Sunday, March 6, 2016

Mamat ni dapat restu Hadikah untuk bercakap begini?

Pas desak bubar Parlimen segera
SYAIRI SHAARI - 5 MAC 2016
SHAH ALAM - Pas mendesak Parlimen dibubarkan dengan segera dan satu PRU perlu diadakan bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu negara.

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kepimpinan negara telah terpalit dengan pelbagai skandal dan perlu diganti demi kesejahteraan rakyat.

"Pada hakikatnya, rakyat tak percaya dengan pelbagai penjelasan yang diberikan walaupun pentadbiran Umno/BN cuba mendakwa ia diterima oleh rakyat.

"PRU dan kerajaan baru yang akan dibentuk selepasnya akan dapat memulihkan imej negara kerana ia dapat memberi peluang kepada rakyat untuk membersihkan kerajaan daripada mereka yang menjadi bebanan kepada negara.

"Imej negara telah terus tercalar di luar negara dan rakyat Malaysia yang keluar negara kerap dihujani dengan pelbagai soalan tentang skandal-skandal yang menjadi berita utama bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, pentadbiran Umno/BN telah sampai ke penghujung hayatnya.

"Tidak ada gunanya memberi talian hayat kepada mereka. Kepentingan negara dan rakyat mesti diberi perhatian utama," katanya.

Menurutnya, tuntutan Pas ini dengan jelas menunjukkan bahawa perdana menteri dan Umno-BN perlu ditukar.

No comments:

Post a Comment