Thursday, October 27, 2016

Siapa sebenarnya perbodoh diri dan dilihat bodoh?

RUU 355: Biarlah mereka perbodoh diri, kata Nasrudin Tantawi
 | ARIF ATAN

Nasrudin Hassan
Selepas Presiden Pas menggunakan gelaran keldai dan anjing gila, Ketua Penerangan parti Islam itu pula menggelar pihak yang mengkritik usul pindaan Akta 355 sebagai 'membohongi dan memperbodohkan diri sendiri'.
“Adapun pihak yang hanya mahu mencari populariti murahan, rating di Facebook, kelemahan yang mahu dieksploit, debat yang melampau, spin dan sebagainya, biarlah mereka tenggelam dalam keseronokan dan hanyut dalam keghairahan mereka membohongi dan memperbodohkan diri sendiri.
“Bagi mereka yang berlapang dada, bersikap terbuka, ikhlas dan jujur dalam perbincangan dan persahabatan, maka kita rakamkan setinggi-tinggi tahniah dan juga penghargaan,” kata Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan hari ini.
Ketika menganggap pihak yang mempersoal usul pindaan akta tersebut sebagai membohongi dan memperbodohkan diri sendiri, Ahli Parlimen Temerloh itu mendakwa Pas membudayakan politik matang dan sejahtera bercirikan politik dakwah dan amar makruf nahi mungkar.
“Maka Pas bersikap terbuka bertemu dengan siapa jua, mendengar pandangan, menerima kritikan dalam usaha membawa Islam dan apa yang diperjuangkannya.
“Pas menerang tidak menghukum. Pas berdakwah dan melunakkan madu'u (sasaran dakwah) bukan menjauh dan meliarkan mereka. Kita pendakwah bukan qadhi. Jauhkan diri dari kafir mengkafir dan label yang tidak selayaknya sesama ummat Islam,” ujarnya ketika giliran pembentangan RUU 355 semakin tertolak ke bawah dalam aturan mesyuarat Parlimen.
Beliau berkata, pihaknya tanpa bosan akan menjelaskan tentang dasar, prinsip dan teknikal yang berbangkit sekitar usaha meminda Akta 355 serta bersedia menemui mana-mana pihak yang ingin mencari kebenaran.
Nasrudin turut menegaskan pendirian parti itu sebelum ini supaya Ahli Parlimen yang beragama Islam menyokong usul pindaan akta berkenaan.
“Justeru pindaan ini bermaksud memberi hak kepada mahkamah syariah agar boleh menjatuhkan hukuman menepati Undang-Undang Syariat Islam,” tambahnya lagi.

* Bohong betul mamat ni......dia kata PAS tidak menghukum. Yang menghukum jatuh kapir dan bagai tu sape? DAPkah atau UMNO? Yang melabel dengan berbagai label tu sape?
Macamlah semua kita ni hidup zaman batu dan dok di gua-gua tanpa apa hubungan dan pekak badak!

3 comments:

  1. Hati hati. Dia nia ada siku dan lutut.

    ReplyDelete
  2. itu dia punya pasal la

    yang penting diri kita ahli keluarga kita jaga jangan sampai kita semau jadi puak muanfik fasik
    murtad sedangkan kita duk perasan kita islam sejati tapi dah rosak akidah
    nak rosak akidah mudah nak jaga iman susah
    Nabi ada bagi tau ada manusia pagi beriman petang kapir malam beriman siang kapir malam kapir siang beriman
    awas

    ReplyDelete