhkan sekiranya tidak mendapat sokongan Umno pada masa ini sama seperti buku 555 sebagaimana komen netizen, kata Hanipa.

“Seorang pemimpin parti suci kata lebih baik RUU 355 ditangguh selepas PRU jika tidak dapat sokongan Umno pada masa ini.

“Saya terbaca sebuah FB di bawah sana orang (netizen) menulis persamaan buku 555 dengan RUU 355.

“Katanya buku 555 makan dulu tangguh bayar..RUU 355 pula bentang dulu tangguh bahas..kan tak jauh..,” ujarnya.

Menurut Hanipa lagi, agak pelik pendirian Pas untuk menangguhkan RUU 355 berbanding dengan penganjuran Fastaqim 2.0 baru-baru ini di Kelantan.

“Pelik lah pendirian parti suci sekarang jika nak tangguh sekarang..fastaqim dah dua kali dah..awat tak Fastaqim dalam nak bahas..jangan takut RUU 355 bukan macam saman DoJ ada campurtangan asing..awat nak tangguh-tangguh ?” soalnya.

Semalam Mahfod dilaporkan berkata, jika boleh parti itu mahu membentangkan RUU 355 dan terus menang. Justeru parti itu disarankan perlu membuat perkiraan yang lain kalau Umno dan umat Islam lainnya tidak sokong lebih baik tangguh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Malaysiakini di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM).

Turut hadir dalam majlis itu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

4 comments:

  1. Ditangguh supaya boleh dijadikan modal ceramah politik oleh pak2 lobai menjelang pru14. Bukan ikhlas sangat pun....kan3

    ReplyDelete
  2. Kempen lobai pru nnti... sapa tksokong pas n umno yg nk bawa 355 akn jd kapir.

    Kita nk tnya..355 dh complete ke butirannya?

    Tuduhan kapir dh tersebar dh. Pihak lain dh dihalalkn darahnya. 355 tangguh lg. Munafik betul

    ReplyDelete
  3. Satu donia dh tau pas nk bentang 355, alih2 nk tangguh pulak.. lidah korang ngalahkan bewok...bewok pun lari klu jumpa korang..

    ReplyDelete
  4. Jangan jadikan ucapan and dikutuk Dan menjadi mangsa kutukan Alam guruh Dan petir, Isis telah diserang Babi Di kirkuk, pejuang mereka lemas dalam terowong semasa hujan lebat sehingga membongkar periuk periuk api yang ditanam

    ReplyDelete