Sunday, October 23, 2016

Berita baik untuk Ahli PAS......

Amanah bukan cabaran Pas

KOTA BHARU - Pas tidak melihat Amanah sebagai ancaman besar berdepan PRU14, sebaliknya parti itu lebih memilih fokus perjuangan dekatkan dan mengembalikan umat Islam kepada al-Quran.

Mursyidul Amnya, Hashim Jasin berkata, perjuangan itu dilihat lebih mencabar dan tiada parti lain mampu melaksanakan tanggungjawab besar itu.

“Pas mesti ke depan, jangan harap orang lain. Saya tidak nampak orang lain (parti lain) yang boleh jadi penerokaan awal ke arah tersebut. Pas mampu kerana kita ada presiden yang jadi Ketua Ulamak Sedunia. Kita sudah ada jalan boleh kita ikut,” katanya kepada media, semalam.

Beliau hadir ceramah sulungnya di negeri ini sempena Ceramah Perdana 26 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam yang turut dihadiri kepimpinan tertinggi Pas negeri dan Pusat.

Terdahulu, beliau diminta mengulas mengenai Amanah yang dilihat musuh politik terbaharu Pas selepas Umno dan DAP, malah turut wujud bayangan Pas mungkin berdepan pertandingan tiga penjuru pada PRU14.

Menjawab pertanyaan itu, Hashim berkata, Pas parti matang dan mempunyai jawatankuasa khas untuk membantu melihat dengan lebih mendalam mengenai sesuatu isu.

“Kita ada Lajnah Politik. Dari situ mereka akan buat keputusan, Majlis Syura hanya lihat kalau keputusan itu bertepatan syarak dan berdepan masalah atau tidak, tetapi kalau bercanggah dengan syarak, Majlis Syura bagi pandangan.

“Majlis Syura berkuasa batalkan keputusan jawatankuasa Pas Pusat, tetapi jarang berlaku dalam Pas, lebih-lebih lagi  jawatankuasa sekarang.

"Pertemuan tiga penjuru, tunggu keputusan lajnah politik yang bawa keputusan kepada Pusat nanti. Kalau mereka kata sedia nak lawan tiga penjuru, kita tengok, kalau tidak bercanggah, Majlis Syura sokong,” katanya. - Akramin Idrus

3 comments:

  1. Ikut quran boleh ke ambik rasuah90 juta?..ikut quran boleh ke subahat dengan perompak?

    ReplyDelete
  2. Org tua ni baru sedar dari koma la....dia x tau peristiwa politik dari 2008 smpai skrg

    ReplyDelete
  3. Macam mana orang lain nak masuk syurga kalau tak ada no ahli.
    Macam mna nak rapat kan muslim kalau mati ditanam dijerat cina. Macam mna nak rapatkan orang islam kalau mat sabu di panggil mat sabun.

    Macam mana nak rapatkan islam kalau asik mintak maaf selepas buat fitnah.

    ReplyDelete