Thursday, December 29, 2016

Parah: Takkah terperanjat Ibubapa Melayu Islam dengan berita ini?

Ramai Gadis Melayu  Hilang dara Sebelum Kahwin 
Gambar umpama

Tidak dinafikan pengaruh teknologi dan media massa memberikan kesan yang sangat buruk kepada anak dara melayu pada hari ini.

Memetik kajian universiti tempatan dari satu laman blog, sebanyak 60 peratus gadis hilang dara menjelang umur 18 tahun, manakala 24 peratus daripada mereka mengaku pernah melakukan seks dengan lima kekasih.

Persoalannya dimanakah harga diri anak muda pada hari ini?

Jika kita bandingkan dengan wanita pada era 80 an, rata-rata mereka akan menjawab, ‘zaman dahulu kalau anak dara nak keluar rumah pun mahu dikejar dek parang’

Umur lingkungan 18 tahun sudah melakukan hubungan seks dan 24% sudah melakukan hubungan seks dengan lima kekasih berlainan?

60% sudah tiada dara? Tidakah angka itu sangat membimbangkan? Pada saya perihal ini berkait rapat dengan jati diri induvidu sendiri.

Janganlah kita menuding jari kepada ibu bapa. Bukan salah ibu yang mengandung mahupun ayah yang membuntingkan ibu.

Sering juga kita dengar sesetengah anak pak imam jadi hantu masyarakat dan tidak kurang juga kes menconteng arang di muka orang tua. Sangatlah menyedihkan apabila rata-rata masyarakat sering menuding jari kepada ibu bapa.

Cuba bayangkan jika anda di tempat ibu bapanya, anda sudah penat didik tetapi anak sendiri yang menconteng arang di muka anda? Jadi usah menudung jari. ¬ MyB

1 comment:

  1. tak kira anak sapa pun kalau tak mau didik anak dari kecil denagn ajaran agama hanya harap nama saja islam apa nak heran kalau jadi macam ni. tambah lagi denagn alam sekitar yang banyak hidangkan program maksiat
    kalau ibubapak tak da asas agama yang kuat apa yang boleh anak anak harap dari ibubapak.hanyut

    ada satu amalan yang jarang ibubapa buat untuk anak anak apabila mereka cukup umur
    sepatutnya bila anak anak kita cukup umur kita sebagai ibubapa pilih masa yang sesuai
    kita adakan sesi penerangan bab ugama kepada mereka.
    terangkan apa itu Islam macam mana nak hidup sebagai hamba Allah didunia ini
    bagitau jugak mulai hari ini (mereka cukup umur) malaikat akan mula mencatat dosa yang
    dilakukan,apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang hidup dibumi Allah ini.
    suruh mereka melafazkan 2 kalimah syahadah didepan kita dan terangkan apa ertinya
    syahadah ini dalam kehidupan.
    juga perlu diterangakn bab rukun Islam n rukun iman

    sekali sekala (kalau tak dapat selalu) kita solat berjemaah bersama mereka
    nantinya mereka akan menghormati kita sebagai ibubapa yang ambil berat hal hal ugama
    jadi untuk lakukan ini kita kenalah bekalkan diri kita dengan ilmu ugama
    kalau ibubapak kita terlepas pandang hal ini masa kita remaja dulu biarlah kita yang jadi
    pemula amalan ini dalam keluarga kita dan seterusnya.
    moga dengan ini akan terkesan dalam hati anak anak kita
    kan indah hidup ini jadinya.tk
    ni ramai nama saja islam tapi tak peduli pun ajaran islam sebab tu hidup pun ikut macam kapir

    ReplyDelete