HARAPAN memang kapal buruk menanti karam
Posted on Thursday, December 22 @ 14:27:30 MYT by paktam
Oleh HAMBALI ABDUL LATIFF
Jangan salahkan orang lain - termasuk orang Umno dan PAS - kalau ada sesiapa menganggap Pakatan Harapan (HARAPAN) adalah kapal buruk yang bakal karam kerana berebut jawatan perdana menteri.
Semalam, Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, mengibaratkan pakatan pembangkang itu umpama kapal buruk kerana berebut jawatan utama kepimpinan negara.
Sebenarnya itu adalah salah HARAPAN sendiri kerana terpedaya dengan jerat Umno yang mendesak supaya mereka mendedahkan kabinet bayangan jika berjaya mengambil alih kuasa daripada BN.
Pemimpin pembangkang bagaikan gagal memahami strategi pemimpin BN yang berpengalaman berpolitik seperti Datuk Seri Nazri Aziz dan lain-lain. Mereka mahir untuk mengasak dan memporak-perandakan HARAPAN.
Akibat sibuk dengan siapa nak jadi perdana menteri ketika HARAPAN masih seperti "kapal belum siap" mengikut kata Syed Ali, pemimpin pembangkang membuat kenyataan gila-gila yang mencerminkan kelemahan dan perpecahan mereka sendiri.
Memang benar ramai daripada mereka yang sudah berdekad menyertai politik tetapi keadaannya tetap seperti tidur sebantal tapi berbeza mimpi.
Kenapa perlu berbahas di media mengenai siapa akan jadi perdana menteri atau isu kabinet bayangan yang akhirnya menyerlahkan lagi kelemahan pembangkang?
Amat jelas ada yang tidak tuntas dengan kemahuan menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri walaupun mereka tahu laluan itu sukar.
Dengan mengemukakan formula yang akan menyebabkan timbulnya masalah, pastinya ia mendedahkan HARAPAN untuk dilihat berjuang demi kepentingan masing-masing.
Bukan sesuci, seputih kapas
Mengapa pembangkang - ketika mengkritik Datuk Seri Najib Razak sebagai perasuah, penyeleweng, tidak cekap dan gagal mentadbir negara dengan baik - masih mengharapkan individu yang dipersoalkan peribadinya?
Jika demikian apa beza Najib dan Anwar?
Kenapa HARAPAN tidak cuba mencari jalan – walau panjang sedikit – menyediakan seseorang yang lebih baik di kalangan yang terbaik untuk jawatan itu?
Bernostalgia dengan Anwar atau pemimpin tertentu sepatutnya tidak menjadi pilihan utama bagi pembangkang jika dari segi moral, keupayaan dan keyakinan rakyat - terutamanya orang muda - dibelakangkan.
Begitu juga dalam konteks anggota kabinet bayangan.
Jangan kerana hanya mahu menjawab soalan, pembangkang memberikan kenyataan yang gagal meyakinkan rakyat, apa lagi ia boleh dipermainkan oleh Umno dan sekutunya.
Penulis menyokong pendapat Syed Ali bukan kerana dia Umno atau kapasitinya sebagai ketua bahagian.
Pendapatnya perlu membuka mata pemimpin pembangkang. Kita tidaklah mendesak hingga perlu ada seorang pemimpin sesuci atau seputih kapas. Sebaliknya jika ada sedikit kelunturan pun, janganlah dibiar ada nila atau dakwat setitik dua pun.
Syed Ali turut mengatakan, pemimpin pembangkang terlalu optimis mampu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sedangkan 'kapal buruk' pasti tenggelam ke dasar lautan sebelum sempat singgah di daratan.
Jangan cepat melenting, sebaliknya ambillah sindiran itu sebagai cabaran. Carilah jawapan sesuai untuk mengatasinya. 'Berperang' di media tidak akan mendatangkan apa-apa faedah.
Jika HARAPAN dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mahu bertemu tidak lama lagi untuk memuktamadkan mengenai calon mereka untuk jawatan perdana menteri, teruskan.
Ia langkah baik tetapi jangan hadkan hanya satu atau dua nama saja.
Banyak yang pakar di kalangan mereka dan elakkan daripada mencalonkan yang nama yang susdh tercemar walau atas sebab apa pun.
Elakkan memilih pemimpin yang sebelum ini sudah ditolak oleh rakyat kerana mengamalkan rasuah, salah laku, penyelewengan dan ‘sebab-sebab moral'.
Jangan letak syarat atau terus menamakan sesiapa, sebaliknya teruskan berbincang dan cari yang terbaik. Ia lebih meyakinkan rakyat.
Kenyataan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang bahawa mereka mahukan Anwar atau melantik seorang perdana menteri sementara juga sangat meragukan.
Apakah sebuah negara boleh dibiarkan terumbang-ambing sekiranya tiada perdana menteri selepas sesuatu pilihan raya hanya kerana menunggu Anwar?
Cadangan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu supapa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil peranan itu juga wajar diperdebatkan.
Kenapa segalaya berlegar di sekitar Anwar, isteri Anwar atau keluarga Anwar?
Ingatlah, HARAPAN sebenarnya bukan kapal buruk atau kapal lama. Ia baru dibina dan mahu dijadikan alternatif kepada BN.
Justeru tunjukan kesegaran dan kelebihannya, bukan mengulangi atau memutar kembali agenda lama menyebabkan kebosanan kepada rakyat pun kini kian cuak dan muak.
*HAMBALI ABDUL LATIFF bekas wartawan, pengarang akhbar dan kini perunding media bebas

Sesiapa pun boleh jadi PM asalkan bukan Najib.
ReplyDeletePM adalah dikalangan orang melayu. Yang utama sekali ialah bukan Najib yang jadi PM atau dari kalangan UMNO.
Selepas 5 tahun baru fikir siapa yang sebenarnya layak kerana untuk meneruskan pentadbiran yang baik dan baru supaya kesilapan seperti 1MDB tidak berulang itulah yang sukar.
Selepas ini bukan masalah memerintah tetapi masalah untuk memperbaiki keadaan yang teruk ini.
Wallahualam.