Tuesday, October 17, 2017

SPRM panggil adik bekas menteri mana pula ni?

SPRM panggil seorang lagi adik bekas menteri untuk beri keterangan
TMI · Diterbitkan pada 17 Oct 2017 10:50AM ·

SEORANG lagi adik bekas menteri di sebuah kementerian dijangka dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan penyelewengan dana kebajikan kerajaan yang menjalankan agensi tersebut, lapor akhbar Utusan Malaysia.

Memetik sumber akhbar itu, individu berkenaan yang bergelar "Datuk" berusia lingkungan 50-an akan dipanggil bagi memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Ia susulan penahanan adik kepada Presiden Warisa Shafie Apdal, yang juga bekas menteri dan pemimpin Umno pada minggu lalu.

"Individu tersebut dipercayai membantu memberikan tender projek-projek di bawah kementerian tersebut kepada kontraktor-kontraktor terlibat.

"Malah individu tersebut juga didapati menerima komisen dengan jumlah-jumlah tertentu hasil daripada tender projek-projek tersebut," kata sumber tersebut ketika dihubungi Utusan.

Minggu lalu, Hamid Apdal dipanggil untuk membantu siasatan berhubung penyelewengan dana persekutuan berjumlah RM1.5 bilion.

Siasatan SPRM itu dibuat berhubung penyelewengan membabitkan dana persekutuan untuk projek bekalan air dan elektrik di kawasan luar bandar Sabah.

Penyiasat SPRM kini memfokuskan kepada temph masa antara 2009 hingga 2015 yang mana penyelewengan itu didakwa berlaku di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di Sabah.

Turut ditahan sebelum ini ialah Naib Presiden Warisan, Peter Anthony; Ketua Pemuda Warisan, Mohd Azis Hamman; Ketua Penerangan Pemuda Umno Sabah, Jamawi Jaafar; dan Ketua Pemuda Umno Tawau, Ariffin Kassim. – 17 Oktober, 2017.

1 comment:

  1. Ni nk tanye Ketua Pengarah SPRM ni bawak Bini Orang hulu hilir sampai ke Indonesia ni tk pulak kau nk TANGKAP .Mana JAKIM mana Mufti 1 Malaya.bila bab Dobi Islam bukan main korang bersuara.

    ReplyDelete