Bekas hakim Mahkamah Persekutuan tolak ‘subjudis’ Pandikar
mk - Hari ini, 21 Okt. 16 - 11:45 tengahari
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Gopal Sri Ram berkata hujah Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bahawa membahaskan skandal 1MDB di Parlimen adalah subjudis adalah tidak betul dari segi undang-undang.
"Dengan hormat, saya tidak fikir itu akan menjadi perkara subjudis.
"Dalam apa jua keadaan, jawapan menteri itu hanya sekadar cakap-cakap dalam saman DOJ dan oleh itu tidak boleh diterima melainkan jika menteri (berkenaan) memberi keterangan dalam saman itu.
"Jadi dengan hormat, saya fikir bahawa apa yang dikatakan oleh speaker yang mulia itu adalah tidak betul mengikut undang-undang," katanya kepada Malaysiakini.
Semalam, Pandikar mendakwa adalah subjudis untuk membincangkan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset berkaitan 1MDB di negara itu.
Ini, kerana menurutnya, perbahasan mengenai isu berkenaan dalam parlimen boleh digunakan walaupun perbicaraan itu dilakukan di luar negara.
"Apa menteri kata di sini boleh dipetik dalam perbicaraan di Amerika. Pada pandangan saya ia akan melencongkan perbicaraan," kata Pandikar.
Selasa lalu, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus turut bersependapat bahawa persoalan subjudis tidak timbul sama sekali.
"Ini kerana ia adalah perbicaraan asing. Peraturan subudis terpakai berhubungan dengan perbicaraan di mahkamah Malaysia," katanya kepada Malaysiakini.
Saman DOJ yang difailkan di mahkamah California Julai lalu adalah berhubung dengan apa yang digambarkannya sebagai antara tindakan terbesar yang pernah dibuat mengikut Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi.
Ia membabitkan kira-kira AS$1 bilion aset berkaitan 1MDB yang didakwa diselewengkan.

No comments:
Post a Comment