Thursday, December 22, 2016

Tidakkah tindakan ini satu kezaliman?

*Tarikh notis 22 Dis. dan terus diroboh pada hari yang sama?
Walau pun aku tidak suka tindak tanduk Jamal tetapi tindakkan ini juga aku kutuk.

Sebagai seorang rakyat, kenapa tidak diberikan masa untuk berunding bagi menyelesaikan masalah. Nilai harta yang musnah bukannya sedikit tetapi jutaan!

Premis hotel dan resort Jamal beroperasi tanpa lesen disita, diroboh serta merta
22 Disember 2016 | DALIA ISMAIL
Sekin Hotel & Resort milik Datuk Seri Jamal Md Yunus disita MBSB kerana didapati tiada lesen beroperasi

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menghantar notis perintah tutup Sekin Fishermen Village Hotel & Resort dan serta-merta merobohkan premis milik Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunus hari ini.
Notis bertarikh 22 Disember itu antara lainnya menyebut pemilik telah menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa melesen mengikut UUK 3(1) Undang-undang Kecil Hotel MDSB,2013.
Notis juga menyebut dalam pemeriksaan dilakukan MDSB mendapati Jamal telah melakukan kesalahan tersebut di atas Lot 13081,13082 dan 13083 Jalan Pantai Redang, Sekinchan.
Datuk Seri Jamal Md Yunus Datuk Seri Jamal Md YunusJamal ketika dihubungi mengesahkan menerima notis itu dan akan mengadakan sidang medianya esok jam 3 petang untuk menerangkan butiran lanjut mengenai penyitaan MDSB di premis perniagaannya yang dibuka sejak lima tahun lalu.
Sekin Hotel & Resort dibina diatas tanah seluas 25 hektar menyediakan 158 bilik dan terdapat 30 chalet tepi pantai dengan kos pembinaan sejumlah RM12juta.
Beliau tidak menolak kemungkinan notis dihantar MDSB ini dilaksanakan ekoran tindakannya membidas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Azmin Ali berkaitan isu air di negeri itu.
Jamal semalam hadir di SUK Shah Alam hanya bertuala sambil  membawa berus gigi, shampoo dan sabun untuk menumpang mandi di pejabat menteri besar tetapi hajatnya itu dihalang di pintu masuk bangunan SUK.
Jamal turut memaklumkan  kerja meroboh premis perniagaannya oleh MDSB sedang dilakukan  itu dakwanya atas arahan menteri besar.
"Pagi tadi hantar notis petang ni dirobohkan. Ini adalah tindakan balas dendam kerajaan negeri terhadap kelantangan saya mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Azmin Ali.
"Apa yang saya lakukan ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang derita dengan masalah ketiadaan air," ujarnya.
Malah dakwa Jamal pula  semua  syarat dan bayaran telah dibuatnya kepada MDSB sebaliknya beliau berkata surat dan semua dokumen tersebut tidak benar sama sekali.
" Lesen sudah dimohon lima tahun. Semua syarat dan bayaran telah dibuat tetapi lesen tidak diberi oleh MDSB," ujarnya.
Pegawai MBSB ketika datang ke premis perniagaan Jamal untuk menyerahkan notis sita dan perobohan hari ini yang dilaksanakan serta merta.
Jentolak sudah merobohkan sebahagian kawasan pembinaan di tapak premis sehingga tengahari ini.

* Gambar-gambar dari malaysiakini

5 comments:

  1. banyak tanah tu 25 hektar
    kalau amno perintah selangor
    senang banyak mamat ni
    kita nak minta 1 lot tanah untuk
    rumah pun payah dapat
    macam mamat ni boleh buat atas tanah sebanya tu

    ReplyDelete

  2. Jangan setakat roboh, rampas balik tanah tu.

    Memang nilai harta bukan sedikit tapi bagi dia januari depan dah siap bina yang baru.

    Ambil kes kampung chubadak, berbincang, merayu kemudian bawa ke mahkamah dan merayu lagi.. akhirnya di robohkan. Itu rumah kediaman yang kekal yang Jamal punya resort..

    Kenapa Jamal dan budak-budaknya tak baring depan trektor macam orang asal di Gua Musang ?

    ReplyDelete
  3. Menampakkan ketua bahagian umno sekarang tak ada kualiti. Menampakkan perjuangan yg dipengaruhi dedak. Hilang ciri2 intelek yg dihormati tapi umno memupuk budaya samseng dan ugut yg dibenci.
    Buang masa saja layan malaun ni. Rakyat dapat menilai. Malaun ni pun bergerak diatas landasan apa dan siapa yang dibelakangnya.
    MB tak ada masa nak layan dan berdendam dgn malaun ni. Bukannya gila, pandai "separuh tiang"..

    ReplyDelete
  4. MDSB bukannya bengong nak roboh ikut suka.mungkin tu notis terakhir..
    jamal jamban punya cakap mana bleh pakai

    ReplyDelete
  5. Roboh je bangunan haram jamal. Dakwa sekali jamal melanggar peraturan. Periksa sekali sama ada jamal daftar GST ke tak selama ni.

    ReplyDelete