Showing posts with label Meninggal. Show all posts
Showing posts with label Meninggal. Show all posts

Wednesday, April 4, 2018

Bekas peserta AF2016 maut kemalangan

Emy bekas peserta AF2016 maut kemalangan
Ruzaini Zulkepli, Astro Awani |  Diterbitkan pada April 03, 2018 21:00 MYT
Emy maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan. - Foto Sinar Harian

Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 2016, Zahrul Hilmi Badrul Hisam maut dalam kemalangan di Kilometer 17.8 berhampiran Kampung Kelawat, Jalan Tamparuli-Ranau, petang tadi.

Allahyarham yang juga dikenali sebagai Emy,25, berasal dari Kampung Muhibbah Berungis, Batu 18 di Tuaran itu meninggal dunia di lokasi kemalangan selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabit nahas dengan sebuah lori tiga tan di lokasi kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superitendan Dzulbaharin Ismail ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi mengesahkan kemalangan berkenaan dan berkata siasatan menyeluruh masih giat dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian terbabit.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang itu dimana kemalangan ini melibatkan sebuah motorsikal berkuasa tinggi yang ditunggang seorang lelaki berusia 25 tahun dan sebuah lori muatan tiga tan.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati pemandu lori seorang lelaki berumur 55 tahun memandu dari arah Ranau ke Kota Kinabalu dan setiba di lokasi kemalangan, mangsa yang menunggang mototsikal dari arah Tamparuli ketika melalui satu selekoh menaiki bukit dipercayai telah hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan  lori tersebut.
Lokasi kejadian arwah Emy didakwa terbabit dalam kemalangan maut di Tuaran, Sabah petang tadi. - Foto Astro AWANI

"Akibat daripada itu, penunggang motosikal iaitu (mangsa) telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat daripada kecederaan parah di bahagian kepala dan badan," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Untuk rekod, Emy sebelum ini pernah diserap masuk pada minggu ketiga dalam program realiti terbabit selepas menjuarai pertandingan JoHaRockstar.

Namun Allahyarham telah tersingkir pada minggu konsert kelima AF 2016 sebelum dilaporkan bergiat aktif di arena hiburan tempatan.

Thursday, March 15, 2018

Nasihat dan peringatan anak sulong aku: Rasanya bagus juga diiktibarkan kepada Ibubapa dan penjaga kanak-kanak

Album General Info
Orang selalu gelakkan aku bila tengok perjalanan dekat pun nak on waze.
.
Jujurnya aku memang jenis tak ingat jalan, duduk KL ni lagi lah bergantung kepada waze walaupun destinasi yang nak dituju hanya sekangkang kera aje. Itu satu sebablah.
.
Satu lagi sebab aku tetap on waze untuk perjalanan yang aku dah ingat jalannya, sebab nak tengok traffic. Kalau jem tak perlu dah ikut route tu.
.
And another one, tak tahulah orang sedar ke tidak function yang ini. CHILD REMINDER. Tak kira anak ada atau tidak dengan kita, menatang ni akan keluar. We can choose to ignore or follow it by checking out the car anyway before stepping out.
.
Orang kata manusia memang mudah lupa. Dan yang paling sedih disebabkan kelemahan yang ini, anak-anak yang terpaksa membayar dengan nyawa. Berbaloikah?
.
We can create so many excuses when tragedies like this happen, but it won’t change the facts that the kids are always the ones to suffer for our negligence. One after another excuse, and we still keep seeing this in the media every few months. Itu baru yang dapat liputan, yang tidak dapat liputan bagaimana? The news that we read might be one of many that might happen somewhere else and don’t get reported.
.
Dari kejadian yang lepas, tidak beringatkah atas tragedi yang menimpa orang lain? So you know you have a busy schedule, what do you do about it so you won’t forget the kids? Nak campak handphone, handbag, wallet, fail pejabat di tempat anak berada baru kita ingatkah? Then do it! Make it a routine to place things at the back (or wherever your child is in the car).

Dan jangan pulak bila berita macam ni tengah hot je kita beringat, buat ini-itu, lama-lama dah tak amalkan pulak. Thats a No no ye!
.
Think hard before this happens to us too. Don’t let our kids become the statistic.
.
Buckle up the kids.
.
Set reminders.
.
And lastly, BUCKLE UP YOURSELF!
PS: Buat mereka yang bakal kata, “eleh duduk KL memanglah kau on waze, jem sana sini.”
Ehem ehem FYI, masa aku duduk Lumut pun aku on waze jugak. 😏

Friday, March 9, 2018

Berita Sedih: Sanusi kembali ke Rahmatullah

* Tak tahu kenapa bila tiba giliran Sanusi aku menitiskan air mata. 
Aku kenal Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang bernas, dia tak kenal pun aku. Apa yang aku tahu Allahyarham adalah seorang yang bijak dan kaki buku......

Blognya tak adalah yang akan dapat dibaca dan kongsi selepas ini

Alfatihah untuk beliau dan takziah pada keluarganya......

