Tuesday, October 25, 2016

Jangan risau Hadi.......rakyat dah kenal siapa anjing dan keldai gila tu!

Jangan berlagak keldai dan anjing gila, kata Hadi
 | MALAYSIA DATELINE

Ustaz Hadi menasihati adun dan ahli parlimen Pas jangan berlagak seperti keldai dan anjing gilaUstaz Hadi menasihati adun dan ahli parlimen Pas jangan berlagak seperti keldai dan anjing gilaPresiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua ahlinya khususnya Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya.
"Kepada semua ahli PAS termasuk para pemimpin khususnya yang menjadi Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya," kata Abdul Hadi dalam tulisannya di Harakahdaily, lidah rasmi Pas.
Abdul Hadi dipercayai merujuk kenyataannya kepada tindakan sebahagian besar pembangkang yang bergaduh dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat ketika beliau membentangkan Bajet 2017 Jumaat lalu.
Dalam peristiwa itu, hampir kesemua pembangkang keluar dari dewan selepas itu namun ahli parlimen Pas kekal.
"Kewajipan kami ialah mengajak seluruh manusia dalam masyarakat majmuk supaya melakukan perubahan kepada Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua," katanya.

Kini, katanya, PAS masih menjadi pembangkang dan tidak berhasrat menyertai BN kerana perbezaan dasar dan pendekatan serta masih banyak perkara yang tidak memuaskan.
"PAS menjadi pembangkang yang istiqamah dengan dasar Islam, konsep dan pendekatannya," kata ahli parlimen Marang itu.

6 comments:

  1. Nak muntah pun ada....Sedap dia je nak gelar org..Yg kaki ponteng Parlimen dan ponteng pembentangan budget nak di panggil apa ...dah x hadir apa yg dia tau pasal budget..dah tu nak bising2 hentam org pulak..nak panggil apa ha..??

    ReplyDelete
  2. Uniknya Melayu Islang di negara ini,ketua parti Lebai berperangai Dajjal begitu pun masih dipercayai dan disanjungi. Patutlah mereka semua susah sangat nak berubah kerana mereka telah didoktrin supaya menjadi hamba kepada manusia yang bertopengkan agama. PAS adalah Islam dan Adi Awe adalah Rasull bagi mereka....lebih baik mereka menjadi pengikut Ayoh Ping, dah tentu lebih jelas dan tidak nampak kemunafikkan pemimpin mereka.

    ReplyDelete
  3. Tanda tanda awal kejatuhan PAS. Terhakisnya keyakinan kepada perjuangan PAS ditambah lagi kumpulan peneraju PAS kurang bijak dalam apa apa hal..

    ReplyDelete
  4. Adakah islam suruh biarkan perompak bebas dan bekerjasama?hukum mana lebai ni pakai..

    ReplyDelete
  5. Kalau bercakap dia lah yg islam jer... org lain tak islam...tapi perangai dia tak menunjukkan dia menjunjungkan Islam itu sendiri..bercakap bohong, melabel2, menuduh tanpa bukt,ponteng dewan parlimen.. ini semua meunjukkan beliau sendiri tidak menghormati dn tidak mengamal cara Pemimpin Islam yg sentiasa menjaga adap dlm percakapan dn tindak tanduk beliau..

    ReplyDelete
  6. Ni lebai paling bangsat dalam sejarah politik msia

    ReplyDelete