Monday, October 3, 2016

Dr. Juanda dah terkena bahana janji politik

Juanda: Pengumuman kerajaan hiris hati saya
MOHD HAFIZ ISMAIL - 2 OKTOBER 2016
Dr Juanda Jaya

SHAH ALAM - “Pengumuman bahawa projek jambatan yang menghubungkan Daerah Matu ditangguhkan sehingga tahun 2018 menghiris hati saya,” demikian kata Adun Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya.

Menerusi laman sosial Facebook, Juanda melahirkan rasa marah dan kecewa dengan penangguhan tersebut selepas ia diluluskan di bawah Rancangan Malaysia (RMK) ke-11.

Menurutnya, kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf bukan sahaja mengguris hatinya malah penduduk di kawasan tersebut yang selama ini penyokong setia BN.

“Kasihan penduduk kita yang selama ini cukup setia. Setiap kali menunggu feri, suara kekesalan penduduk tidak dapat disembunyikan lagi.

“Alhamdulillah, telinga saya belum pekak untuk mendengar keluhan rakyat di bawah sana setiap minggu apabila melawat kawasan. Mulut saya pun tidak dapat bisu untuk bercakap tentang kepentingan rakyat yang juga adalah rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berharap rakyat di kawasan pesisir Melanau tidak dijadikan masyarakat kelas kedua.

“Kasihan rakyat di kawasan pesisir Melanau. Mereka juga dahagakan pembangunan seperti rakyat di bandar.

“Takkan kawasan kami tidak ada beza sejak dari sebelum merdeka lagi. Kalau ada yang tidak percaya, sila ke kawasan saya,” katanya.

Tegasnya, permintaan penduduk Kampung Igan agar jambatan lalu dalam kawasan kampung diambil perhatian.

“Pegawai kerajaan yang terbabit memberi pandangan tentang lokasi jambatan diharap ingat bahawa kerajaan yang ada, dibentuk dengan undi orang kampung, bukan dengan senioriti.

“Ada mata jangan buta, ada telinga jangan pekak, ada mulut jangan bisu. Ingat, pembangunan dan politik berpisah tiada,” katanya.

* Dr. Juanda tak tahukah sepak terajang politik? Kesian kan? Dah salah masuk lorong apa nak buat?

1 comment:

  1. KESIAN DR. JUANDA. KAMU DAH JADI ALAT PENCACAI BN. SEKONGKOL DGN KEZALIMAN BN. KAMU MUFTI LULUS DR. FALSAMPAH JORDAN KER? INI PON TAK LEH NK PIKIR. KESIANN. RMK 11 MAKSUD NYE DARI TAHUN 2016-2020. SO TAHUN 2018 TU KIRA OK LER. KENA TAHU NI KALO TIDAK BOLEH LETAK JAWATAN ADUN. YANG KEDUA SBB APO DITANGGUH? ITU KENA TANYA FADILAH YUSOF LAH. DIO MENTERI JAGA JKR. MUNGKIN DESIGN BLOM SIAP. ADOI KALO DAH BENGAP N BANGANG. KAHKAHKAH

    ReplyDelete