Seingat aku, dari aku remaja sehingga sekarang ni, hanya dua orang pemimpin saja yang meninggal dan buatkan air mata aku mengalir. Allahyarham Tun Abdul Razak dulu dan kini Allahyarham Sanusi Jonet. 

Sempat juga beliau hadir majlis pelancaran manifesto PH malam tadi 

Bekas MB Kedah Sanusi Junid meninggal dunia 
Amin Iskandar · Diterbitkan pada 9 Mar 2018 8:30AM
Sanusi Junid ketika berucap pada salah satu perogram terakhir yang dihadirinya pada Januari.– Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Mac, 2018

BEKAS Menteri Besar Kedah, Sanusi Junid, 74 meninggal dunia awal pagi tadi.

Anaknya, Akramshah yang mengesahkan perkara itu berkata, allahyarham meninggal dunia sejurus sebelum waktu Subuh.


Jenazah dijangka akan dibawa ke Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara Kuala Lumpur.


Sanusi merupakan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah antara 1981 dan 1986 dan pernah memegang jawatan sebagai timbalan menteri dalam negeri dari 1980 hingga 1981 sebelum dilantik menjadi menteri besar Kedah pada 1996 hingga 1999.


Bekas naib presiden Umno itu meninggalkan parti tersebut pada 2008 dan seterusnya menyertai parti yang dimulakan oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad – Bersatu. Pada Jun lalu, Sanusi dilantik sebagai pengerusi lembaga disiplin Bersatu.

Dalam satu temubual dengan The Malaysian Insight Ogos lalu, Sanusi berkata perdamaian antara Dr Mahathir dan ketua umum PKR Anwar Ibrahim menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional. – 9 Mac, 2018.

Thursday, March 1, 2018

Bila malang dan maut mengintai

Lepas Galah, Tapi Tertikam Sabit
sarawakiana.net  -  Published: Wednesday, 28 February 2018
Pekerja ladang warga Indonesia maut tertusuk sabit pemotong pelepah kelapa sawit dalam kejadian di FELDA Kahang Timur, Kluang, 7 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, mangsa dikenali sebagai Nuralim, 31, meninggal dunia di tempat kejadian.

"Berdasarkan maklumat saksi kejadian, mangsa dikatakan sedang memotong pelepah kelapa sawit apabila pelepah terbabit jatuh ke arahnya dan mangsa cuba mengelak.

"Mangsa melepaskan galah terbabit dan terjatuh sebelum bilah sabit terkena perut mangsa.

“Kejadian disedari saksi apabila mangsa meminta tolong dan mangsa sempat mencabut sabit daripada perutnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Monday, February 12, 2018

Nasib 'hamba' di zaman moden: Sebesar mana kesalahan yang dilakukannya sehingga dilayan begini?

Pembantu rumah didera meninggal dunia
TMI · Diterbitkan pada 11 Feb 2018 10:30PM
PEMBANTU rumah warga Indonesia yang disyaki didera majikannya dalam kejadian di Taman Kota Permai 2, di Bukit Mertajam, meninggal dunia hari ini ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM)

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata wanita dikenali sebagai Adelina, 21, berasal dari Medan, Indonesia disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang selepas mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.         

"Bedah siasat ke atas wanita itu akan dijalankan kira-kira pukul 9 pagi esok bagi mengetahui punca sebenar pembantu rumah berkenaan meninggal dunia," katanya di Bukit Mertajam, malam ini.           

Katanya seorang wanita dan abangnya berusia 36 dan 39 tahun yang merupakan majikan kepada wanita itu direman dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.           

Beliau berkata polis akan merakamkan percakapan semua saksi termasuk jiran, ejen pembantu rumah, rakan-rakan mangsa serta doktor yang merawat wanita berkenaan. 

Pembantu rumah yang telah dua tahun bekerja di rumah majikannya itu mengalami kecederaan lebam pada kepala dan muka serta kecederaan luka bernanah pada tangan dan kaki kiri serta kanan.         

Wanita itu diselamatkan pukul 8 malam semalam selepas polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada seorang lelaki yang merupakan pembantu kepada seorang wakil rakyat di Bukit Mertajam memaklumkan pembantu rumah berkenaan telah didera.          

Sementara itu, seorang jiran mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Anita,40-an berkata pembantu rumah itu dibiarkan tidur di lantai luar depan rumah dengan hanya beralaskan tikar buruk bersama seekor anjing.          

Katanya melihat keadaan mangsa yang semakin teruk, penduduk di situ memaklumkan kejadian tersebut kepada Anhli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim yang kemudian menghantar pembantunya meninjau situasi berkenaan.          

