Wednesday, October 26, 2016

Boleh pakai ke janji mereka ni?

Alhamdulillah selesai..

Petang tadi lebih kurang jam 5 petang bertempat di Hotel Seri Pasifik Kuala Lumpur telah berlangsung suatu pertemuan tertutup antara kami (Dr Rozaimi Ramli, YB Dr Juanda, Zulhazmi, Ust Wanji dan beberapa rakan lain) dengan beberapa pimpinan PAS Pusat (YB Nasarudin Hassan, YB Takiyuddin, YB Khairuddin Aman Razali & Wan Rohimi).

Pertemuan diadakan bertujuan menjernihkan suasana berkaitan isu Usul RUU Persendirian Ahli Parlimen Marang untuk meminda Akta 355. Isunya apabila Dr Rozaimi meminta supaya jangan mengkafirkan pihak yg tidak bersetuju dengan usul tersebut. Akibatnya Dr Rozaimi dituduh dgn pelbagai tuduhan.

Hari ini dalam perbincangan bersama telah dipersetujui bahawa sesiapa yang tidak menyokong usul tersebut tidak kafir kerana ia hanya usul bukannya hukum Allah.

Kami meminta supaya pimpinan Pas Pusat mengeluarkan suatu kenyataan umum berkaitan isu tersebut.

Setiausaha Agung Pas memberi jaminan jika ada mana2 pimpinan Pas yg mengkafirkan mana2 pihak berkaitan isu ini, boleh dilaporkan kpd Pas Pusat dan tindakan akan diambil.

Bagi pihak PAS, tidak jatuh aqidah sesiapa yg tidak menyokong usul ini tetapi meminta semua pihak memberikan sokongan terhadap usaha mereka.

Maka, sokong atau tidak terpulang kepada diri masing2 dan tidak perlu dilabel kafir atau menentang hukum Allah.

Penjelasan lanjut akan diberikan oleh Dr Rozaimi insyaAllah.

Ini sekadar sedikit kesimpulan aku yang bersama di dalam pertemuan tertutup tadi.

Sekian.

Zulhazmi
25 Oktober
Ahli DAP, bekas pimpinan Pemuda PAS

3 comments:

  1. Mrk selalu uturn...jgnla percaya...hari ni ckp lain esok pusing lain....kalau xpercaya lihatla nt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm...adakah lebai2 PAS tu sedar bahawa mereka telah mengakui bahawa memang selama ini mereka dah terang2 dan dengan tanpa rasa takut kepada Allah, menyebarkan fitnah, pembohongan serta bersifat khianat dengan melakukan adu domba? Berikutan dengan pengakuan mereka, adalah amat bijaksana tindakan2 golongan2 profesionla keluar dari PAS kerana mereka tidak mahu bersubahat dengan perbuatan2 keji yang dilakukan oleh puak2 lebai "wahan". Sekarang sudah jelas kepada rakyat siapa yang benar dan siapa yang "kaki fitnah dan suka berbohong". Adakah lebai2 PAS akan taik balik tuduhan mereka terhadap pimpinan Amanah berkenaan penolakan hudud atau mereka masih lagi dok jaja bahawa pimpinan Amanah adalah orang2 yang menolak hudud dan musuh ulamak? Orang2 yang sombong tak akan menyesal atau pun berubah....

      Nick.
      Cape Tiger

      Delete


  2. Bg aku laa
    Yg dah terang2 buat FITNAH pilkuda aritu..akidahnya tuu dah jd haprak tunggang terbalik dah tuu

    Yg sedondon mencuri khazanah negara serta membela penyamun tur..apa jenis akidahnya tuu?

    Jenih akidah camtu ada hati nak buat hutut & Ruu konon?

    Sapa2 yg ikut akidah tukang FITNAH dan sedondon menCURI khazanah negara...itulah yg dah rosak akidah!

    Ada faham ka, sang cakor siku lutut tuu gamoknyer!?

    ReplyDelete