Tuesday, March 15, 2016

Lawak-lawak! : Pecat orang yang dah pun tak hingin?

'Saya dah letak jawatan bertahun daripada Petronas'
RAZIATUL HANUM A RAJAK - 14 MAC 2016
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini diumumkan telah ditamatkan khidmatnya sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mendakwa telah bertahun melepaskan jawatan tersebut.

Namun, menurutnya, Petronas menolak peletakan jawatannya dan elaun yang telah dikembalikan.

"Mereka (Petronas) masih mahu membayar elaun bulanan ke akaun saya. Saya telah meletakkan jawatan kerana saya fikir saya tidak patut menjadi penasihat yang tidak menasihat dan dibayar tanpa berbuat apa-apa," katanya melalui catatan terbaharu di blognya, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tun M ditamatkan sebagai penasihat Petronas]

Jumaat lalu, Kabinet bersetuju menamatkan pelantikan Tun Mahathir sebagai penasihat Petronas dan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, disebabkan beliau tidak lagi menyokong kerajaan, Kabinet berpendapat beliau tidak sepatutnya memegang jawatan yang berkaitan dengan kerajaan.

Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahukan pula beliau dipecat dari Proton dan Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF).

"Tetapi itu sudah pasti dianggap halangan kecil kepada kerajaan," katanya.

# dahlah pecat orang yang dah tak hingin, pas tu dok war-warkan seantero dunia!
Sape yang tercalar sebenarnya?

1 comment:

  1. Mahathir sebenrnta dah tak mahu masihat patronas lagi dan telah lerak jawatan sejak merajuk dulu...

    Tapi petropundek nAk jugak sogok mamak dgn rm12000

    ReplyDelete