Monday, October 30, 2017

Sambil tu Hanipa Maidin singgung PAS la ni......

Aksi Aishah di GV hadir selepas dapat restu parti
mk   -   Hari ini, 12:48 pm
Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak berhasrat mengubah Aishah, sebagai "ustazah segera" sebaliknya menghargai bakat yang ada pada penyanyi Janji Manismu itu.

Anggota Jawatankuasa Pusat AMANAH Hanipa Maidin berkata sebelum menyertai pertandingan Gegar Vaganza (GV) musim keempat - yang bermula malam tadi - Aishah ada meminta izin daripada parti berkenaan.

"AMANAH memberi restu. Aisyah ialah penyanyi, maka AMANAH tidak pernah berhasrat untuk turn over (mengubah) dia menjadi ustazah khususnya instantaneous ustazah (ustazah segera)," kata Hanipa hari ini.

AMANAH adalah parti baru yang ditubuhkan sekumpulan bekas anggota PAS selepas mereka diketepikan perwakilan dalam muktamar parti itu pada 2015.

Membawa aliran yang dilihat progresif dan sederhana, ia kelihatan berbeza dengan PAS yang lebih konservatif dalam pendekatan masing-masing.

Aishah memang seorang penyanyi terkenal sebelum menyertai PAS dan diturunkan menjadi calon parti itu semasa pilihan raya umum ke-13 lalu untuk kerusi Jempol.

Jangan hirau kata orang

Di situ Aishah mencabar bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad. Bagaimanapun Isa memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 8,629 undi.

Apabila AMANAH ditubuhkan Aishah menyertai parti berkenaan dan bergiat bersama pegerakan wanita pertubuhan itu.
Aishah terpilih menjadi seorang daripada 12 peserta GV musim keempat dan menjadi artis terakhir membuat persembahan malam tadi.

Kata Hanipa Aishah ternyata membuat persembahan memukau dengan lagu popularnya itu sehingga mendorong dua daripada tiga juri berdiri memberi tepukan.

Semasa konvesyen AMANAH di Alor Setar, Kedah baru-baru ini kata Hanipa, mereka sempat berbual dan mengucapkan selamat berjaya kepada penyanyi terbabit.

"Setakat yang saya kenal, Aishah ini seorang yang berpendidikan daripada keluarga yang juga ramai yang berpendidikan," katanya.

Justeru kata anggota parlimen Sepang itu Aishah boleh memberi sumbangan positif melalui bakatnya untuk masyarakat.

"Untuk Kak Aishah, jangan hirau apa orang kata, khususnya orang yang rasa mereka suci," katanya.

Selain Janji Manismu, Aishah juga dikenali dengan banyak lagu popular lain seperti Camar Yang Pulang, Pulanglah dan Ubekkan Denai.

7 comments:

  1. melalak la sampai mati apa orang peduli
    dah engkar suka buat mungkar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awie wings melalak jg(ada kes mahkamah lg)tp pas jemput jg. Apa ke he. Bila dia buat ok, org lain buat mungkar!

      Delete
    2. Bila orang bukan drp golongan yang disukai mereka, istilah yang digunakan ialah "melalak".
      Perangai ni sebijik perangai mr presideng mereka.... kohong dan kurang beradab!!!

      Delete
  2. ok la jadi penyanyi, dari jadi pelakon blue stopa ali

    ReplyDelete
  3. Siap ada pub lg jual jin n tonik. Inilah kemunafikan agamawan akhir zaman. Yg sokong dia semua betul walaupun terang2 salah. Yg tak sokong mulalah keluar hadis serba serbi utk hentam org tu.

    ReplyDelete
  4. Syurga pun bukan hak milik Lebai-lebai

    ReplyDelete
  5. Bilo pas buat ok. Bilo org lain buat mungkar jahat munafik jebon barua broker. Tp byk kali ribut guruh cari org pas tengah ceramah. Kiki

    ReplyDelete