Friday, September 29, 2017

Saman salah guna jawatan awam:Dr Mahathir mohon kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan

Dr Mahathir mohon kebenaran merayu kes saman salah guna jawatan awam
September 28, 2017 22:48 MYT
Dr Mahathir mohon kebenaran merayu kes saman salah guna jawatan awam
Pada 30 Ogos tahun ini, Mahkamah Rayuan menolak rayuan dikemukakan Mahathir, bekas Naib Pengerusi UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas anggota Wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan berhubung saman salah guna jawatan awam dikemukakan mereka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan IMalaysia Development Berhad (1MDB).

Permohonan itu difailkan menerusi firma guaman Haniff Khatri Abdulla di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini.

Dalam usul permohonan itu, empat soalan undang-undang dikemukakan. Satu daripada soalan itu adalah sama ada salah guna jawatan awam atau melanggar fidusiari dalam jawatan awam adalah berkaitan dengan tugas hakiki seseorang itu, dan bukannya "kerusi atau kedudukan" dipegang seseorang.
Mereka merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman mereka terhadap Najib.

Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina menyaman Najib pada 23 Mac, 2016, dan susulan itu perdana menteri memfailkan permohonan pada 19 April tahun ini untuk membatalkannya.

Pada 28 April 2017, ketika membenarkan permohonan Najib untuk menolak saman itu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa perdana menteri bukan seorang penjawat awam, tetapi seorang anggota pentadbiran.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan itu yang diketuai Hakim Tan Sri Idrus Harun memutuskan rayuan itu tidak mempunyai merita dan memerintahkan mereka membayar RM30,000 sebagai kos kepada Najib.

Thursday, September 28, 2017

Hah......dah melantun ke muka sendiri?

Siasat Ke Mana Hilangnya RM2.13b
September 28, 2017 by Caspian
DAPSY Bukit Mertajam menggesa polis menyiasat kehilangan RM2.13 bilion peruntukan kerajaan pesekutuan bagi perlaksanaan projek-projek tebatan banjir di negeri ini.

Ketua DAPSY Bukit Mertajam, Joshua Woo Sze Zeng berkata, sebelum ini Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan bahawa kerajaan persekutuan telah membelanjakan RM2.58 bilion untuk projek tebatan banjir di negeri itu sejak 2006.

Tetapi menurutnya, dalam rekod kerajaan negeri dan agensi berkaitan mendapati projek-projek tebatan banjir yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan di Pulau Pinang dalam tempoh tersebut hanya berjumlah RM443 juta.

“Jika kenyataan Wan Junaidi adalah benar, bahawa RM2.58 bilion telah dibelanjakan sejak 2006, adakah ini bermaksud bahawa wang kerajaan pusat sebanyak RM2.13 bilion telah hilang?

“Kami berharap pihak polis akan menyiasat dan dapat merungkai kehilangan duit berkenaan yang sepatutnya dikembalikan kepada agensi-agensi berkenaan untuk melaksanakan projek-projek tebatan banjir yang telah diperuntukan,” katanya ketika ditemui media di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di sini tadi.

Turut hadir, Yang hadir timbalannya, Ooi Zhen Chee; setiausaha, Chew Lee Onn dan beberapa lagi kepimpinan DAPSY Bukit Mertajam.

Joshua berkata, pelaksanaan projek-projek tebatan banjir harus diutamakan, bukan dipolitikan pihak tertentu.

Menurutnya, sejak banjir kilat yang berlaku baru-baru ini, ada sesetengah pihak yang mempolitikan bencana untuk menyalahkan kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan telah membelanjakan RM405 juta untuk projek mitigasi banjir sejak 2008,Oleh kerana komitmen yang diberikan oleh kerajaan negeri dalam sembilan tahun ini, kita dapat melihat perubahan yang baik.

“Dalam lawatan ke kawasan Desa Damai kelmarin, wakil penduduk disana maklumkan bahawa air banjir sekarang reda dengan cepat. Dulu, air banjir mengambil masa tiga ke empat hari selepas hujan berhenti untuk reda namun sekarang hanya dalam masa satu atau dua jam sahaja,”katanya.

