Friday, October 28, 2016

Apa yang Muhyiddin kata dulu memang betul?

Kes Bunuh Diri : Pendapat Muhyiddin Betul Terhadap PAS
October 28, 2016  Caspian
Suatu ketika dahulu, sewaktu Tan Sri Muhyiddin masih lagi dalam UMNO, beliau dilihat antara individu yang begitu kerap menghina PAS. Sewaktu itu, beliau berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti PAS sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Pastinya ramai yang masih mengingati ayat PAS merupakan “Parti Ajaran Sesat” (singkatan nama PAS itu sendiri) sehingga menimbulkan kemarahan ahli PAS terhadap beliau. Inilah yang dijaja oleh Muhyiddin sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Kini, setelah 3 tahun berlalu, nyata ayat yang dilafazkan Muhyiddin itu akhirnya terbukti kebenarannya. Kelmarin, seorang lelaki yang dipercayai ahli PAS, telah mengambil keputusan membunuh diri akibat tekanan perasaan di Jambatan Pulau Pinang Kedua.

Menariknya, menerusi nota yang ditinggalkan oleh lelaki berkenaan, dia menyeru Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang untuk menyertai semula Pakatan Harapan dan meninggalkan rancangan penggabungan dengan UMNO untuk Pilihan Raya yang akan datang.

Mengimbas semula nota ini, pasti dapat mengagak, bagaimana seorang ahli PAS sendiri boleh mengambil keputusan yang dilarang agama hanya semata-mata tekanan perasaan. Sepatutnya, PAS selaku parti ultras Islam dapat mentarbiahkan ahlinya untuk berpegang teguh kepada prinsip Islam.

Ini tidak, ahlinya sendiri boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri, sesuatu yang ditegah oleh Islam dan semua agama di dunia ini.

Jika dilihat dari apa yang dilakukan oleh lelaki ini, nyata, apa yang diperkatakan Muhyiddin, 3 tahun lalu, ada asasnya. Seperti ajaran sesat, ahlinya bebas melakukan apa sahaja dan apa yang berlaku terhadap lelaki bodoh ini, samalah dengan ajaran sesat seperti yang didakwa Muhyiddin sebelum ini.

* Pada aku hidup dan mati kita di tanganNya.........ditakdirkan kematiannya dengan cara begitu, adakah kita berupaya merubahnya?

3 comments:

  1. Saya x berapa setuju dgn kenyataan tan sri muhyiddin bahawa pas parti ajaran sesat 3 tahun lepas. Adakah penulis bersetuju pas parti ajaran sesat semasa zaman tg nik aziz?

    ReplyDelete
  2. Anon 12:06 AM

    Pada masa itu 3 tahun lepas memang saya tak setuju di waktu itu. Apa yang tertulis di atas adalah pandangan si penulis Caspian

    Pada saya PAS rosak bila Hadi jadi Nokhoda dan Arwah Harun Din jadi Malim di sokong oleh budak2 yang baru kering hingus. Walau pun begitu tak boleh dikatakan sesat cuma bagi saya rosak. Itu sebabnya saya turunkan komen di bawah article yang bertulisan biru

    ReplyDelete