Friday, October 28, 2016

Ape ke haghu mamat ni pulak? Orang PAS Besut ni dari dulu bermasalah!

* Satu ketika dulu solat dua Imam pun bermula dari Besut......penangan Amanat Hadi Awang 1981"

Padah menunggu jika penceramah agama lawan Pas
28 Oktober 2016 | ARIF ATAN
Ceramah agama perlu bebas daripada unsur-unsur kepartian hingga memecahbelahkan ummah. Foto hiasan

Seorang pemimpin Pas Terengganu menarik perhatian pengguna media sosial apabila 'garang' memberi amaran kepada penceramah agama supaya tidak menyatakan penentangan terbuka terhadap parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas negeri, Dr Azman Ibrahim mendakwa sebahagian besar peserta majlis agama adalah ‘orang Pas’ atau mereka yang bersimpati dengan parti itu.

“Adalah satu kerugian bagi mana-mana penceramah, pengkuliah, Ustaz, Dr, Syeikh dan yang sewaktu dengannya andai mereka mengambil sikap menzahirkan penentangan secara terbuka terhadap apa yang diperjuangkan oleh gerakan Islam seperti Pas.

“Hakikat yang perlu diakui, majoriti hadirin yang menjadi pengunjung setia majlis-majlis ilmu agama adalah orang Pas sama ada ahli, penyokong atau mereka yang bersimpati secara senyap,” ujar bekas calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi itu seperti dipetik di status Facebook miliknya semalam.

Mendakwa ahli Pas tidak peduli sama ada penceramah terbabit bukan pemimpin Pas sekalipun, Dr Azman menegaskan bilangan audiens dalam sesi kuliah seterusnya juga akan terjejas jika mengkritik parti itu secara terus-terang.

“Tapi tolong jangan zahirkan secara terbuka dengan lidah kamu bahawa kamu menentang arus perjuangan Islam yang diperjuangkan Pas.

“Akibatnya? Bukan orang Pas akan bangun tumbuk atau tempeleng kamu. Cukup kamu boleh tengok pada kuliah yang akan datang, berapa orang yang masih hadir,” tegas doktor gigi itu lagi.
* Kat bawah ni aku perturunkan komen pengunjung malaysiadateline:

  • Sekiranya berminat pada ilmu, hadirilah kuliah, muzakarah dan sebagainya, tidak kira di mana. Tidak ada "tempeleng menempeleng" dalam majlis ilmu. Jika minat tempeleng menempeleng ceburilah diri dalam parti politik PAS. Kalau minat hendak membela negara, ceburilah diri dalam mana-mana pari politik yang berdaftar sah. Pokoknya: Semua ummah yang menyembah sujud kepada Allah adalah Islam dan dalam Islam semuanya bersaudara. Parti politik biasanya "memecahkan" persaudaraan dalam Islam, khasnya parti politik PAS, UMNO, dan lain-lain. Dalam Islam tidak ada "bangsa", asalkan Islam mereka semua bersaudara. Bumi ini adalah bumi Allah dan bukan bumi orang Melayu, Cina, India dan sebagainya. Kita semua adalah Bani Adam, dari tanah kita dijadikan dan ke tanah kita dikembalikan - dan yang paling penting: Fikirkan soalan-soalan yang ditanyakan di kubur nanti. 

    • Avatar


      Bohong. Yang hadir di dalam majlis ilmu ialah insan yg mahu menambah ilmu dan yg berugama Islam. Pas cuma parti dan Pas bukannya Islam. Yg benar perlu dipertahankan kebenarannya dan yg salah perlu dikatakan salah. Apakah Pas merasakan pemimpin dan ahli mereka maksum dan tidak bersalah?

      • Avatar


        Kata ceramah agama? Agama Islam bukan? Dalam Islam mana ada PAS, UMNO, dll? Jadi kenapa takut dgn ceramah Agama Islam yang sebenarnya? PAS kira nak tempeleng orang, itulah PAS sebenar. 'Agama' yang dianuti PAS ialah agama falsafah pemikiran politik Hadi Awang, bukan "Al-Deen" berlandaskan Al-Quran dan Hadith! Jangan menjual "agama" untuk tujuan mempopularkan parti politik Hadi Awang. Manusia bila sudah teramat fanatik dengan "Ketua" akan menjadi jahil. Nak cium "lip to lip" dengan bini pun ragu-ragu takut "salah", kena tanya Tok Guru dulu. Bila kita mati, soalannya ialah: MA RABBUKA? Jawapan: ALLAHHU RABBI; WA MAN NABI UKA? Jawapan: MUHAMMAD S.A.W. NABI yi; WAMA IMAMUKA? Jawapan: AL-QURAN nu imami... Tak ada tanya lansung tentang parti PAS, UMNO, Hadi Awang, dan sebagainya... Sedarlah! Bebaskan diri sendiri, jangan terlibat dengan mana-mana parti politik.

      No comments:

      Post a Comment