Tuesday, October 24, 2017

Merendahkan akhlak sendiri: Pemuda PAS warisi perangai sape ni?

Husam: Pemuda PAS ‘kebudak-budakan’, belajarlah undang-undang

  | October 23, 2017
PAS gopoh memasang bendera di Wisma Tok Guru kerana sedangkan mahkamah belum membuat keputusan dalam kes itu, kata Husam Musa.
PETALING JAYA: Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa menyifatkan tindakan penyokong Pemuda PAS memasang bendera parti di Wisma Tok Guru, Kota Bharu sebagai “kebudakan-kebudakan” dan gopoh kerana mahkamah belum membuat keputusan dalam pertikaian hak milik bangunan itu.
Wisma Tok Guru menempatkan pejabat wakil rakyat Amanah DUN Salor. Bangunan itu menjadi pertikaian apabila Setiausaha Kerja PAS Kelantan Mohamad Yasin Yusof membeli tanah bangunan itu daripada waris pemilik tanah, Datuk Rosli Ibrahim.
Husam menggesa Ketua Pemuda PAS Mohamad Khalil Abdul Hadi dan Naib Ketua Pemua PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari belajar undang-undang terlebih dahulu sebelum penyokong Pemuda PAS mengambil tindakan yang “merendahkan akhlak”.
“Negara kita ada undang-undang. PAS pun kata dia nak tegakkan undang-undang syariah. Kita mahu perkara ini selesai melalui proses undang-undang. Fadhli, belajar undang-undang Malaysia, tunggu keputusan mahkamah,” katanya dalam ucapan di Facebook Pemuda Amanah Kelantan.
Tindakan penyokong Pemuda PAS memasang bendera di bangunan yang menempatkan pejabat Amanah Kelantan itu kecoh apabila Pemuda Pakatan Harapan turun bagi menghalang “provokasi” itu.
Fadhli dilaporkan berkata Wisma Tok Guru kini sah milik PAS melalui geran yang sudah dikeluarkan, dan pihaknya memberikan notis 30 hari kepada Husam untuk mengosongkan bangunan itu pada 14 Oktober lalu.
Namun, Husam berkata PAS sebenarnya tidak boleh menyertai pertikaian itu.
“(Pihak yang) beri notis pada saya bukan PAS tetapi Yasin. PAS tidak ada hak dalam pertikaian ini,” kata Husam.
“Notis yang diberi Yasin kepada saya adalah selama 30 hari dan tempoh itu belum tamat, tetapi Pemuda PAS tidak reti undang-undang. Dia tak sabar kerana nafsu atau tidak ada kerja lain.”
Menurut Husam, ketika hayatnya, Rosli dalam surat kepada Husam menyerahkan tapak bangunan itu untuk digunakan oleh beliau sampai bila-bila.
Husam juga mengingatkan dari segi undang-undang, beliau selaku pemilik bangunan itu juga ada hak setara.

* Berkaitan: Timbalan Pengerusi KANUN sekolahkan Ketua Pemuda PAS Kelantan

1 comment:

  1. Genuinely when sߋmеone doesn't understand after that itts up to other viеwers
    that they wiⅼl heⅼp, so here it occurs.

    ReplyDelete