Wednesday, October 26, 2016

Siapa yang bercakap benar, siapa yang bohong?

Dakwaan Shafie Apdal mengelirukan rakyat - Rahman Dahlan
Tan Su LinAstro Awani |  Oktober 26, 2016 17:20 MYT


Dakwaan Shafie Apdal mengelirukan rakyat - Rahman Dahlan
Menurut Abdul Rahman, 76 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia masih dipegang Malaysia melalui Kementerian Kewangan atau syarikat milik Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini menyangkal dakwaan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa 60 peratus saham Bandar Malaysia telah dijual kepada China.

Tegas beliau, dakwaan yang dibuat oleh Shafie di Dewan Rakyat itu semalam adalah berdasarkan emosi dan fakta tidak berasas.

Malah Abdul Rahman menyelar tindakan Shafie yang juga ahli parlimen Semporna sambil menyifatkannya sebagai cubaan mengelirukan rakyat.

"Saya minta Mohd Shafie, sebelum mengeluarkan kenyataan seperti sebelum ini juga mengenai 1MDB, tolong baca dan fahami pegangan saham supaya tidak mengelirukan rakyat, terutamanya di kawasan Semporna."

"Saya faham beliau cuba mengaburi mata rakyat dengan satu percubaan yang begitu pada saya amat mengecewakan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Jelas Abdul Rahman, 76 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia masih dipegang Malaysia melalui Kementerian Kewangan atau syarikat milik Malaysia.

Manakala, syarikat dari China iaitu China Railway Engineering Corp (CREC) hanya memiliki 24 peratus.

"Sebanyak 40 peratus saham Bandar Malaysia milik kerajaan Malaysia. Daripada 60 peratus yang kita jual kepada Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), IWH memegang 36 peratus daripada 60 peratus itu."
"Bermakna 40 peratus saham dicampur dengan 36 peratus saham dipegang IWF, ia berjumlah 76 peratus. Hanya 24 peratus saja dipegang China Railway Engineering Corporation dari China."

"Jadi, tidak benar dakwaan bahawa 60 peratus Bandar Malaysia dijual kepada pegangan syarikat-syarikat dari China," tegas beliau.

No comments:

Post a Comment