Saturday, October 15, 2016

Majlis Penerangan Mahathir-Husam di KB: Hadiri tidak berganjak walau pun hujan

Hanya dengan bersatu pembangkang boleh kalahkan BN, kata Mahathir
15 Oktober 2016 | ZIKRI ABDULLAH
Pengerusi

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad menyeru semua parti-parti pembangkang bersatu jika benar-benar bertekad untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) dan membentuk kerajaan baru dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.
BN boleh ditewaskan

"Rahsia BN menang dan berjaya memerintah negara ini hampir enam puluh tahun adalah kerana mereka berpakat, tidak berlawan sesama sendiri dan menggunakan satu simbol.

Hadirin tidak berganjak mengikuti ucapan Tun Mahathir walaupun hujan renyai-renyai.

"Jadi sekarang kalau kita benar-benar mahu menang kita perlu bersatu dan usahakan menggunakan satu simbol," katanya dalam ceramah "PRU 14 BN boleh ditewaskan" di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu malam ini.

Dr. Mahathir mahu semua pihak yang mahu Datuk Seri Najib Razak diturunkan sebagai perdana menteri memberi fokus kepada mewujudkan pakatan semua parti sekiranya mahu impian itu menjadi kenyataan.

"Saya bekas orang Umno, bukan ahli biasa, tapi presidennya, tapi kali ini saya akan lawan Umno kerana parti ini sekarang bulan lagi parti Umno tapi telah jadi parti Najib.

"Seluruh dunia sekarang memberitahu bahawa Najib adalah seorang pencuri." katanya.

Najib yang berpegang kepada "cash is king" (duit adalah raja), menurutnya telah menubuhkan 1MDB bagi membolehkan sejumlah wang diambil secara tidak betul bagi membiayai sogokan politik.

"(Datuk) Shahril di Johor mengaku beliau terima dari Najib RM1 million.

"Tak kan Shahril  saja terima, tentu orang lain terima juga," katanya.

Beliau yang sudah 3 kali keluar Umno mahu kali ini usaha selamatkan rakyat dengan menjatuhkan Umno berbar-benar berjaya.
Suasana ketika Datuk Husam Musa menyampaikan ucapan

"Tiga kali saya keluar Umno, pertama dipecat Tunku Abdul Rahman, kedua kerana marahkan Pak Lah, kali ini tak boleh tahan dengan Najib," katanya.

"Sekarang saya duduk sekali dengan orang-orang yang dulu saya lawan, saya yakin kalau kita boleh berunding dan mencapai persetujuan, kita akan berjaya," katanya lagi.

Turut berucap adalah Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa, Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir dan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.

Lebih 5 ribu berhimpun mengikuti program berkenaan.

No comments:

Post a Comment