28 Oktober 2016 oleh Hafiz Zainuddin
Cita-cita peribadi dan misi jemaah adalah sesuatu yang jauh berbeza. Lebih-lebih lagi bila sudah wujud konsensus bersama yang dinamai tahaluf siyasi dalam sesebuah gerakan siasah.
Situasi ini dapat dilihat apabila PAS ‘tercicir’ dari bahtera Pakatan Rakyat sekaligus menguburkan agenda yang disetujui bersama sebelum ini.
PAS makin tertekan bila kegelojohan cita-cita peribadi ‘hudud’ atau setidak-tidaknya sekarang, RUU355 telah dipergunakan Umno untuk kepentingan politik mereka.
Persoalan mula timbul. Adakah Presiden PAS tidak fikir panjang sebelum kemukakan usul itu atau sememangnya ia adalah rancangan bersama apabila beliau, senang dilihat mesra dan baik dengan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak.
Ada pihak mengatakan hubungan Hadi dan Najib itu demi ‘perpaduan Melayu dan Islam’. Namun, realiti politik tidak memberi ruang untuk itu berlaku memandangkan UMNO yang menjadi nakhoda BN terbukti gagal melaksanakan dasar-dasar adil khususnya dasar-dasar ekonomi mapan yang akhirnya memangsakan golongan pekerja dan miskin – yang kebanyakannya juga ‘Melayu Islam’.
Akhirnya, usul RUU355 yang pada mulanya diletak sebagai usul perbahasan nombor empat kini sudah semakin terkebawah. Pimpinan dan ahli PAS yang riuh bertakbir gembira pada ketika ia dimasukkan dalam Aturan Mesyuarat kini pun sudah ada yang berasa curiga.
PAS terus menerima tamparan memalukan apabila Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin menyatakan bahawa perbahasan RUU355 tertakluk pada kerajaan sama ada mendahulukannya atau tidak. Dalam erti kata lain, hanya kerajaan sahaja yang berkuasa menentukannya.
Malah, jika diluluskan sekalipun dalam perbahasan Parlimen sesi ini, RUU tersebut perlu melalui beberapa lagi sekatan termasuk sebelum perbahasan mengenainya diteruskan.
Kini, PAS semakin terhimpit dalam permainan Umno yang mengatasnamakan ‘Perpaduan Melayu dan Islam’ yang sebenarnya sangat abstrak dan longgar. Mengapa terlalu mudah PAS termakan umpan Umno?
Sepanjang polemik ‘hudud’ dan RUU355 ini, kita telah melihat banyak korban besar berlaku. Anasir pro-Umno di dalam PAS yang senyap-senyap berkempen bahawa ’pendekatan melalui Pakatan Rakyat merugikan PAS’ sebelum ini, sudah memecahkan gerakan Islam tersebut dan merugikan tahaluf siyasi dalam PR yang amat digeruni BN.
Polemik ini juga telah memberi mudarat kepada rakyat negara ini khususnya umat Islam akibat gejala takfiri dan label melabel oleh pemimpin akar umbi PAS terhadap mereka yang tidak meyokong RUU355 tersebut.
Sedang PAS semakin terhimpit dalam ruang lingkup hitam putih dan Umno. Gemblengan baharu oposisi melalui Pakatan Harapan semakin utuh dan berkesan dengan prinsip wahdatul fiqh wahdatul ‘amal (kesatuan fikrah dan kesatuan amal) untuk Malaysia yang lebih baik.
Hanya masa yang menentukan halatuju PAS selepas ini. Mungkin inilah yang dipanggil orang, yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran, kena tipu sampai ke sudah.

Ahli2 PAS sekarang ni sedang dibawa bersiar-siar oleh para pemimpin mereka dengan menaiki bas persiaran yang bernama "Perpaduan melayu-Islam aka Hudud RUU 355". Destinasi atau matlamat PAS sekarang ni dah tak ada. Ya lah, bila pergi bersiar2, mereka hanya dibawa berjalan2 makan angin, cuci mata, duduk lepak serta bersantai. Habis bersiar2 pengikut2 PAS akan balik rumah kepenatan tanpa ada masa untuk sedar bahawa mereka kembali kepada keadaan asal mereka iaitu tak ada perubahan. "pi mai, pi mai, tang tu jugak". Perancangan puak2 lebai yang memimpin PAS kala ni hanyalah mendodoi dan membuai2 ahli mereka dengan hudud, RUU355, perpaduan melayu Islam agar ahli2 PAS tak nampak bahawa puak2 lebai ni tak reti nak buat satu kerja pong.
ReplyDeleteSelama 60 tahun PAS tertubuh, kerja dakwah pun tak banyak hasil, hanya dok berbuih, cakap lebih result zero. Kerja politik langsung kucar kacir. kerajaan negeri nama islam tapi perangai lebih teruk dari BN. Yang nampak bertambah maju ke depan, besar dan subur hanyalah badan dan perut pemimpin2 PAS aje. Tapi ahli2 PAS jangan risau. Bila projek bersiar2 dan makan angin RUU 355 ni dah tamat, akan ada lagi projek jalan2 makan angin yang akan dihidangkan kepada ahli PAS semua. Projek tu adalah "projek menghalang puak2 kapir harbi dari memerintah negara dengan bersatu dengan parti melayu korup". Sama2 kita tunggu jadual perjalan bas persiaran itu nanti.
Nick.
Cape Tiger.
Politik UMNO-PAS adalah politik perut dan tembolok. Sama juga politik yg masih menjaja nama Pakatan Rakyat di Selangor. Kalau hilang PR tu, melayanglah asyuk tiap-tiap bulan. Camtu, camna nak bayar duit kereta BMW.
ReplyDeleteBerbalik kepada politik perpaduan melayu lslam ni, seorang dah dapat Dato. Selama dalam PAS seblom ni, apapun takda. Nak ada apa, yg senior pun blom ada apa-apa.Tapi kurang-kurangnya sekarang ni berbalik la modal iring Najib ke hulu-ke hilir.
Standard UMNO juga, takda asyuk, takda kerja. Ada asyuk .... kuat la jerit Islamnya tu ....