Bekas kekasih trauma didera polis, ditikam dan dipaksa telan pelembut
Wednesday December 21, 2016
12:58 PM GMT+8
Seorang pelajar peringkat sarjana di Selangor terpaksa dirawat di hospital utama di Alor Setar, Kedah (foto) susulan penderaan teruk bekas kekasihnya, seorang anggota polis. — Paparan skrin Google
PENDANG, 21 Dis — Seorang wanita trauma selepas disiksa teruk bekas kekasihnya, seorang anggota polis, termasuk mengurungnya selama tiga hari tanpa makanan dan menikamnya dengan pisau.
Wanita itu, seorang pelajar sarjana di sebuah universiti di Selangor, juga mendakwa lelaki itu mengacu pisau kepadanya dan memukulnya, lapor Sinar Harian.
“Saya cuba untuk meronta tetapi dia acukan pisau ke perut dan saya terpaksa diam,” ceritanya, hanya dikenali sebagai Sara, selepas diheret ke dalam kereta dan dibelasah.
Gadis itu, 27 tahun, dibawa ke rumah sewa anggota polis itu di Klang dalam kejadian 25 November lalu sebelum dipukul dan dikurung sendirian semalaman di dalam sebuah bilik.
Lelaki itu, yang dikenali sejak 10 tahun lalu dan mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain, terus membelasahnya setelah mengetahui kejadian itu diberitahu kepada rakan.
“Namun begitu, selepas dia dapat menghidu perbuatan saya menghubungi rakan meminta bantuan dia terus menikam bahu kiri dan kanan saya dengan pisau.
“Dia gari tangan saya dan ugut hendak bunuh saya. Saya sudah sakit sangat-sangat dan tidak mampu hendak buat apa-apa selain berdoa.
“Saya juga dipaksa minum cecair pelembut dan telah disemburkan penyembur serangga ke muka,” kata wanita itu lagi.
Tambah Sara, dia juga ditikam lima kali — di bahu kiri dan kanan, di paha kiri dan kanan serta di lutut kiri — sehingga tidak mampu untuk bergerak.
“Saya hanya mampu lihat darah penuh di lantai. Sepanjang saya diseksa, saya ada terdengar perbualan telefon antara dia dan kawannya. Mereka rancang hendak bunuh dan buang saya di Sungai Klang.
“Pada hari Ahad (malam) saya merayu pada dia untuk ke hospital sebab sakit sangat dengan darah tidak berhenti keluar," katanya lagi seperti dilaporkan akhbar itu.
“Pada mulanya saya dibawa ke hospital swasta dan dipindahkan ke Hospital Klang kerana dia tidak mampu membayar kos rawatan,” katanya.
Semasa di hospital di Klang, Sara menghubungi keluarganya di sini melalui bantuan rakannya dan keluarganya bergegas ke sana sebelum diberitahu kejadian sebenar.
Pada 29 November, wanita itu dihantar oleh keluarganya ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan lanjut, termasuk pembedahan mata.
Sara juga berkata beliau pernah dipukul pada 2009 tetapi menarik kembali laporan polis insiden itu selepas berasa kasihan pada lelaki tersebut.
Anggota polis itu, yang sudah bertunang, mengganggu semula Sara selepas putus tunang pada Februari lalu.
Bapa gadis itu berkata anak sulung harapannya itu "masih trauma" dengan kejadian itu, sementara lelaki itu hingga kini masih mengganggu anaknya dengan mesej ugutan dan pujukan.
“Saya tertanya-tanya apakah tiada tindakan undang-undang yang dikenakan kepada lelaki berkenaan,” katanya. - sumber

"Apakah tiada tindakan undang2 yang boleh dikenakan...?"
ReplyDeleteMasih boleh tanya lagi? Apa yang Pak Cik buat dari 27 Nov hingga berbelas-belas haribulan Disember ni? Budak jantan tu masih mengganggu lagi hingga sekarang? Tak jumpa balai polis ker utk nak buat laporan?
Musykil lah cerita ni.Ada lagi ker sarjana yang naif zaman ini....adooooh hai
kawan lagi ngan jantan
ReplyDeleteikut suruhan agama jangan bebas berkawang
lani apa dah jadi
langgar perintah dapat musibah