Joshua berkata,dakwaan oleh pihak tertentu seperti MCA yang mengatakan kerajaan negeri tidak prihatin kepada isu banjir kerana membelanjakan wang untuk ‘feasibility studies’ isu lalu lintas adalah tidak berasas sama sekali.

Katanya, pihak terbabit mempegunakan bencana untuk matlamat politik, menyalahkan kerajaan negeri yang sedang giat berusaha menyelesaikan masalah-masalah banjir dan juga isu trafik dengan bajet yang terhad.

“Meskipun isu banjir kilat perlu diatasi, kemudahan pengangkutan (transport facility) juga perlu diusahakan oleh kerajaan negeri. Apatah lagi, kejadian banjir kilat mengikut musim manakala isu lalu lintas adalah isu setiap hari untuk penduduk Pulau Pinang,” katanya.

Berbaloi pun nak saman, kalau dah cakap banyak, wang banyak, apa salahnya?

Rafizi ancam saman pegawai khas Najib

  | September 28, 2017
Rafizi mempertimbangkan untuk memfailkan saman terhadap Rizal Mansor kerana menuduhnya tidak jujur dan mencuri wang rakyat melalui Invoke.
PETALING JAYA: Rafizi Ramli hari ini mengumumkan beliau mempertimbangkan untuk memfailkan saman terhadap Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor kerana menuduhnya tidak jujur dan mencuri wang rakyat melalui badan kaji selidik Invoke.
Naib presiden PKR itu berkata beliau merasakan tindakan perlu diambil terhadap Rizal kerana pegawai khas Datuk Seri Najib Razak itu “mempunyai wang dan dokongan kewangan yang besar”.
“Saya berpendapat saman ke atas Datuk Rizal Mansor atas fitnah yang nyata ini akan berjaya mendapatkan pampasan ratusan ribu ringgit yang boleh disumbangkan kepada Invoke,” katanya menerusi sidang medianya yang dibuat secara siaran langsung di Facebook miliknya.
Rizal dalam kenyataan sebelum ini mempertikaikan bagaimana Invoke yang diasaskan Rafizi menggunakan sumbangan dana orang ramai, terutamanya bayaran kepada sebuah syarikat yang membekalkan tenaga kerja kepada badan kaji selidik itu, KEIP Resources Sdn Bhd.
Pegawai khas Najib itu mendakwa carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan Rafizi pemegang saham utama syarikat itu.
“Saya tidak mendapat satu sen pun manfaat kewangan dari Invoke atau syarikat lain yang saya miliki yang ada urusniaga dengan Invoke (seperti KEIP Resources Sdn Bhd). Saya tidak dibayar gaji, saya tidak membuat sebarang tuntutan perbelanjaan, perbelanjaan atau elaun hatta satu sen pun dari Invoke dan KEIP Resources Sdn Bhd,” kata Rafizi.

Ooo......Mek ni lari ke sini rupanya!

Yingluck disahkan berada di Dubai 
Diterbitkan pada 28 Sep 2017 3:41PM
Bekas Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra didapati bersalah kerana kecuaian dalam melaksanakan skim subsidi beras dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun. – Gambar EPA, 28 September, 2017.

BEKAS Perdana Menteri Yingluck Shinawatra yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun semalam kini berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Perdana Menteri Jen Prayuth Chan-o-cha.

"Sejauh yang saya tahu, saya telah dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Kementerian Luar yang beliau kini berada di Dubai," katanya kepada media hari ini.

Abangnya Thaksin Shinawatra yang juga merupakan bekas perdana menteri yang kini hidup dalam buangan dilapor mempunyai rumah di Dubai.

Prayut berkata perlu difailkan permohonan ekstradisi kerana suspek didapati tinggal di negara asing.