Steven yang dihubungi berkata berdasarkan maklumat daripada jiran, pembantu rumah itu sering dimarahi majikannya hingga lewat malam dan kadang-kadang tidak diberikan makanan. – Bernama, 11 Februari, 2018.
KEADAAN pembantu rumah warga Indonesia yang dibiarkan tidur di luar perkarangan rumah, di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam. - Foto ihsan pembaca - BH

Video dari Berita Harian

Kaitan: 2 Beradik Ditahan Bantu Siasatan Kes Dera

Sunday, January 21, 2018

Empat maut kemalangan Motosikal Kuasa Tinggi

Tragedi konvoi motosikal bergesel sesama sendiri, empat maut
Nazialita Geynna Maharan, Astro Awani |  Diterbitkan pada Januari 21, 2018 11:58 MYT
Insiden berkenaan melibatkan lima individu di mana empat daripadanya adalah penunggang dan pembonceng motosikal berkuasa tinggi manakala seorang lagi pemandu kereta jenis Proton Iswara. - Foto Astro AWANI

IPOH: EMPAT maut apabila motosikal yang ditunggang bergesel sesama sendiri dalam kemalangan di Kilometer 278.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Thamby berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 5.36 pagi dan segera beergegas ke lokasi kejadian.

Jelasnya,insiden berkenaan melibatkan lima individu di mana empat daripadanya adalah penunggang dan pembonceng motosikal manakala seorang lagi pemandu kereta jenis Proton Iswara.
Foto Astro AWANI 

“Siasatan awal daripada saksi pemandu Proton Iswara mendapati kedua-dua penunggang motosikal tersebut sedang dari Simpang Pulai menghala ke Ipoh melalui lorong kiri, Lebuhraya Utara Selatan.

“Semasa konvoi berjalan, kedua-dua motosikal ini telah bergesel sesama sendiri dalam kelajuan tinggi dan kedua-dua motosikal terbabas.

“Kedua motosikal  tersebut kemudian melanggar Proton Iswara yang berada di hadapan mereka, sebelum salah satu motosikal melambung hingga jatuh ke jalan kecil di tepi lebuh raya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Foto Astro AWANI

Mohd Ali berkata, penunggang motosikal yang maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Rafiq Hafizi Rahimi, 21 tahun dan Mohamad Syarif Mohamad Said, 30 tahun.

Manakala pembonceng yang maut adalah Muhsin Mohamad Wazer, 23 tahun dan Mohamad Hafiz Jabon, 33 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan bedah siasat sedang dilaksanakan dengan segera.

Sunday, December 17, 2017

Tabur bunga di atas kubur: Amalan dari siapa?

Benarkah Amalan Tabur Bunga Di Atas Kubur Itu Amalan Yahudi?
By Helmi Effendy  June 27, 2017
Saya tertarik untuk mengulas mengenai topik ini memandangkan ada tuduhan tiba-tiba dibangkitkan atas nama bahawa adat menabur bunga yang diamalkan oleh orang Melayu itu sendiri adalah meniru orang Yahudi dan Nasrani? Benarkah sedemikian kenyataan ini sehingga tiba-tiba jatuh hukumnya haram?

Lantas, mari kita kaji dahulu sama ada amalan ini adalah diambil daripada ibadah agama lain yang kita semua sepakat bahawa ianya adalah sesuatu diharamkan, atau ianya adalah sebuah amalan budaya yang kita semua sepakat bahawa ianya adalah harus hukumnya?

Pertama, selepas meneliti proses pertembungan antara budaya kedua-dua bangsa ini, Yahudi dan Melayu tidak pernah mengalami proses pertembungan budaya besar-besaran yang memungkin orang Melayu meniru amalan Yahudi ini. Tidak pernah dalam fasa sejarah Melayu terdapat proses pengyahudian bangsa Melayu untuk kita bertaklid bahawa budaya bunga itu adalah budaya Yahudi yang orang Melayu ambil.

Setahu saya, fasa PERTEMBUNGAN BUDAYA dalam Tamadun Melayu hanya mempunyai mengalami dua fasa iaitu peng-india-nisasi (sejarawan berbeza pendapat dalam isu ini mengatakan proses ini tidak berlaku secara menyeluruh) dan juga pengislamisasi.

Tetapi peng-kristiani-sasi dan peng-yahudi-nisasi tidak pernah saya lihat dalam sejarah Melayu untuk mereka ini secara terus menjatuhkan hukum menabur bunga di pusara sebagai meniru amalan Yahudi dan Kristian? Jadi, dimanakah hujah kuat mengatakan orang Melayu meniru amalan itu atau sebenarnya orang Melayu ini memang sinonim dengan bunga-bungaan dalam hidup mereka?

Saya mahu bertanya kepada mereka, seberapa tahu pengetahuan beliau mengenai budaya dan sejarah Melayu sehinggakan amalan menabur bunga ini pun dinamakan sebagai amalan Yahudi? Izinkan saya membetah kenyataan memberi dengan memberi sedikit pencerahan mengenai budaya Melayu yang banyak berakarkan bunga-bungaan.

