Sunday, October 2, 2016

Lajim Ukin secara peribadi.......

DSP LAJIM YANG SAYA KENAL
(pemurah dan suka tolong orang)

SAYA kenal DSP Lajim sejak tiga puluh tahun lalu. Bukan baru dan dia sendiri selalu memberikan kepercayaan kepada saya untuk membantunya di pelbagai NGO.

Memang saya kenal sangat.

Bila sekian tahun saya tidak aktif dalam politik setelah melepaskan jawatan ketua penerangan PKR Sabah, lalu beliau amanahkan saya peggang jawatan Pengarah Komunikasi PKR dan jawatan itu saya pegang sekitar enam bulan dan sesudah itu saya meletakkan jawatan dan masih ahli PKR hingga ke saat ini.

Terus terang sewaktu dalam kabinet di Sabah termasuk menteri persekutuan, saya tidak pernah minta bantu atau mendapatkan sesuatu sebab memang perangai saya tidak akan mengambil kesempatan bila dia berkuasa sebab niat saya hanya membantu dan tentunya sikap saya beda dengan yang lain.

Seorang DSP Lajim memang insan yang baik dan insan pemurah. Sesiapa saja minta bantu ia akan segera bantu tak kira siapa dan di situlah kelebihan seorang insan bernama DSP Lajim Ukin dan ini diakui oleh banyak orang.

Pernah suatu waktu dia mengeluh dan ketika itu saya hanya diam lalu menitis air mata saya pelan2 dan itu saya sembunyikan dan dalam masa yang sama saya katakan " kalau demikian, gunung juga akan runtuh datuk" DSPL terdiam dan kami bertatapan mata.

Saya memang merasa rawan dan sedih melihat keadaan dan saya tahu di mana silapnya dan itu sebab dia minta saya berhubung dengan Menteri Besar Selangor secara direct dan memang sudah saya hubungi tetapi keputusan itu saya diamkan sebab tidak sampai hati.

Kemudian kesan saya sedih sangat dan tidak sanggup melihat keadaan maka saya bisikkan sama DSPL untuk saya meletakkan jawatan dan ketika itu DSPL terkejut dan diam sebab saya ada alasan2 tertentu.

" Haji bertugas dan bantu saya secara peribadi dan jangan peduli kata-kata orang lain" kata-kata itu menjadikan saya terus menduduki kerusi pengarah Komunikasi dan niat membantu secara serius dan memang tugas2 komunikasi itu telah saya lakukan dengan baik cuma yang selalu saya katakan tidak ada SOP.

SOP itu amat saya perlukan sebab di PKR/MPN ada 3 jawatan fungsinya sama iaitu Ketua Penerangan PKR dipeggang oleh YB Terence dan saya peggang jawatan Pengarah Komunikasi dan sementara Datuk Maijol peggang Ketua penerangan dan Komunikasi. jadi tanpa SOP tentulah agak susah khuatir kerja-kerja bertindih dan itu menyebabkan yang lain tidak senang.

Sesudah itu SOP dimaksud tiada dan sesudah kali ketiga menulis surat untuk letak jawatan, barulah diterima dan DSPL mahu saya kekal sebagai pegawai perhubungannya sendiri dan itulah tugas yang diamanahkan sehingga hari ini tidak ada pula apa selanjutnya.

Seperti saya katakan DSPL memang seorang insan yang baik dan pemurah, cuma kekadang orang yang tidak dekat dengan dia tidak tahu sikap dan baiknya DSP Lajim dan ini harus saya katakan.

Berita yang belum pasti dan kita lihat esoknya nanti yang DSPL bakal umum dan tinggalkan PKR Sabah.

Apakah PKR Sabah bakal bubar atau ada pengerusi MPN baru, itu juga kita tidak pasti dan itu terserah kepimpinan pusat nanti.

Kekadang ada yang memikirkan tindakan DSPL itu jika benar seolah tidak baik tetapi DSPL seorang yang matang dalam politik tentu sudah memikirkan banyak sudut kesan suara2 Sabah for Sabahan begitu berkumandang di Sabah dan DSPL sendiri pernah menyebut perkataan itu yang maknanya Sabah ini untuk orang Sabah.

Sebelum ini DSPL memang mahu perjuangkan autonomi, tetapi perlembagaan PKR sendiri berulang saya katakan tidak bersifat autonomi, contohnya lantikan ketua Wanita dan ketua pemuda masih kuasa pusat dan ini tidak betul dan itu sebab selalu saya katakan agar ada perubahan/ada usul di kongress nasional untuk merubah keadaan.

Barangkali kata-kata yang ia perjuangkan autonomi itu hanya retorika dan kesan itu ia mengambil keputusan meninggal PKR dan kemudian menubuhkan parti yang saya difahamkan sudah lulus bakal dilancar kira2  minggu depan.

Jika ramalan ini benar dan parti yang ia tubuhkan berkerjasama dengan parti lain yang asasnya lokal terutama parti DS Shafie Apdal sendiri maka itu bakal menyebabkan BN di Sabah tidur tak lena dan makan tak kenyang.

Saya doakan DSPL terus berjaya dan berjaya untuk memimpin parti baru nantinya.

ISMAILY BUNGSU
1 Oktober, 2016
8:03pm

No comments:

Post a Comment