Beliau berkata Kementerian Luar dan pihak polis perlu menentukan tindakan mereka selanjutnya susulan hukuman ke atas Yingluck itu termasuk mendapat kerjasama dengan Interpol.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwan berkata Negara Teluk itu telah memaklumkan bahawa Yingluck tidak akan dibenarkan melakukan pergerakan politik di negara itu.

“Saya tidak tahu,” kata Prawit bila ditanya sama ada beliau yakin Yingluck tidak akan menyertai pergerakan politik di Dubai.

Mahkamah Agung Thailand mendapati Yingluck bersalah kerana kecuaian dalam melaksanakan skim subsidi beras dan dijatuhi  hukuman penjara lima tahun, tanpa kehadirannya di mahkamah. – Bernama, 28 September, 2017. - sumber

Enam soalan dari A Kadir Jasin

Tokoh Wartawan Negara kemuka enam soalan
mk  -  Hari ini, 12:52 tengahari
Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin hari ini mengemukakan enam soalan berhubung perkembangan isu semasa di negara ini di blognya dan memohon jawapannya.

Sambil menyatakan beliau sekadar bertanya dan bertanya tidak salah serta tidak boleh dikenakan saman malu, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press yang kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu berkata "manalah tahu ada orang yang tahu mahu jawapannya."

Berikut soalannya itu:

1. Apakah implikasi penahanan Ketua Pemuda Umno Bagan Datuk oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Bahagian merangkap Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan “pemangku” Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi?

2. Apakah benar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyimpan rahsia siapa dalam Umno dan Kabinet yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak percaya?

3. Apakah benar duit yang kononya dibagi oleh Najib/Umno kepada PAS di
gunakan untuk berniaga (antaranya kosmatik) tetapi rugi?

4. Apakah benar Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sudah hilang peranan sebagai peneraju National Transformation (TN50)?

5. Apakah benar berlaku keretakan besar di antara KJ dengan bosnya sehingga jemputan untuk berpow-wow pun tidak diendahkan?

6. Apakah benar sebuah GLC yang diaspirasikan oleh Najib yang kini mengalami masalah perniagaan gagal menunaikan syarat hutang kepada sebuah bank GLC yang penting kepada pelaburan Bumiputera?

“Banyak rakyat jelata hendak tahu kerana soalan-soalan di atas adalah respons saya kepada soalan yang mereka tujukan kepada saya,” katanya.

Helah pancing undi?

Ekstremisme agama hanya helah pancing undi
Looi Sue-Chern, Nabihah Hamid
Diterbitkan pada 28 Sep 2017 7:00AM
Umat Islam ditakutkan oleh pentadbiran kerajaan Barisan Nasional supaya rakyat rasa tidak selamat dan curiga dengan mereka yang berbeza kaum dan fahaman. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 September, 2017.

KETAKSUBAN terhadap agama yang semakin meningkat hanya satu rancangan politik untuk menjadikan umat Islam rasa terancam dan bagi memancing undi mereka pada pilihan raya umum akan datang, kata tiga bekas ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).

Mereka menyalahkan ahli politik dan pemimpin Islam yang selalu mencari cara untuk membangkitkan dan mempromosikan perbezaan dalam masyarakat Malaysia, berbanding dengan apa persamaan yang ada pada rakyat.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah berkata sebahagian besar isu itu ditimbulkan oleh orang Islam sendiri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 September, 2017.

Mereka – Saifuddin Abdullah, Marina Mahathir dan Dr Mujahid Yusof Rawa – antara 30 ahli MKPN yang dilancarkan Perdana Menteri Najib Razak pada 2013 untuk menangani isu seperti polarisasi kaum dan agama, perpecahan dan diskriminasi sebagai usaha mencapai perpaduan negara.

Ketakutan mendorong umat Islam ke arah eksklusif

Saifuddin berkata umat Islam ditakutkan oleh pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya rakyat rasa tidak selamat dan curiga dengan mereka yang berbeza kaum dan fahaman.

“Sindrom ketakutan digunakan oleh BN supaya umat Islam rasa mereka hanya selamat kalau BN terus menjadi pemerintah.

