Tuesday, December 27, 2016

Cadangan ni aku rasa kartun sikit

* Akan setujukah PAS untuk menyerahkan kerusi yang pernah ditandingi walau tak menang?

Lagilah parah di Kelantan yang majoriti kerusi yang mereka dah menang/pegang.......
Semua sudah maklum tentang ego mereka dan dicampur pula dengan kisah berpendirian kluk-kleknya!

Lagi nak jadikan mereka ketua?

Pakatan Harapan cadang Pas ketuai pembangkang di Kelantan, Terengganu
 | MALAYSIA DATELINE
Pakatan Harapan bercadang membenarkan Pas “mengetuai” pembangkang di Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya akan datang,"kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad.
“Jika Pas mahu turut serta, sudah tentu kami akan benarkan mereka ‘mendahului’ di Kelantan dan Terengganu.
“Walaupun kami akan bertanding di beberapa kerusi di Kelantan, tetapi kami akan pastikan Pas mengetuai di Kelantan dan Terengganu.
“Penting untuk kami duduk berbincang bagi memastikan setiap parti mempunyai negeri pangkalan,” katanya pada sidang media seperti dilapor FMT hari ini.
Katanya, strategi memastikan setiap parti mempunyai negeri pangkalan itu akan memudahkan rundingan pembahagian kerusi di kalangan parti pembangkang.
Dalam pada itu, Khalid berkata, Amanah menyasarkan untuk bertanding 40 kerusi Parlimen pada PRU14.
“Bagi Amanah, kami sudah kenal pasti 40 kerusi berpotensi yang kami berminat turunkan calon. Kerusi itu kami rasa ada harapan dan peluang untuk menang.
“Tetapi, kami akan berbincang mengenainya pada mesyuarat akan datang dengan Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada awal Januari,” kata Ahli Parlimen Shah Alam ini.

No comments:

Post a Comment