Thursday, December 22, 2016

Benarkah ini cita-cita PAS: Harapkan orang UMNO melangkah ke dalam PAS?

PAS Ganti Umno bukan jadi Umno
Posted on Wednesday, December 21 @ 12:51:06 MYT by paktam
Oleh Subky Latif

AMAT meluas sekarang dituralkan hendak jadi Umno di tengah-tengah Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang menawar diri untuk menjadi penasihat kepada Umno dan kerajaan BN dalam isu agama dan Islam.

Maka beberapa tahun belakangan ini sejak TG Mursyidul Am Nik Abdul Aziz masih ada, PAS dilihat berdekat dengan pemimpin Umno dan pemimpin Umno hampir dalam setiap ucapan menyebut tentang keinginan berbaik dengan PAS.
     
Orang-orang yang cemburu bersangka jika TG Nik Aziz ada nescaya PAS tidak dituralkan demikian. Di tahun-tahun akhir beliau, acaplah pemimpin kecil Umno seperti Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan lain-lain mengunjunginya. Tafsir yang tepat tentang pendirian TG itu dapat dilihat daripada pandangan waris politiknya, Nik Abduh.
     
Apakah perkembangan pada PAS itu reformasi atau transformasi bagi parti Islam itu? Tetapi ia bermula daripada program bagi menjadikan PAS Ganti Umno. 
     
Deminya tidaklah PAS mencontohi Benjamin Disraeli, Perdana Menteri Inggeris yang membeli konsesi Terusan Suez daripada Perancis. Berkali-kali dia sebagal calon pembangkang gagal untuk jadi Perdana Menteri. Akhirnya dia menyertai parti pemerintah pimpinan PM Gladstone, mengambil pimpinan parti dan jadi Perdana Menteri. 

PAS akan masuk Umno dan tidak akan jadi Umno, tetapi mahu  PAS ganti Umno. Sekalipun semasa mudanya dulu TG terkenal dengan Amanat Haji Hadi yang amat kuat bertempur dengan Umno, maka banyak keliru apabila sebagai Presiden PAS dirasakan oleh banyak orang ia jadi parti mesra Umno.
     
Termasuk yang keliru ialah setengah pemimpin PAS sendiri hingga membentuk parti sendiri bagi menggantikan PAS yang mahu jadi ganti Umno itu. Gara-gara program PAS Ganti Umno, ada ahli-ahlinya buat parti bagi ganti PAS.
      
Kita yakin TG dan PAS tidak ikut falsafah Benjamin Disreali, jika tidak dapat kalahkan mereka, sertai mereka. Atau pendekatan DS Anwar Ibrahim, jika tidak boleh ubah Umno dari luar, masuk Umno untuk ubah dari dalam.
     
PAS sudah belajar daripada bersama Umno dalam Barisan Nasional, diusirnya PAS daripada mufakat itu. Ia juga belajar daripada kejadian Anwar, diusirnya Anwar daripda Umno.
     
Maka PAS yang hendak ganti Umno tidak dekati Umno tetapi dekati pemimpin Umno dan orang Umno. Teori untuk ganti Umno, PAS tidak boleh ganti dari jauh. Mesti ganti dari dekat. Untuk beberapa tahun ini PAS menggunakan program jarak jauh. Dari jarak jauh itu nampak Umno mulai mesra PAS.
      
Mesra itu tentu ada tetapinya. Bodohlah Umno kalau mesranya itu tidak ada tetapinya. Tetapi PAS kena ada husnuzan, antara yang mesra itu adalah benar mesra. PAS tidak ada keupayaan bagi menjadikan Umno mesra PAS. Hanya Allah saja yang dapat menjadikannya mesra. Apa yang PAS boleh buat ialah mengadakan pendekatan. Nabi Muhammad SAW tidak dapat memberi hidayat kepada sesiapa, hanya Allah dan hak Allah menganugerahkan hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
      
Bertambah dekat PRU, bertambah banyak kejadian yang dirasakan dan dituralkan PAS begitu dekat dengan pemimpin Umno dan orang Umno. Moga-moga dengan jarak dekat itu orang Umno bertambah kenal PAS dan apabila ia sudah kurang upaya dan daya, hanya setapak saja untuk melangkah ke premis PAS.
      
Maka jadilah PAS ganti Umno, bukan jadi Umno. PAS adalah PAS. Kata Mahfuz Omar, PAS tidak keliru. 

* Terpakaikah apa yang Subky (orang lama dah tak berjawatan) cuba hurai dan leraikan ini?

2 comments:

  1. walaun subky ni tahap awang selamat..
    penulisan jebon tahap sampah

    ReplyDelete
  2. Dah jadi lagi teruk dari UMNO !

    Sekadar melepas ketagihan untuk menulis.


    ReplyDelete