“Lebih malang lagi, sebahagian besar isu ini ditimbulkan orang Islam. Ini boleh membawa tanggapan seolah-olah Islam itu bersifat eksklusif atau orang bukan Islam adalah rakyat kelas yang berlainan dengan orang Islam,” katanya yang juga menjadi ahli Umno ketika dilantik dalam MKPN pada 2013. Beliau keluar Umno pada 2015.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden terbaru membabitkan dobi yang dibuka hanya untuk umat Islam di Johor, larangan memakai seluar pendek di tempat umum di Kelantan dan laporan polis dibuat terhadap satu video lama yang mendakwa Kristian akan mengambil alih di dalam negara.
Kedai dobi di Muar, Johor beroperasi seperti biasa tanpa notis hanya orang Islam dibenarkan menggunakan mesin basuh di situ, semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 28 September, 2017

Insiden terbaru ialah seorang pemilik kedai dobi di Muar, Johor meletakkan papan tanda di luar premisnya, “untuk Muslim saja”, satu tindakan yang menyebabkan istana Johor turut marah.

Saifuddin berkata dobi untuk Muslim saja itu menjadi simptom kepada “masalah lebih besar”, seperti kes sebuah sekolah di Hulu Langat yang mengasingkan cawan untuk pelajar Muslim dan bukan Muslim, baru-baru ini.

“Budaya ketakutan diserap sehingga orang Islam berasa tidak selamat, lalu melakukan perkara tertentu untuk menyelamatkan dirinya,” kata Saifuddin yang kini ketua setiausaha Pakatan Harapan.

Politik menyebabkan rakyat berpecah

Sementara itu, Marina berkata politik yang berpecah akan mendorong kepada jurang lebih besar antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

“Kepimpinan kita sama ada ahli politik atau ulama sentiasa mencari dan mempromosikan kelainan dan bukan kesamaan antara kita, khususnya yang bukan Islam itu bukan saja lain daripada orang Islam tetapi juga inferior,” kata anak kepada pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad itu.

Aktivis sosial itu juga mengecam pemimpin dalam negara kerana membisu dalam isu dobi untuk umat Islam saja.

Marina berkata jika dibiarkan, isu itu boleh membawa kepada diskriminasi secara sistematik di dalam negara ini.

“Saya rasa memang bagus teguran Sultan Johor tapi sayang sekali pemimpin politik kita tidak berani hendak menegur walaupun jelas ini bukan perkara yang membawa ke arah 1Malaysia, malah kemungkinan membawa kita ke arah Apartheid, “ katanya merujuk kepada pengasingan bangsa dan sistem diskriminasi di Afrika Selatan antara 1948 dan 1991.

Mujahid, yang juga ahli PAS ketika berada dalam MKPN menyentuh mengenai insiden di Pulau Pinang di laporan polis dibuat oleh beberapa kumpulan NGO Melayu yang mendakwa wujud konspirasi dan agenda Kristian.

“Dakwaan itu dimainkan berulang kali, menyebabkan umat Islam risau dan takut sehingga ada yang rasa terancam.

“Tindakan seperti itu menyebabkan perpecahan antara orang Islam dan bukan Islam selama beberapa tahun kini,” katanya yang kini naib presiden Amanah.
Naib Presiden Amanah Dr Mujahid Yusof Rawa berkata sekarang ini, setiap isu bukan Islam disimpulkan sebagai sesuatu yang menghina Islam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 September, 2017

Mujahid berkata tuduhan terhadap Kristian tidak disokong dengan bukti, dengan kumpulan NGO itu hanya mengambil petikan daripada video berkenaan dan mendakwa wujud agenda Kristian dalam negara yang majoritinya beragama Islam.

Katanya, kumpulan NGO Melayu itu juga mengheret pemimpin DAP ke dalam laporan polis mereka.

Mujahid berkata semua isu itu, termasuk kes lelaki yang memakai seluar pendek di tempat awam di Kelantan, berunsurkan politik.

