Wednesday, October 25, 2017

Inikah antara soalan yang ditolak Speaker?

‘Adakah k’jaan bantu 1MDB bayar AS$600 juta?’ antara soalan ditolak
mk   -   Hari ini, 3:56 pm
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendedahkan bahawa antara soalan pembangkang yang ditolak oleh speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia adalah berhubung pembayaran 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

Pua pada sidang akhbar di Parlimen hari ini berkata soalan lisannya meminta menteri kewangan supaya menyatakan sama ada 1MDB telah membayar lebih AS$600 juta kepada IPIC pada Ogos 2017 dan sama ada kementerian kewangan membantu membiayai pembayaran itu.

“Pun begitu, saya menerima surat penolakan daripada Speaker yang mendakwa soalan itu kononnya tidak boleh dijawab atas alasan subjudis memandangkan ia kononnya adalah ‘perkara yang dalam timbangan mahkamah’.

“Namun, pembayaran berkenaan yang merupakan penyelesaian yang dipersetujui (1MDB) dengan IPIC dan tidak ada kena mengenai dengan mahkamah, sama ada di Malaysia mahupun di serata dunia,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Pada 30 Ogos lalu, dalam pengumuman kepada Bursa Saham London IPIC mengesahkan mereka menerima bayaran daripada 1MDB sehari sebelum tarikh akhir yang diberikan luput.

Bagaimanapun jumlah wang yang diterima itu tidak didedahkan.

1MDB sebelum ini berkata mereka membayar hutang tersebut hasil daripada dana yang diperoleh melalui proses rasionalisasi berterusan.

1MDB sepatutnya membayar jumlah itu pada 31 Julai tetapi syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia itu memohon mendapatkan tempoh lanjutan atas alasan kelewatan penerimaan dana akibat isu kelulusan peraturan.

Dalam pengumumannya pada 8 Ogos, IPIC memaklumkan mereka memberikan tempoh lanjutan kepada 1MDB tertakluk kepada bayaran AS$310 juta menjelang 12 Ogos dan bakinya sebelum 31 Ogos.

1MDB juga dikehendaki membayar faedah tambahan atas kelewatan itu.

Mengulas lanjut, Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP, rakyat Malaysia berhak tahu mengenai pembayaran tersebut jika benar kementerian kewangn ada membantu 1MDB menyelesaikan hutangnya itu.

“Malah, keengganan (kerajaan) untuk memberi maklum balas mengenai persoalan ini mengesahkan desas desus bahawa MOF ada mengeluarkan dana kecemasan lebih RM2.5 bilion bagi menyelamatkan 1MDB pada Ogos tahun ini,” katanya.
Mengikut saman pelucuthakan sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB, dana AS$1.367 bilion daripada wang AS$3.5 bilion hasil jualan bon yang diterbitkan oleh 1MDB dan ndijamin oleh IPIC didakwa disalurkan ke Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI) yang berpangkalan di British Virgin Islands.

Syarikat itu kelihatan seolah-olah adalah anak syarikat IPIC yang mempunyai nama yang hampir serupa.

1MDB masih perlu melunaskan ansuran kedua kepada IPIC bernilai AS$602,725,000 selain faedah dalam jumlah berasingan yang tidak didedahkan menjelang 31 Disember sebagai persetujuan dicapai mereka sebelum ini.

Semalam, pada sidang media kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) di Parlimen, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail lebih daripada 10 soalan mereka khususnya membabitkan skandal 1MDB ditolak.

Katanya, tindakan Pandikar jelas memperlihatkan percubaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperalatkan institusi parlimen khususnya berkaitan isu skandal 1MDB.

2 comments:

  1. Kenapa soalan itu tidak benarkan? Adakah kerajaan cuba menutup semua maklumat mengenai 1MDB? Apakah rakyat tidak harus tahu bagaimana wang kami dihabiskan?

    ReplyDelete
  2. O que do tendo lugar sou novo para isso, me deparei com este tenho
    encontrados -positivamente útil e tem auxiliado me cargas.
    Espero para contribuir & ajudar diferentes usuários
    como seu ajudou me. Trabalho grande.

    ReplyDelete