1. Bunga-bungaan dilihat sebagai sebuah asas dalam budaya Melayu itu sendiri. Dalam catatan Munsyi Abdullah, beliau ada menyebut mengenai kewujudan Taman Larangan yang terdiri daripada bunga-bungaan yang indah mekar di istana Melaka. Bahkan pada abad ke-16, dunia mengenali sebuah kewujudan taman bunga Tanah Serendah Sekebun Bunga peninggalan Cik Siti Wan Kembang.

2. Terdapat hipotesis mengatakan bahawa orang Melayu asalnya daripada keturunan Keturah sebelah nabi Ibrahim A.S dan maksud Keturah dalam bahasa Hebrew ialah wangi-wangian dan ianya sangat bertepatan dengan erti bunga yang menyebarkan wangi-wangian.

3. Nama kerajaan seperti Champa iaitu sebuah kerajaan Melayu dipercayai diambil daripada nama bunga iaitu bunga Chempaka. Lihatlah bagaimana nama-nama bunga-bungaan diambil oleh negara-negara Melayu purba sebagai nama negara dan kerajaan mereka.

4. Kemeyan adalah antara bukti kuatnya budaya bunga dan wangi-wangian dalam bangsa Melayu itu sendiri. Pohon kemeyan yang berada di Nusantara ini dikenali sebagai Kemeyan terbaik sehingga mengundang ratu Hatshepsut ke sini dan menimbulkan sebuah lagi hipotesis tentang Punt dalam sejarah Melayu, kononnya Punt lokasinya terletak di sini.

5. Adalah kebiasaan melihat anak dara Melayu dipakaikan bunga di telinga mereka, Anak orang asli juga yang terdiri daripada Proto-Melayu juga merupakan pandangan biasa sekiranya menjadi bunga-bungaan sebagai hiasan di kepala mereka. Ini juga dapat dilihat pada rumpun Melayu yang jauh seperti di Hawaii.

6. Rawatan-rawatan tradisional orang Melayu juga banyak menggunakan bunga. Secara contoh, seperti Mandi Bunga yang mempunyai falsafahnya tersendiri dan budaya ini juga wujud dalam rumpun Melayu yang lain.

7. Ukiran Khat yang digabungkan dengan motif flora ataupun tulisan kaligrafi itu sendiri dapat dilihat, misalnya Mimbar Masjid Kampung Laut Kelantan, Istana Balai Besar, Kelantan, Komplek Makam Banggul, Kelantan. Mimbar Masjid Lama Paloh, Ipoh, Mimbar Masjid Sebatu Perak, dan rumah tempat kediaman di Semenanjung Malaysia. Ini membuktikan bahawa budaya Melayu sememangnya banyak bermain dengan bunga.

8. Motif Batik itu sendiri mempunyai banyak elemen bunga yang dimasukkan. Antaranya ialah Motif Bunga Buluh, Motif Bunga Kerak Nasi, Motif Bunga Kotak Bercampur, Motif Bunga Orkid dan Motif Bunga Raya.

9. Bunga Seroja digunakan oleh orang Melayu sebagai perlambangan kebijaksanaan ketika mereka mengganut agama Buddha dahulu manakala Teratai pula digunakan oleh Melayu sebagai perlambangan kepada agama Islam.

10. Menurut Abdullah Mohamed, teratai merupakan perlambangan kosmologi, yakni tingkat-tingkat alam terbentuk yang bersandarkan pada hakikat ketuhanan-kealaman. Kudup bunga teratai itu dilambangkan sebagai Abstract Oneness, atau ‘kanz mahfiyy’, atau Hakikat Muhammadiyah – segala-galanya terhimpun dalam satu perbendaharaan.

Sebagaimana alam ini terhimpun, demikian jugalah dilambangkan terhimpun segala stamen, stigma, kelopak, rahim-bunga dan lain-lain pada bunga teratai. Tingkat seterusnya, apabila bunga teratai itu mengembang, ia dilambangkan sebagai alam besar (makrokosmos) yang berkembang – tiap-tiap elemen pada bunga itu melambangkan maksud tertentu. Misalnya, kelopak-kelopak bunga itu melambangkan tiap-tiap keperibadian makhluk. Dan kelopak ini adalah berasaskan daripada perlambangan sifatNya (Jalal dan Jamal)

11. Orang Melayu percaya bahawa Bunga Kenanga sangat sesuai ditanam di halaman rumah kerana ianya dapat menolak `black magic` seperti terkena buatan orang. Di halaman orang Melayu yang lama, Bunga Kenanga akan terlihat sebagai perlindungan terhadap ilmu hitam.

12. Pengantin perempuan di Indonesia tanpa lilitan untaian Melati pada kepala, sanggup adalah dianggap tidak sempurna perkahwinan mereka kerana begitu dekatnya Melati pada budaya orang Indonesia itu sendiri dan Melati terkenal di kalangan Melayu, Betawi, Jawa, Sunda, Madura dan Bali kerana ianya dianggap melambangkan kesuburan, kesejahteraan dan kemakmuran. Atas sebab itulah, ianya dipakaikan di majlis perkahwinan kebanyakan pengantin di Indonesia.