Helah politik untuk raih undi

“Pilihan raya umum semakin dekat. Mereka juga sedang mendapatkan undi umat Islam.

“Ini sangat bahaya, menggunakan agama untuk kepentingan politik. Pada masa sama, mereka mungkin mencetuskan prejudis dan kebencian kaum dan agama,” kata ahli Parlimen Parit Buntar itu.

Mujahid berkata dengan kekecohan kes dobi itu ia sepatutnya tidak menjadi isu langsung kerana Islam tidak pernah ada perintah yang umat Islam dan bukan Islam tidak boleh berkongsi mesin basuh.

Katanya, sesetengah pihak menggunakan Islam untuk melakukan perkara yang tidak diajar dalam agama itu.

“Ramai ulama ketawakan perkara ini. Ia seperti isu asingkan cawan untuk pelajar Islam dan bukan Islam,” katanya.

Beliau juga memetik isu Festival Better Beer, yang dibatalkan selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) enggan memberikan permit kepada penganjur untuk mengadakan pesta itu awal bulan depan.

PAS membantah penganjuran acara itu, mendakwa ia akan menjadikan Malaysia sebagai pusat maksiat Asia. Ramai pengguna media membantah acara itu dan berkata ia tidak sepatutnya dibenarkan di negara Islam.

“Sekarang ini, setiap isu bukan Islam disimpulkan sebagai sesuatu yang menghina Islam. Pihak tertentu mengkritik dan mempertikaikan moral bukan Islam, dengan semuanya mendakwa ia dibuat atas nama Islam.

“Jangan cuba hendak buktikan anda lebih Islamik daripada orang lain. Anda hanya mencetuskan ketegangan antara Islam dan bukan Islam, dan dalam kalangan umat Islam sendiri,” katanya.

Mujahid juga melihat tindakan terhadap lelaki Islam yang memakai seluar pendek di tempat awam di Kelantan sebagai “melampau”.

Saifuddin, Marina dan Mujahid turut terbabit ketika MKPN merangka rang undang-undang (RUU) Jenayah Kebencian Kaum dan Agama berkaitan ucapan kebencian; RUU Perdamaian untuk mengharamkan diskriminasi; dan RUU Keharmonian Nasional dan Suruhanjaya Perdamaian, pada 2014.

Majlis itu dibubarkan pada pertengahan 2016. – 28 September, 2017.

Lagi asrama Tahfiz terbakar, 3 dikejarkan ke hospital

Asrama pelajar tahfiz di Rembau terbakar, 3 dikejar ke hospital
Diterbitkan pada September 28, 2017 09:54 MYT
Sebuah asrama penginapan pelajar perempuan Maahad Tahfiz As Sofa di Rembau terbakar awal pagi tadi.

SEREMBAN: Sebuah asrama penginapan pelajar perempuan Maahad Tahfiz As Sofa di Rembau terbakar awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata kebakaran ke atas asrama yang menempatkan 37 pelajar itu berlaku kira-kira 1.50 pagi dan memusnahkan 60 peratus bangunan asrama, lapor Bernama.

Bagaimanapun kesemua pelajar terselamat kecuali tiga orang yang mengalami asma akibat terhidu asap.

"Ketiga-tiga pelajar ini telah dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut," kata Norazam.

Beliau berkata punca kebakaran belum dikenal pasti.

Anggota bomba dan penyelamat tiba 10 minit kemudian selepas menerima panggilan kecemasan dan ketika  sampai api sedang marak pada separuh bangunan asrama itu.

Bagaimanapun api berjaya dikawal 15 minit kemudian dan dipadam sepenuhnya setengah jam kemudian, katanya.

Kebakaran di pusat tahfiz ini berlaku tidak berapa lama selepas kejadian sama di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat Ujung, Kuala Lumpur pada 14 Sept lalu yang mengorbankan  21 orang pelajar dan dua orang guru. - sumber

Dia terlupa tu.......!

