Pucuk pimpinan perlu peka dengan kritikan Daim - Musa Hitam
Israr Khalid, Astro Awani | Disember 20, 2016 17:36 MYT

GOMBAK: Ketika Tun Daim Zainuddin secara lantang mendakwa negara kini sedang berdepan dengan krisis kepercayaan yang kronik, bekas ahli politik, Tun Musa Hitam enggan memberi sebarang ulasan terhadap dakwaan tersebut.
Menurut Musa yang merupakan veteran politik seangkatan Daim, itu adalah kritikan bekas Menteri Kewangan tersebut dan beliau tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak kerana bimbang akan hanya mengeruhkan keadaan.
Bagaimanapun jelas Musa, pandangan itu harus diambil berat oleh kerajaan sebagai semak-imbang kepada kepimpinan mereka.
"Saya tidak mahu komen sebab kita dulu (beliau dan Tun Daim) orang politik pada waktu yang sama.
"Itu pendapat dia dan terpulanglah kepada pucuk pimpinan untuk peka kepada kritikan seperti ini, bukan sebagai denial tetapi tengok kalau betul atau tidak ada krisis kepercayaan ini yang banyak orang kata (tentang perkara ini).
"Mereka harus peka dan mengambil langkah untuk mempastikan bahawa keyakinan itu dapat dikembalikan semula," kata beliau selepas selesai forum 'Frankly Speaking: A Recension' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Keyakinan itu penting kerana Malaysia sudah menjadi lubuk pelabur dari seluruh pelusuk dunia sejak berpuluh tahun lalu.
"Saya memulakannya sejak tahun 70-an dulu ketika saya menjadi Timbalan Menteri," kata Musa sambil menambah beliau telah mengadakan lawatan ke Jepun, Scandinavia, Eropah dan Amerika Syarikat sebagai usaha untuk menarik pelabur asing ke negara ini.
"Our name was on top. Sekarang saya diberitahu bahawa ada pelbagai keraguan (dan macam-macam), dan saya tidak terkejut isu ini bangkit kerana kos sara hidup kita terkesan dari segi kejatuhan Ringgit.
"Apa pun sebabnya, sudah pasti kerajaan ada penjelasan mereka sendiri," ujarnya.
Kata Musa, isu itu akhirnya dipolitikkan dan dikeruhkan lagi apabila ramai ahli politik cuba untuk menampilkan diri dalam memberi pandangan terhadap isu itu menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke-14.
Beliau turut mengakui seperti individu lain untuk menyuarakan pendapat beliau berhubung perkara ini. Namun, beliau bertegas tidak mahu menjadi sebahagian daripada kelompok itu dan terlibat dalam pertukaran polemik terhadap situasi yang berlaku dalam negara.
Dalam artikel bertarikh 17 Disember yang diterbitkan portal The Edge, Daim kritis terhadap situasi semasa negara masa ini.
Berdasarkan pemerhatiannya, negara kini berdepan krisis kepercayaan kronik ekoran pendedahan demi pendedahan terhadap aktiviti tidak berintegriti oleh pihak pelaksana undang-undang dan dalam kalangan pemimpin sendiri.
Daim turut menggariskan beberapa cadangan untuk memulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap institusi kepimpinan negara.
Antaranya membuang mentaliti feudal terutamanya di kalangan mereka yang memegang amanah negara dan menubuhkan pasukan pengurusan ekonomi yang baharu.

ReplyDeleteKU Li Pak Lah Musa Hitam.
Tidak bertanggungjawab. Pemalas. Tak layak sebagai pemimpin kalau sekadar jadi pemerhati.