Soalan ini terpacul dari mulut Mustafa, seorang anak muda berumur 29 tahun, merupakan salah seorang dari 3 pejuang masyarakat Orang Asli Pos Simpor, Gua Musang, Kelantan yang telah ditahan pada 28 Oktober lalu kerana tidak sanggup memberikan laluan kepada lori dan jentera pembalakan masuk ke kampungnya.
Boleh sahaja ketika itu beliau berundur atau lari, terutama apabila beliau hanya memegang playcard protes sedangkan para pembalak memakai senapang dan gergaji rantai malah disertai 3 orang anggota polis yang tidak memakai uniform (hanya memakai vest polis tanpa nama dan nombor badan).
Boleh sahaja beliau buat tak peduli, tak hiraukan apa yang berlaku dan menyerah pada "pihak berkuasa" ini. Namun beliau tak sanggup. Anak-anak Pos Simpor yang terdiri dari puluhan kampung Orang Asli juga tak sanggup. Hutan dan alam ini terlalu suci bagi mereka untuk dipertahankan habis-habisan dari dibiarkan untuk dirogol kapitalis keparat biar apa risiko bakal mendatang.
Sukar bagi mereka hidup dalam keadaan tenang bila alam ini dimusnahkan, habitat haiwan dirosakkan, sungai dicemarkan dan bukit bukau mereka digondolkan. Mustafa sekalipun bukan Muslim namun dengan petah melontar hujah bahawa manusia itu khalifah. Khalifah wajib bertanggungjawab menjaga keharmonian alam. Khalifah wajib percaya tidak ada sesuatu ciptaan itu tercipta dengan sia-sia. Tergamam dengar dia dengan begitu semangat menerangkan tugas-tugas khalifah.
Khalifah bukan hanya sekadar pakai kopiah masuk kampung Orang Asli dan ajak mereka masuk Islam kemudian biarkan hak Orang Asli terus ditindas. Bukan! Khalifah harus faham bagaimana sesebuah sungai yang menjadi sumber kehidupan kepada alam boleh menjadi keruh dan kotor. Khalifah harus sedar fungsi-fungsi tiap batang pokok di sepanjang sungai itu yang menjadi penampan, ia bukan saja-saja ada disitu!
Khalifah jenis apakah yang memberi lesen dan geran agar pokok-pokok balak ditebang habis dan licin hingga tiapkali hujan maka berderu-deru tanah dari bukit gondol jatuh ke dalam sungai. Tebing-tebing menjadi runtuh. Fungsi penampan yang mengekalkan kejernihan tak dapat berlaku hingga akhirnya anak-anak kami meneguk air keruh, nasi kami ditanak dengan air keruh. Itupun jika senang mendapat air kerana kini sungai kami cetek dan seakan putus asa untuk mengalir! Khalifah jenis apakah ini?
Sehingga kini tanah mereka tidak diwartakan, ibarat pendatang sedangkan kita memanggil mereka dengan nama Orang Asli, yang memegang pemerintahan inilah yang sebenarnya pendatang. Mereka pernah berdialog di pejabat tanah berkenaan isu pewartaan tanah ini namun pengawai bersikap acuh tak acuh hanya mengatakan pewartaan tanah Orang Asli telah dibuat namun tak mahu memberikan dokumen bagi menjadi bukti berkenaan hal tersebut. Pegawai apakah yang mempermainkan maruah orang lain dengan sekadar bukti di bibir?
Memorandum demi memorandum dihantar kepada kerajaan negeri namun tidak membuahkan hasil. Seakan hidup Orang Asli ini tidak penting dalam urusan pentadbiran mereka. Namun bila mereka cuba bertindak lebih sedikit dari kebiasaan terus seakan mereka cuba memberontak.
Lihat menteri panggil mereka semalam sebagai "pengganas". Menteri tak panggil pembalak yang ugut dengan lepaskan tembakan di udara itu pengganas, menteri tak kata pembalak yang cuba menakutkan mereka dengan gergaji rantai itu pengganas. Menteri kata kepada mereka yang pertahankan tempat tinggal mereka sebagai pengganas. Apa beza menteri ini dan kerajaan negeri dengan Zionist yang menghalau penduduk Palestin dari tanah asal mereka?
Orang Asli ini hidup dengan alam dari generasi ke generasi. Diajar bahawa alam anugerah yang tak mampu diganti walau dengan apa jua cara. Mereka mempertahankan hutan mereka bukan kerana mereka mahu mengkayakan diri mereka, sebaliknya untuk memastikan ia terpelihara dan dilindungi demi kebaikkan kita semua. Sukar sangatkah permintaan mereka ini?
Episod perjuangan mereka masih panjang. Persoalan kini adakah kita hanya mahu jadi penonton dan biarkan? Tidakkah ada tercetus sedikit rasa khuatir jika kita dikira bersubahat kerana tidak bersama mereka melawan kezaliman ini? Kegagalan kerajaan pusat dan negeri dalam menjalankan amanah ini seharusnya membuatkan kita lebih bangkit berdiri dan menginsafi bahawa maruah rakyat begitu kecil dimata mereka. Tiada apa yang akan mengubah itu melainkan kita bangkit melawan.
"Gosh sen'oi serok"
Nik Aziz Afiq Bin Abdul
Pemuda
Parti Sosialis Malaysia.
_____________________________________
Tulisan ini dibuat setelah selesai mengadakan lawatan masyarakat Orang Asli Pos Simpor anjuran Biro Orang Asli PSM yang disertai oleh hampir 20 orang aktivis PSM. 5 orang daripadanya merupakan Jawatankuasa Pusat parti dan turut disertai YB Parlimen Sg. Siput, Dr Jeyakumar.

No comments:
Post a Comment