Wednesday, 27 September 2017
SALLEH 100 PERATUS SALAH
Salleh Said Keruak dilapor membidas segelintir pemimpin pembangkang yang didapati menggunakan bahasa kesat mencaci penyokong UMNO dan BN.

Beliau mengambil contoh Mohamad Sabu yang menggelar agamawan yang menyokong UMNO sebagai berfahaman celaka, Tun Mahathir Mohamad yang menganggap berdosa mengundi Pas serta BN dan Muhyiddin Yassin yang didakwanya pernah menggelar jahiliah kepada orang UMNO dan BN.

"Sebagai pemimpin parti yang berjuang untuk rakyat, tidak perlulah kita mencarut hanya kerana perbezaan dan persaingan dalam politik.

"Cukuplah sekadar menggariskan hala tuju perjuangan dan mengkritik kelemahan kerajaan BN," ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia itu.

Di sebalik bidasan dan tegurannya kepada pemimpin pembangkang, Salleh sepatutnya terlebih dahulu melakukan perkara itu kepada Perdana Menteri, Najib Razak dan kelompok penyokong UMNO serta BN sendiri.

Kiranya beliau merasakan ungkapan berfahaman celaka oleh Mohamad Sabu, berdosa mengundi Pas dan BN oleh Tun Mahathir dan jahiliah oleh Muhyiddin sebagai carutan yang tidak sepatutnya diucapkan oleh mana-mana pemimpin politik, Salleh seharusnya sedar perkataan yang pernah dilafazkan oleh Najib jauh lebih teruk dan tidak patut lagi.

Hanya Najib yang pernah mengucapkan perkataan haram jadah, bangang dan bangsat secara terbuka di khalayak umum kepada mereka yang berbeza pendirian dengannya.

Tidakkah perkataan haram jadah, bangang dan bangsat itu lebih mencarut dan keji didengar berbanding fahaman celaka, berdosa dan jahiliah?

Selain itu, sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh juga nampaknya kekurangan maklumat berhubung perlakuan sebenar penyokong UMNO dan BN di media-media sosial.

Jika beliau meluangkan lebih masa meninjaunya dan bukanlah rahsia lagi akan didapati bahawa penyokong UMNO dan BN, termasuk mereka yang agak dikenali ramai, lebih sering menggunakan perkataan kesat, lucah, mencarut serta maki-hamun yang keterlaluan terhadap penentang-penentang Najib.

Meskipun penentang Najib hanya melontarkan kritikan atau bidasan dengan bahasa yang sopan dan berhemah kepada Najib misalnya, seringkali ia dibalas dengan serangan yang kasar dan disertai pula dengan gelaran-gelaran tertentu, terutamanya melibatkan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Lebih dari itu, dalam blog ini sendiri, jelas terbukti siapa yang lebih kerap melontarkan kata-kata carutan, lucah dan maki hamun itu?

Penyokong UMNO dan BN atau penyokong Pakatan Harapan dan perubahan yang lebih kerap mencarut, kasar dan melucah?

Selalunya apabila tidak mampu menjawab kritikan dan teguran atau terlalu ingin mempertahankan kesalahan pemimpin yang pada hakikatnya amat nyata di sisi Tuhan dan malaikat, jalan mudahnya ialah mereka akan menjawab dengan cara yang tidak beretika itu.

Seolah-olahnya dengan mencarut, memaki-hamun dan bersikap kasar itu lebih mulia daripada mengakui kesalahan  pemimpin yang memang diketahui salah itu.

Maka itu, sebelum Salleh mahu membidas orang lain, beliau sebenarnya lebih afdal menjeritkan teguran agar berhemah dan tidak mencarut itu ke telinga Najib dan para penyokong UMNO dan BN terlebih dahulu.

Mereka bukan saja lebih banyak mencarut, bahkan tahap carutannya lebih buruk dan teruk lagi.