13.Bunga juga melambangkan banyak perkara dalam ketamadunan Melayu itu sendiri. Antaranya ialah seperti keperibadian tuan rumah – statusnya, minatnya, perasaannya. Sebagai contoh, jika sugul ada jenis bunga ditanamnya, jika seorang yang sunyi, ada jenis pokoknya. Contoh lain pula, tuan rumah juga menanam bunga bagi memberitahu bahawa ada anak gadis di rumahnya. Misalnya sepohon melur, mewakili seorang anak gadisnya. Sebab itulah kalau nak masuk meminang, diungkapkan sebagai ‘menyunting bunga di laman’.

14. Tarian Lengong di Bali memakai bunga Kemboja manakala di Jawa pula bunga Kemboja adalah larangan dna taboo kerana kononnya mengundang roh jahat. Berbeza rumpun Melayu yang jauh seperti Hawaii, mereka menjadikan bunga kemboja sebagai lambang menyambut tetamu.

15. Jauh di Maori pula, rumpun Melayu yang lain iaitu bangsa Maori pula terkenal dengan tatu-tatu yang bercacahkan motif bunga. Terdapat budaya di mana para lelaki yang mencacah tatu Maori ini adalah lelaki yang terlihat gagah di kalangan bangsa Maori.
Tatu puak polinesia.

16. Di Hawaii terdapat adat yang melibatkan Bunga Lei. Bunga Lei ialah kalungan bunga yang disarungkan di leher. Bunga Lei ini andai dikalungkan di leher pemakainya, apabila mahu menanggalkannya, pemakai mestilah mencium bunga lei dan menanggalkannya di dalam privasi. Ianya diperbuat daripada bunga Kemboja ataupun Orkid.
17. Perkuburan orang Austronesia memang banyak mengandungi bunga, sebagai contoh di Tongga di mana kuburnya ditaburkan dengan bunga.
Kesimpulannya, tiada langsung pertembungan budaya antara Melayu dan Yahudi manakala budaya menabur bunga itu datang sendiri daripada orang Melayu. Antara bukti-bukti yang saya paparkan ialah budaya BANGSA MELAYU atau rumpun mereka (Austronesia) yang berasal daripada leluhur yang sama dnegan orang Melayu mencatatkan bahawa Melayu adalah bangsa yang sememangnya bermain dengan bunga sejak dahulu kala.

Tentunya, ramai orang bertanyakan saya suruh saya rujuk hadis dan Al-Quran dalam membicarakan mengenai topik tabur bunga atas pusara itu amalan Yahudi. Perlu saya ingatkan kepada mereka yang bangkitkan persoalan ini, skop artikel ini adalah membahaskan tuduhan ke atas amalan ini DARI SUDUT SEJARAH DAN KEBUDAYAAN. Maka, sebagai seseorang yang mempunyai pengetahuan yang lebih dalam bidang ini, maka saya mengulas dari sudut sejarah dan budaya. Lagipun tuduhan “menabur bunga amalan yahudi” adalah berasaskan SEJARAH DAN BUDAYA, bukan keagamaan. Maka bagaimana saya mahu mengulas dari sudut keagaman kerana dalil-dalil untuk menafikannya harus dari sumber sejarah itu sendiri?

Terima kasih.

* Pada saya sejak dari kecil sehingga ke tua-bangka ni tak ada pulak tabur bunga di kubur ni menjadi amalan Orang Kelantan. Biasanya mereka akan ke bubur dan bersihkan kubur, betulkan apa yang patut. Selepas itu sebelum pulang mereka akan baca surah yaasin atau tahlil dan berdoa. Siram air di atas kubur pun tak diamalkan.

Dan keluarga mertua aku Orang Perak inilah amalan mereka bila setiap kali ke kubur. Mereka sibuk membeli bunga dan meracik pandan serta membawa bertekor air ke kubur. Tahlil dan berdoa pun tak seberapa.

Bukan nak perkatakan kepada sesiapa, cuma itulah perbezaannya. 

Mati: Sukan yang tidak sepatutnya orang-orang tua sertai, aku dah tak berani sertai acara-acara begitu sekarang

Peserta Separa Maraton Meninggal Dunia
mStar - Diterbitkan: Sabtu, 16 Disember 2017 9:37 PM
KUANTAN: Seorang peserta acara separa maraton sempena penganjuran Karnival Mini Bentong di Bentong dekat sini hari ini, meninggal dunia kira-kira lapan kilometer sebelum menamatkan lariannya.

Pemangku  Ketua Polis Daerah Bentong DSP Zainuddin Abdul Hamid berkata mangsa Liew Ah Peh, 71, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung berhampiran Kampung Dabung, pukul 9.20 pagi.

Mangsa yang  menyertai acara larian sejauh 21 kilometer bersama-sama beberapa rakan memulakan larian pada pukul 6.30 pagi tetapi Liew yang dalam perjalanan ke garisan penamat  berehat sebentar  berhampiran Kampung  Dabung  selepas mengadu kepenatan.

