Menteri seru ‘makan babi, minum alkohol’? Ramai luah rasa berang
Wednesday October 26, 2016 - 12:09 PM GMT+8
Kenyataan menteri perpaduan Sylvi Listhaug ‘di sini kami makan babi, minum alkohol’ mendapat kecaman ramai. — Foto ihsan Facebook/Sylvi Listhaug
NEW YORK, 26 Okt — Kalau mahu tinggal di sini, ikutlah budaya kami, kami makan babi dan minum arak, demikian seruan menteri perpaduan Norway kepada pendatang, termasuk umat Islam.
Kenyataan Sylvi Listhaug, dari Parti Kemajuan yang antipendatang, menjelang persidangan isu perpaduan kebangsaan mengundang kecaman dan dipermainkan pengguna internet, lapor Munchies kelmarin.
“Saya rasa mereka yang datang ke Norway perlulah menyesuaikan diri dengan masyarakat kita,” coretnya di Facebook minggu lalu.
“Di sini kami makan babi, minum alkohol, dan mendedahkan muka kami. Anda harus patuhi nilai, perundangan dan peraturan di Norway apabila anda sampai di sini.”
Akibatnya, ruangan komen media sosial Listhaug dipenuhi ulasan-ulasan yang mempersenda kenyataan itu dan menggesa beliau menilai semula jawatannya sebagai menteri perpaduan.
Ahli politik Parti Buruh Norway menulis dalam akhbar Dagbladet, menggesa pemimpin itu agar “tidak menakutkan orang dan memecahbelahkan.”
“Jika anda mahu kekal sebagai menteri perpaduan, anda mestilah belajar berpadu. Jangan menakutkan orang dan memecahbelahkan,” kata Zaineb Al-Samarai seperti dilapor The Independent.
Tertekan dengan reaksi-reaksi negatif itu, Listhaug menjelaskan beliau tidak bermaksud memaksa semua pendatang mengambil alkohol atau memakan babi.
Namun, tambahnya, amalan biasa di Norway memang begitu.
“Anda semua salah faham pada saya, tetapi memang begitulah [sejak dulu]. Bukan kali pertama.
“Saya maksudkan, tentulah mereka tidak wajar dipaksa mengambil alkohol atau memakan babi,” coretnya lagi, sehari selepas kenyataan kontroversi itu.
Namun keberangan orang tidak juga reda-reda. Ahad lepas, beliau terpaksa menggesa pengguna internet agar tidak lagi mengganggunya.
“Jika anda tidak boleh menerimanya, anda tidak perlulah menulis apa-apa,” katanya seperti dilapor oleh portal itu, sebahagian projek penerbitan majalah Vice di sini.
* Kesihan.......dia bercakap tanpa memahami Islam dan sikap sebenar Muslim. Di Barat pun ada menteri yang keluarkan kenyataan melulu begini. Donald Tramp tak boleh diambil kiralah.......jenis gila!

No comments:
Post a Comment