Tindakan Salleh yang hanya melihat kesalahan pemimpin pembangkang, meskipun perilaku bosnya dan penyokong UMNO serta BN jauh lebih "nauzubillah" lagi, ia bukan saja memperlihatkan beliau 100 peratus salah, malah dengan jelas menunjukkannya cuba mempertahan dan melindungi amalan mencarut yang jauh lebih dahsyat serta terang-terang di depan mata. (ShahbudinHusin 27/09/2017)

Berkaitan juga:
SALLEH SAID KERUAK, PENGAMPU TERBAIK & TERHEBAT DUNIA!!

Posted by Shahbudin Husin at 20:43 

* Kerana ghairah mencari modal membodek kot, jadi dia terbabas dan terlupa

Napelaa mereka lakukan perkara yang tak pernah dibuat?

Dr Mahathir failkan permohonan pecat presiden Mahkamah Rayuan
TMI - Diterbitkan pada 27 Sep 2017 6:46PM
Dr Mahathir Mohamad memohon perintah mandamus bagi membolehkan beliau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Zulkefli Ahmad Makinudin selaku presiden Mahkamah Rayuan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 September, 2017.

DR Mahathir Mohamad memulakan prosiding perundangan untuk mencabar pelantikan Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai presiden Mahkamah Rayuan hari ini.

Tengahari tadi, peguamnya memfailkan permohonan kebenaran melakukan semakan kehakiman terhadap Perdana Menteri Najib Razak dan kerajaan Malaysia.

Permohonan itu bertujuan mendapatkan perintah mandamus bagi mereka serta merta memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi “membatalkan atau menamatkan perkenan” yang diberikan kepada pelantikan Zulkefli.

Perkhidmatan Zulkefli sebagai presiden Mahkamah Rayuan dilanjutkan selama dua tahun lagi, tindakan kontroversi yang diambil Pejabat Perdana Menteri (PMO) Julai lalu.

Perkhidmatannya sepatutnya tamat bulan ini apabila beliau mencecah umur persaraan wajib ditetapkan Perlembagaan pada 66 tahun dan enam bulan.

Zulkefli bersama-sama Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif dilantik sebagai “hakim tambahan” di Mahkamah Persekutuan, membenarkan mereka berkhidmat melebihi had usia yang dibenarkan. – 27 September, 2017.

Sorok harta: Dipenjara dan harta dirampas (ini cerita di negara oranglaa.....)

Kecurian Bongkar Harta Luar Biasa
Published: Wednesday, 27 September 2017
BANGKOK: Bekas setiausaha tetap untuk pengangkutan Thailand, Supoj Saplom dihukum penjara 10 bulan semalam kerana gagal mengisytiharkan asetnya yang terbongkar selepas kediamannya dimasuki pencuri.

Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman itu semalam terhadap Supoj, 64, yang pernah menjadi setiausaha tetap pengangkutan dari 2009 hingga 2011.

Supoj didapati bersalah gagal mengisytiharkan wang tunai berjumlah 17.55 juta baht (RM2.23 juta) dan sebuah van jenis Volkswagen Caravelle bernilai 3 juta baht (RM381,554) dalam lima pengisytiharan aset ketika menjawat jawatan itu.

Menurut akhbar Bangkok Post, Suruhanjaya Anti Rasuah Kebangsaan (NACC) memfailkan tuduhan terhadap Supoj selepas mendapati dia memiliki kekayaan luar biasa.

Supoj disiasat selepas kediamannya dimasuki pencuri pada 12 November 2011 ketika dia berada di majlis perkahwinan anak perempuannya.

Dia memberitahu polis, penjenayah mencuri wang tunai berjumlah 5 juta baht (RM634,265) tetapi selepas suspek ditangkap, polis merampas wang tunai berjumlah 18 juta baht (RM2.28 juta) dan sejumlah barang kemas.

NACC juga meminta mahkamah mengeluarkan arahan untuk merampas semua harta Supoj yang tidak diisytiharkan.

Mahkamah Rayuan pada 2015 mengarahkan harta Supoj dan keluarganya yang bernilai 64.14 juta baht (RM8.14 juta) dirampas. - sumber