"Dia kemudiannya difahamkan tidak sedarkan diri sebelum disahkan telah meninggal dunia," katanya semasa dihubungi di sini, Sabtu.

Zainuddin berkata mangsa yang berasal dari Kuantan dimaklumkan aktif menyertai acara larian.

Mayatnya dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Zainuddin berkata penganjuran acara larian itu juga mendapat kelulusan dan pelepasan peserta dilakukan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Anggota Parlimen Bentong.

Bagaimanapun, karnival anjuran Majlis Perbandaran Bentong yang dijadualkan berlangsung sehingga tengah malam ini, dibatalkan bagi menghormati pemergian mangsa.-Bernama

Thursday, November 23, 2017

Kisah menyayat hati 43 tahun yang lalu

Lima beradik meninggal dunia sebab makan telur ikan
AMRAN ALI  -   23 NOVEMBER 2017
Makmor menziarahi pusara lima adik-beradiknya, semalam

MELAKA - Salah satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Lintang, di sini, mempunyai kisah sejarah di sebaliknya sehingga tular dalam laman sosial, baru-baru ini.

Ia berikutan papan tanda yang tertera ayat  'Kubur lima beradik mangsa telur ikan kurau' sehingga menjadi tanda tanya kisah sebenar sebalik salah satu kubur yang mempunyai 10 batu nisan.
Namun, kejadian 43 tahun lalu itu masih segar di ingatan buat Makmor Kassim, 43, apabila adik-beradiknya meninggal dunia selepas memakan masakan telur ikan kurau.

Makmor yang kini bertugas di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) merupakan adik bongsu kepada lima beradik berkenaan.

Menyingkap kembali kejadian menyayat hati pada 1 Disember 1974 itu, Makmor berkata, ketika itu dia baru berusia enam bulan dalam kejadian yang berlaku di Kampung Kandang, di sini.

Dalam kejadian itu, katanya, adik-beradiknya, Noraini Kassim, 11, Mohd Syukur, 8, Rohana, 6, Hijrah, 4, dan Norasyikin, 3, tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia selepas menikmati lauk asam pedas telur ikan kurau sebagai hidangan tengah hari.

Ekoran kejadian itu juga, katanya, bapa mereka, Kassim Alauddin dikejarkan ke hospital termasuk ibu mereka, Fatimah Hussein serta tiga adik-beradik Makmor dan beberapa orang lagi terdiri daripada ibu saudara dan sepupu mereka.

“Saya tidak berapa ingat sangat kejadian itu kerana baru berusia enam bulan.  Tetapi dari apa yang diceritakan ayah dan emak, ia benar-benar mengemparkan masyarakat pada masa itu.

“Kejadian itu sukar untuk kami adik-beradik lain lupakan apatah lagi emak. Dia selalu sebak bila kisah keluarga kami ini disebut kembali.  Mana ada ibu bapa yang tidak sedih apabila hilang lima anak sekali dalam satu masa,” katanya.

Menurutnya, daripada apa yang diceritakan, bapa mereka membeli telur ikan kurau untuk dijadikan lauk.

"Ia berpunca daripada telur ikan yang dikatakan beracun. Ada 11 ahli keluarga kesemuanya terlibat, termasuk beberapa mak saudara berhampiran yang makan asam pedas telur ikan itu. Malangnya, lima adik-beradik saya meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri. Yang lain menerima rawatan di hospital," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Makmor berkata,  meskipun kejadian itu sudah lama berlalu, tetapi ia tidak pernah terpadam di dalam ingatannya.

“Peristiwa itu lama, tapi bila saya meningkat dewasa, orang kampung masih ramai yang memanggil nama saya dengan nama Syukur. Sama dengan nama arwah abang, mungkin rupa saya ada iras-iras arwah.

"Selalulah juga saya jelaskan pada mereka, nama saya Makmor. Syukur itu nama abang saya.

“Sebagai tanda ingatan buat arwah abang dan kakak, saya beri nama anak saya yang berusia tiga tahun dengan nama Syukur. Anak perempuan yang berusia setahun sembilan bulan saya namakan Hijrah. Sebab saya tidak mahu nama mereka luput dalam ingatan,” katanya.

Makmor bagaimanapun berkata, ayah dan emak tetap menerima reda dengan ketentuan ALLAH.
Deretan pusara mangsa telur ikan kurau beracun

“Selepas ayah kehilangan lima orang anak, ALLAH gantikan mereka dengan lima adik-beradik lagi yang lahir selepas itu,  sebagai pengubat kesedihan kedua ibu bapa kami," katanya.

Menurutnya, selain lima adik-beradik yang meninggal dunia itu, tiga lagi masih hidup kerana tidak ada masa kejadian iaitu Zakaria, kini berusia 55 tahun yang merupakan abang sulung; Rahmat, 54, dan Hamidah, 51.

