Tuesday, December 27, 2016

Beri masa pada Anina

Beri masa pada Anina jawab semua persoalan
ATIRAH HASLI - 27 DISEMBER 2016
Anina Saadudin

SHAH ALAM – Pembantu Peribadi kepada Anina Saadudin, Kasih Alyza Mohd meminta semua pihak memberikan masa kepada Anina untuk menjawab semua persoalan yang dibangkitkan.

Menurutnya,  semua pihak perlu bertenang dan berikan masa kepada Anina sebagai Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk mengatur sidang media untuk menjelaskan semua perkara kepada semua pihak.

Buat masa ini, katanya lagi, pihaknya masih menunggu pandangan Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meneruskan sidang media.

“Paling cepat kita akan buat sidang media pada minggu hadapan. Buat masa sekarang pihak kami sedang mendapatkan persetujuan Mahathir dan Muhyiddin yang kini berada di luar negara.

“Percayalah yang kami bukannya mengelak daripada terus menjawab kekeliruan yang timbul, kami cuma perlu lakukan semua yang perlu dilakukan dengan cara yang betul,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Bersatu dalam kenyataan semalam menegaskan, parti itu masih belum menubuhkan sayap Srikandi.

Setiausahanya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata oleh itu, kedudukan Anina Saadudin yang dirujuk oleh pelbagai pihak sebagai Ketua Srikandi Bersatu tidak seharusnya timbul.

1 comment:

  1. Hanya orang yang betul-betul ada rekod kesalahan sex dan bangang yang keluar UMNO dan masuk PPBM.

    Nak bukti apa samada dia layak atau tidak?

    Sekarang jika betul-betul ada skandal pun samada orang tak percaya atau orang tak kisah.

    Yang rakyat tahu selamatkan mereka dari tekanan kos hidup.

    ReplyDelete