Clinton, Michelle Obama kempen bersama untuk kali pertama
Agensi | Oktober 28, 2016 20:12 MYT
Agensi | Oktober 28, 2016 20:12 MYT
WINSTON SALEM: Calon presiden AS dari Parti Demokratik, Hillary Clinton, buat kali pertama membuat penampilan bersama salah seorang penyokong kuat beliau, wanita pertama Michelle Obama, pada satu kempen di North Carolina, menggesa anak-anak muda dan wanita keluar mengundi.
Clinton, bekas wanita pertama yang kalah kepada Barack Obama dalam pencalonan parti itu pada 2008, sebelum menjadi setiausaha negara, memuji Michelle Obama kerana mempertahankan hak gadis muda dan wanita di seluruh dunia, jauh berbeza dari sikap calon Republikan, Donald Trump.
"Saya harap saya tidak perlu berkata begini. ... Tetapi sesungguhnya, maruah dan penghormatan untuk wanita dan gadis muda juga menjadi pertaruhan dalam pilihan raya ini," Clinton memberitahu kira-kira 11,000 orang yang hadir.
"Dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada wanita pertama kita kerana pembelaannya yang kukuh terhadap nilai asas itu," tambahnya.
Kecaman Michelle Obama terhadap Trump, selepas video yang bocor pada 2005 menunjukkan calon Republikan itu mengeluarkan kenyataan lucah dan bercakap besar tentang perangainya terhadap wanita itu, dianggap ramai pihak sebagai perkara paling buruk tentang ahli perniagaan New York.
Tanpa menamakan Trump, Obama membidasnya sekali lagi di North Carolina, bertanya orang ramai calon Rumah Putih mana yang mereka mahu untuk mewakili anak-anak perempuan mereka.
"Kami mahu seorang presiden yang serius dalam menjalankan tugas ini, dan mempunyai perangai dan kematangan untuk melakukannya dengan baik. Seorang yang stabil. Seorang yang kita boleh percaya untuk mengendalikan kod nuklear," kata Obama.
"Saya tidak akan berbohong kepada anda di sini: Saya percaya dengan sepenuh hati saya yang Hillary Clintonlah presiden itu," katanya.
Trump telah ketinggalan di belakang Clinton dalam undian pendapat menjelang pilihan raya 8 Nov berikutan beberapa tuduhan daripada wanita yang pernah diraba atau dicium oleh Trump tanpa persetujuan mereka.
Trump menyifatkan semua tuduhan itu dakwaan yang "sama sekali palsu."
Clinton, bekas wanita pertama yang kalah kepada Barack Obama dalam pencalonan parti itu pada 2008, sebelum menjadi setiausaha negara, memuji Michelle Obama kerana mempertahankan hak gadis muda dan wanita di seluruh dunia, jauh berbeza dari sikap calon Republikan, Donald Trump.
"Saya harap saya tidak perlu berkata begini. ... Tetapi sesungguhnya, maruah dan penghormatan untuk wanita dan gadis muda juga menjadi pertaruhan dalam pilihan raya ini," Clinton memberitahu kira-kira 11,000 orang yang hadir.
"Dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada wanita pertama kita kerana pembelaannya yang kukuh terhadap nilai asas itu," tambahnya.
Kecaman Michelle Obama terhadap Trump, selepas video yang bocor pada 2005 menunjukkan calon Republikan itu mengeluarkan kenyataan lucah dan bercakap besar tentang perangainya terhadap wanita itu, dianggap ramai pihak sebagai perkara paling buruk tentang ahli perniagaan New York.
Tanpa menamakan Trump, Obama membidasnya sekali lagi di North Carolina, bertanya orang ramai calon Rumah Putih mana yang mereka mahu untuk mewakili anak-anak perempuan mereka.
"Kami mahu seorang presiden yang serius dalam menjalankan tugas ini, dan mempunyai perangai dan kematangan untuk melakukannya dengan baik. Seorang yang stabil. Seorang yang kita boleh percaya untuk mengendalikan kod nuklear," kata Obama.
"Saya tidak akan berbohong kepada anda di sini: Saya percaya dengan sepenuh hati saya yang Hillary Clintonlah presiden itu," katanya.
Trump menyifatkan semua tuduhan itu dakwaan yang "sama sekali palsu."
No comments:
Post a Comment