Monday, October 30, 2017

Mampukah kita lakukan?: Fang Shuyun - Belayar guna buluh

Seorang warga China, Fang Shuyun, 51, masih mempunyai kekuatan badan yang mengagumkan, yang membolehkan beliau berulang alik ke tempat kerja menggunakan 2 batang buluh merentasi Sungai Fuchun setiap hari.
Beliau menjadi tular di media China dan berjuta-juta orang terkejut melihat Fang dengan mudahnya berlayar di atas air sambil berdiri di atas sebatang buluh, dan lagi sebatang buluh berukuran 23 kaki digunakan untuk "memandu" arah yang ingin dituju.
Beliau dilaporkan mampu bergerak dengan kelajuan 30 hingga 50 meter setiap minit, atau 1.8km hingga 3km sejam. Perkara ini bermula ketika Fang tertinggal bot terakhir untuk pulang ke rumah selepas habis kerja. Beliau terlihat sebatang buluh terapung di atas air dan terus cuba menggunakannya untuk menyeberangi sungai tersebut, namun gagal.

No comments:

Post a Comment