Wednesday, December 28, 2016

Pandangan ni ambo setuju.....

Pakatan Harapan sukar kuasai kerusi majoriti Melayu di Kelantan?
 | MALAYSIA DATELINE
Che Ibrahim MohamedChe Ibrahim MohamedPakatan Harapan diramalkan sukar untuk menguasai kerusi di kawasan majoriti Melayu di Kelantan kerana ia masih lagi dikuasai Umno.
Pandangan ini dilontarkan Naib Pengerusi Amanah Kelantan Che Ibrahim Mohamad yang berkata, selain dikuasai Umno sikap Pas yang bersifat 'makan keliling' akan membantu mengekalkan penguasaan Umno-BN di kawasan Melayu di negeri itu.
"Mungkin dalam PRU 14 nanti Pakatan Harapan masih sukar untuk menguasai kerusi kerusi di kawasan majoriti melayu terutama dalam kawasan Rancangan Pembangunan Tanah seperti Felda, Kesedar, Ketengah dan kampung kampung tradisi di pedalaman.
"Sentimen pengundi Melayu di kawasan tersebut masih dikuasai oleh Umno selain sikap Pas yang bersifat "makan keliling " akan membantu mengekalkan penguasaan Umno-BN di kawasan tersebut.
"Saya yakin sekiranya Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN dlm PRU 14 nanti dan menguasai Putrajaya, kecenderungan pengundi di kawasan tersebut akan berubah, lebih lebih lagi bila kerajaan Pakatan Harapan nanti dapat melakukan sesuatu yang lebih baik tentang nasib dan masa depan masyarakat Felda, Kesedar dan lain-lain agensi pembangunan tanah yang menjadi penggerak nadi masyarakat melayu," ujarnya dalam satu kenyataan di facebooknya dipetik.
Pandangan beliau lagi, pada ketika itu kebimbangan penguasaan kaum yang tidak seimbang dalam Pakatan Harapan akan hilang.
"Parti Melayu Islam seperti Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Prbumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggantikan Umno untuk menguasai kerusi kerusi majoriti Melayu.
"Manakala DAP yang menguasai kerusi kerusi bukan Melayu akan melumpuhkan parti bukan Melayu yang menganggotai BN," ujarnya.

No comments:

Post a Comment