Katanya, selepas kejadian itu, Norijah, 42, Norazmah, 40, Mohd Safri, 33,  Norhafizah, 32, dan Murni, 31, pula lahir.

“Enam orang adik-beradik kami masih menetap di Melaka termasuk saya. Seorang di Negeri Sembilan dan seorang di Singapura.

“Bagaimanapun ayah sudah meninggal dunia kira-kira 15 tahun lalu. Emak pula sudah uzur dan kini sudah berusia 76 tahun,” katanya.

Wednesday, November 8, 2017

Seorang lagi Putera Saudi maut

Putera Arab Saudi maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pihak berkuasa
SELEPAS kematian Putera Mansour bin Muqrin dalam satu insiden helikopter terhempas berhampiran sempadan Yaman semalam, Jemaah Diraja Arab Saudi mengesahkan pula kematian seorang lagi iaitu Putera Abdul Aziz bin Fahd.

Punca kematian didakwa akibat berbalas tembakan dengan pihak berkuasa yang mahu menangkapnya.

Beberapa sumber berita melaporkan putera itu maut ketika kumpulan pengawal peribadinya berbalas tembakan dengan pihak berkuasa Arab Saudi.

Sumber berita Arab Saudi, antaranya alithadnews.com melaporkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jemaah Diraja Arab Saudi, yang mengumumkan kematian putera muda Abdul Aziz bin Fahd bin Abdul Aziz Al-Saud pada umur 44 tahun.

Kejadian itu berlaku selepas 11 orang Putera Arab Saudi termasuk hartawan terkenal Putera Alwaleed bin Talal serta berpuluh menteri dan bekas menteri ditahan di negara itu pada hari Sabtu malam selepas pembentukan jawatankuasa anti rasuah oleh Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud.

Putera Abdul Aziz merupakan anak bongsu Raja Fahd. Ini bermakna keluarga diraja Arab Saudi telah kehilangan dua orang puteranya dalam masa tidak sampai 24 jam.  -  sumber

Sunday, October 29, 2017

Jasad pendaki Gunung Damavand Ramli Abdul Majid ditemui

Mayat Ramli ditemui?
Ahad, 29 Oktober 2017 | 2:13am
Oleh Fazrik Kamarudin
bhnews@bh.com.my
ROSLIDA Ablah memegang gambar suaminya Ramli Abdul Majid ketika menghantar pasukan mencari dan menyelamat di KLIA untuk berlepas ke Iran Disember tahun lalu. - Foto Abd. Rahim Rahmat

KUALA LUMPUR: Penemuan satu mayat dipercayai rakyat Malaysia di Gunung Damavand di utara Iran, kelmarin, mencetuskan tanda tanya adakah itu jasad Ramli Abdul Majid, pendaki yang hilang lebih setahun lalu di kawasan yang sama.

Ramli hilang pada November tahun lalu bersama rakannya, Syed Redzuan Syed Salim Shatri ketika berada pada ketinggian 4,200 meter Gunung Damavand.

Bagaimanapun, mayat Syed Redzuan ditemui enam hari selepas dilaporkan hilang, manakala Ramli masih gagal dikesan.

Berdasarkan laporan agensi berita Iran, IRNA, semalam, mayat berkenaan ditemui sekumpulan pendaki ketika menuruni gunung itu pada ketinggian 4,300 meter pada Jumaat tetapi operasi membawa dilakukan semalam.

Isteri Ramli, Roslida Ablah, 42, ketika dihubungi BH Online tengah malam tadi, berkata belum menerima sebarang berita daripada mana-mana pihak termasuk Kedutaan Malaysia di Tehran, mengenai penemuan mayat itu.

Pada masa sama, beliau menyatakan rasa terkilan kerana media Iran itu mengesahkan mayat berkenaan adalah pendaki rakyat Malaysia yang hilang setahun lalu walaupun tidak menyebut identiti, tanpa melalui sebarang proses pengecaman.

"Saya belum menerima apa-apa berita daripada pihak Kedutaan ataupun pasukan yang menjalankan misi menyelamat," katanya.

Sementara itu, Khafiz Bachok, pendaki yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) Ramli setahun lalu, berkata beliau masih menunggu pengesahan dari pihak Kedutaan Malaysia di Tehran.

"Perlu tunggu kenyataan rasmi daripada Kedutaan Malaysia," jawabnya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam kejadian pada 20 November 2016, Syed Redzuan, 50, dan Ramli, 45, hilang di Gunung Damavand selepas terpisah daripada kumpulan pendaki yang lain.

Lapan daripada 12 anggota kumpulan pendaki itu memulakan pendakian ke puncak ketika cuaca baik dari kem tiga pada ketinggian 4,200 meter pada awal pagi.

Bagaimanapun, hanya dua pendaki berjaya ke puncak manakala enam lagi termasuk Syed Redzuan dan Ramli diarahkan turun semula dari ketinggian 5,200 meter antara jam 12 tengah hari hingga 2 petang kerana masa tidak mencukupi untuk sampai ke puncak.

