Berkaitan garis politik parti pembangkang dengan memberi satu mesej lebih jelas kepada rakyat supaya meletakkan calon di semua kerusi ditandingi Umno dan PAS di Johor, sama ada di peringkat kawasan dewan undangan negeri atau parlimen.
Garis politik ini bertujuan untuk menjelaskan lagi pendirian pembangkang kepada rakyat Johor.Jika berjaya, mesej ini juga akan memberi kesan di peringkat nasional.
Cadangan persempadanan semula dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cukup cacamerba dan tidak akan memberi apa-apa keadilan kepada sistem sedia ada, lebih-lebih lagi di Johor yang menyaksikan sokongan serta pengaruh kepada parti pembangkang - sama ada DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH), PKR atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sedang berkembang baik.
Potensi kejatuhan Barisan Najib di negeri Johor, kini kelihatan.
Oleh yang demikian, saranan saya supaya semua kerusi ditandingi Umno dan PAS diletakkan Pakatan Harapan akan membolehkan satu penjajaran garis politik berlaku dengan lebih cepat.
Ini akan melicin dan meluruskan lagi usaha membina keyakinkan rakyat kepada parti-parti pembangkang berkaitan kesiagaan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN menerusi pilihan raya umum akan datang.
PAS tidak akan mampu membuat pendirian yang tetap dan jelas dalam aspek ini, sebaliknya terus berdolak-dalik dengan pelbagai ragam politik yang dimainkan bersama Umno, PKR dan BERSATU.
Garis politik PAS yang kabur, tidak konsisten dan berbolak-balik hanya akan mengelirukan rakyat. Malah, PAS sendiri tidak menginginkan sistem pilihan raya yang bersih dan adil apabila mengambil pendirian untuk tidak menyokong BERSIH 5 pada 19 November nanti. Bangsa Johor punya garis politik yang tuntas, bukan begini.
Selain itu, pandangan saya ini juga adalah mengambil saranan penulis veteran politik, Subky Latif dalam satu rencana beliau yang disiarkan di Harakahdaily pada 28 September 2016.
Subky menyarankan kepada pihak pembangkang agar mengambil keputusan bergabung lawan BN dan tidak perlu membuang masa menunggu PAS untuk bersama.
Justeru, mana-mana pihak di kalangan pembangkang terbuka untuk memberi cadangan dan harus tampil mengemukakan idea demi menumpukan usaha kerja memantapkan gerakan menewaskan BN pada pilihan raya umum ke-14.
Sikap tunggu dan lihat, ada hadnya.
MAHDZIR IBRAHIM adalah Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor

No comments:
Post a Comment