Bagaimanapun, Syed Redzuan dan Ramli dikatakan bertekad menyertai seorang pendaki Turki untuk ke puncak sebelum mereka dilaporkan hilang.

Mayat Syed Redzuan ditemui enam hari selepas dilaporkan hilang oleh pasukan SAR di Yakhar Glacier. Dia dipercayai terjatuh dari ketinggian 4,100 meter.

Misi pencarian Ramli kemudian diteruskan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) serta operasi SAR secara solo 'Mencari Abang Ram' yang diusahakan oleh Khafiz bersama rakan pendaki, Muhamad Aliff Abdullah.

Khafiz, pendaki dari Johor yang pernah menawan Gunung Damavand pada tahun 2011, dipetik sebagai berkata

misi itu diteruskan kerana masih berharap Ketua Jurutera Sistem PROTON itu ditemui dalam keadaan selamat.

Julai lalu, misi ketiga mencari Ramli diteruskan oleh Khafiz bersama tiga pendaki dari Kelab Jelajah Alpine (KJA), iaitu Muhammad Illaham Ishak, 40; Azwawi Ismail, 38; dan Mohd Azraie Md Yusof, 34.

Khafiz yang turut mengetuai misi itu dilaporkan, berkata misi SAR berkenaan diteruskan kerana Tehran ketika itu memasuki musim panas manakala salji yang meliputi gunung berkenaan mula mencair.

Ia secara tidak langsung memudahkan kerja menjejaki Ramli di pergunungan berkenaan yang memfokuskan di kawasan timur Gunung Damavand bermula dari ketinggian 4,100 meter dari aras laut hingga 5,300 meter dari aras laut serta kawasan perkampungan berdekatan.

* Gambar-gambar dikutip dari google
* Link kisah sebelumnya: Isteri pendaki hilang ke Iran malam ini

 
 
 

Friday, March 24, 2017

Johan Nawawi Meninggal Dunia

Suami Nora, Johan Nawawi Meninggal Dunia
mStar - Diterbitkan: Jumaat, 24 Mac 2017 8:12 AM

PETALING JAYA: Komposer Johan Nawawi yang juga suami kepada Nora Ariffin meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya di sini awal pagi Jumaat.

Berita itu disahkan oleh isterinya Nora dalam satu kiriman ringkas mesej suara.

Johan, 52, dikatakan dibawa ke pusat perubatan berkenaan kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi.
Nora disisi jenazah arwah suaminya, Johan.

Menurut anak Allahyarham, Mohd Syakir Alif, bapanya itu meninggal dunia akibat serangan jantung.

Johan banyak mencipta lagu untuk isterinya seperti Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, di sini dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat.

Allahyarham yang merupakan penggubah lagu pop sejak 1980-an adalah anak bekas Ketua Pengarah Pusat Islam yang pertama, Mohd Nawawi Mahmud.
Nora bersama anak sulungnya, Mohd Syakir Iman.

Sepanjang kariernya sebagai komposer, Allahyarham turut menghasilkan lagu berunsur ketuhanan seperti 'Erti Al-Fatihah' ,nyanyian Putri - anaknya. Lagu tersebut hasil adaptasi daripada surah al-Quran iaitu al-Fatihah. 

Lagu berkenaan turut dimuatkan dalam siri animasi 'Ummi - Ceritalah Pada Kami!' terbitan Hud-Hud Media Sdn. Bhd., dan Erama Records Sdn. Bhd selain lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid Raihan pada 1990-an.

Johan berpendapat lagu-lagu yang berunsur ketuhanan boleh dianggap sebagai nasyid kerana lirik-liriknya mendorong ke arah kebaikan.


Lagi berita mengenai Allahyarham Johan Nawawi

Johan Tak Sempat Pakai Tuksedo Di Ulang Tahun Perkahwinan - Nora

Tuesday, January 17, 2017

Pilihanraya kecil lagikah kita?

Adun Sungai Air Tawar meninggal dunia
17 Januari 2017 | MALAYSIA DATELINE
Kamarol Zaki Abdul Malek

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malek meninggal dunia pagi ini selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Sungai Air Tawar.

Pegawai Khas Allahyarham, Mohamad Fariq Roslan ketika mengesahkan kematian itu berkata, arwah ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 9 pagi ini selepas gagal dihubungi sejak awal pagi.

“Sepatutnya beliau menghadiri program Ziarah Kasih Sedetik Bersamamu di Kampung Sekendi pagi ini,” katanya kepada Utusan Online hari ini.

Allahyarham, 59 tahun yang juga dikenali sebagai Cikgu Zaki adalah Timbalan Ketua Umno Sabak Bernam dan ketua Umno Cawangan Sungai Air Tawar.

Allahyaraham turut menjawat kerusi exco Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi (MPIC) Adun BN Selangor dan pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Bernam Jaya (PPK).